Cyber Crime : Kenyataan dan Pencegahan

Cyber Crime : Kenyataan dan Pencegahan

Tatkala kita sedang menonton rancangan lawak Buletin Utama TV3, cerita aksi I Love You abang JPAM sambil meleleh taik hidung, mungkin akaun bank anda sedang dikorek dengan rahsia tanpa pengetahuan anda terutama bila anda tidak membayar hutang bank.

Cyber Crime atau Jenayah Siber ini sudah mula dijalankan secara meluas malah tanpa rasa takut ataupun segan silu. Saya percaya mereka yang bergiat dengan jenayah siber ini mungkin berada dalam kesempitan hidup atau sedang kebosanan lampau tanpa aktiviti yang berfaedah atau yang sememangnya loser dan lonely yang perlu diberikan perhatian yang lebih.


Penjenayah-penjenayah ini tidak memerlukan senjata mahupun rantai leher besar yang tergantung kat leher akan tetapi sedikit akal yang mampu membuatkan orang tunduk dan akur padanya. Sehingga kini, beberapa individu yang tertangkap dan dikaitkan dengan jenayah siber masing-masing lingkungan umur 16 tahun ke 40 tahun  serta memegang title pelajar dan penganggur dan tidak membayar PTPTN.

Kini, boleh dikatakan mempunyai beratus jenis scam secara surat, email dan paling popular adalah telefon. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dengan beberapa scam yang saya sendiri pernah alami untuk korang berkongsi bersama dengan orang tua anda dikampung supaya tidak tertipu lagi. Banyak lagi modus operandi yang mereka sedaya upaya akan cuba untuk menipu dan golongan emas antara target mereka.

Antara scam yang pernah viral dengan beberapa email adalah :

1. Menang Hadiah daripada Shell - Dimana mangsa mendapat email yang mengatakan menang hadiah ketika mengisi minyak Shell. Jenayah ini memaklumkan anda menang cabutan bertuah sebanyak RM30,000 dan perlu datang ke pejabat Shell untuk mendapatkan hadiah. Jika tak datang kerana jauh maka anda perlu membayar sedikit wang untuk memastika cabutan itu tidak diberikan kepada orang lain.

2. Pakej Pelancongan daripada Nestle - Dimana mangsa mendapat email bahawa anda yang membeli barangan Nestle telah mendapat percutian pelayaran mewah untuk ke Hong Kong dan mangsa perlu membayar sejumlah wang lebih kurang RM1,000- RM2,000 untuk mendapatkan tiket pelayaran berharga RM50,000 selama 7 hari.

3. Web Phishing - Ini adalah sangat extreme dimana anda akan menerima sepucuk email yang mengatakan bahawa sesorang telah membuat 'transfer' kepada akaun Maybank / CIMB anda dengan jumlah yang agak banyak (Sekitar 50,000 - 90,000). Maka email ini akan menyuruh anda klik pada link yang disediakan untuk pengesahan serta menyemak baki semasa yang sebenarnya ianya sebuah web Maybank2u serta CIMBClicks palsu. Mangsa biasanya akan login dengan menggunakan login id sebenar dan memasukkan password yang sebenar tapi secara tidak langsung anda telah berkongsi kata laluan e-banking dengan penjenayah terbabit.

Banyak lagi scammers yang cerdik pandai ini membuat cerita dengan menggunakan email sehinggakan kadangkala kita tertipu kerana penggunaan ayat serta susun atur didalam email tersebut seolah benar dan orignal daripada mana-mana agency dan bank.

Cara pencegahan :

1. Semak dahulu alamat email address senders yang anda terima, kebiasaannya email web phishing atau scammers ianya tidak sama sekali sama seperti email dari syarikat sebenar. 

2. Jika anda pengguna ebanking, pastikan selepas login username akan tertera gambar sekuriti yang anda create pada pendaftaran ebanking anda sebelum memasukkan password.

3. Jangan dengan mudahnya klik pada mana-mana link yang dihantar oleh mana-mana sender yang tidak diketahui, kadangkala mungkin link yang dihantar itu berbentuk virus yang mampu melumpuhkan sistem komputer peribadi anda malah lebih teruk anda telah berkongsi data serta gambar hasil daripada capaian link yang anda klik merapu-rapu tadi.

Scam paling popular pada masa kini adalah melalui telefon. Tak dinafikan juga saya sendiri pernah menerima panggilan telefon scammer ini dan malah saya juga pernah tersempak dengan orang yang sedang 'dikenakan' oleh scammer ketika berada dihadapan ATM serta dikaunter bank.

Antara scam yang pernah viral dengan cara telefon adalah :

1. Penerimaan Wang Remit dari mana-mana negara - Penjenayah sedikit bijak dan boleh dikatakan hebat kerana mampu membuat panggilan yang mengaku mereka dari pihak agensi remit serta dari pihak bank yang mengatakan bahawa anda menerima wang untuk dimasukkan kedalam akaun anda. Wang ini tidak boleh di-kredit selagi anda tidak membuat pengesahan dengan cara membayar cas urusan. Cas urusa perlu dibayar dengan menggunakan akau peribadi mangsa ke akaun ketiga - akaun penjenayah.

2. Laporan Siasatan PDRM -  Panggilan di buat dari IPD Putrajaya dimana mangsa dilaporkan telah melanggar lari seseorang, dan pastinya mangsa tidak mengaku dan tidak tahu. Scam ini menerangkan bahawa mungkin nama anda telah digunapakai untuk sewa kereta di Penang dan melanggar orang serta lari. Jadi mangsa yang mula panik akan bertanyakan lebih lanjut dan penjenayah ini memberitahu ingin menolong dan perlu membuat bayaran untuk ikat jamin dalam masa 2jam. Jika mangsa tidak respond dalam masa 2jam mangsa dikira ingkar arahan polis dan boleh dibawa ke Mahkamah atas tuduhan yang lebih serius. 

Penjenayah tidak membenarkan mangsa pergi kemana-mana balai polis untuk melaporkan tapi sebaliknya menyuruh ke mesin ATM untuk membayar ikat jamin dengan kadar segera. Lebih daripada itu, penjenayah juga tidak membenarkan mangsa meletakkan telefon walaupun sepanjang perjalanan menuju ke bank / ATM.

Serius dan percayalah, saya jumpa beberapa kes dan orang yang sedang membuat pemindahan wang akaun ketiga kepada penjenayah. Rata-rata mangsa adalah orang kampung serta warga emas. Senang saja nak tahu, mereka akan terpinga-pinga di depan bank atau ATM dan akan bercakap menggunakan telefon seperti sedang menerima arahan. 

Jangan terkejut, nombor telefon yang anda terima itu adalah seperti nombor 03-8886 2222 daripada IPD Putrajaya. Jika anda call balik nombor itu sememangnya nombor IPD Putrajaya yang jawab. Inilah dipanggil VoIP iaitu telefon yang menggunakan laluan internet yang menyebabkan mangsa percaya dengan panggilan tersebut.

3. Memenangi Hadiah daripada Telco - Ini juga sangat viral dimana anda memenangi hadiah sebanyak RM30,000 kerana kesetiaan menggunakan telko. Jenayah akan menceritakan bagaimana anda memenangi hadiah serta pilihan hadiah. Seperti biasa, mangsa perlu ke ATM untuk penebusan hadiah tapi sebaliknya ianya adalah proses pemindahan wang ke akaun ketiga.



Cara pencegahan :

1. Sila letakkan ragu-ragu apabila menerima panggilan yang tidak dikenali. Kalau saya, saya masih menjawab setiap panggilan yang tidak dikenali kerana atas dasar kerja saya, jika anda yang tidak suka diganggu mungkin anda langsung tidak menjawab panggilan tidak dikenali maka itu lebih selamat.

2. Tiada tawaran hadiah yang perlu dibayar di dalam dunia ini. Ingat, kalau orang nak bagi hadiah bagi ajer la, kenapa perlu korang bayar pulak nak terima hadiah. Tak masuk akal betul. Lain la panggilan bank suruh bayar kredit kad! Dem!

3. Jika menerima panggilan seperti menerima arahan, dengan cepat perlu pastikan dari mana panggilan serta bertanya kepada rakan serta keluarga anda mengenai panggilan tersebut jika pemanggil mula menyuruh anda membayarkan sesuatu. Jangan bertindak seorang diri. Cerita mengenai panggilan anda perlu ada sifat ragu-ragu dan tegas dalam panggilan. Kadang-kala mereka ni pon jenis kecut telur juga bila disergah balik seperti memaklumkan bahawa anda juga seorang anggota polis. Tanyakan balik apa nombor badan anda.

Kesimpulannya, mendedahkan data seperti nama, alamat, nombor kereta, nombor telefon adalah satu perkara yang tidak lagi selamat untuk dunia kini. Cuba elakkan untuk mengisi maklumat diri anda pada survey di pasaraya serta mana-mana borang yang tah apa-apa. Ianya nampak biasa saja, tapi bila data anda dijual pada mana-mana individu, ianya mampu mengelirukan anda kelak bila anda menerima mana-mana panggilan dengan nama yang betul, nombor kereta yang betul serta alamat rumah yang betul. 

Malah kadang-kala saya juga selalu memerhatikan didalam FB dimana rakan-rakan selalu berkongsi dan bermain dengan permainan amalan seperti wajah anda seiras..., masa depan anda sebagai... , kereta yang anda bakal pandu... secara tidak langsung anda berkongsi maklumat akaun facebook anda dengan pihak ketiga malah lebih teruk akaun facebook anda mungkin boleh diceroboh oleh jenayah ni dan anda terus meroyan tak tentu pasal lagi. Maka elakkan dengan bermain link yang ditawarkan pada permainan merapu-rapu.

Kini, didalam group whatsapp juga dikatakan boleh dijadikan scam seperti nombor rakan anda yang suka bertukar nombor telah digunapakai oleh orang lain dan join group whatsapp secara automatik. Mereka ini licik terus private message (PM) ahli group untuk meminjam wang untuk pertolongan dan anda sebagai rakan group percaya dan terus membuat pemindahan  wang segera. Rupanya orang itu bukan lagi rakan anda yang sebenar kerana beliau dah lama tidak menggunakan nombor tersebut.

Maka sila lebih berhati-hati terutama penggunaan Facebook, Insta serta Whatsapp. Walaupun anda selalu dok belek FB, jangan ingat anda bukan mangsa dan jangan pula korang dok bermesej dalam whatsapp, perlu ada curiga serta selidik rakan anda yang jenis diam aje dalam group dan tiba-tiba bunyi nak pinjam duit bagai. 

Sila berpesan pada mak ayah dikampung supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber. Target mereta adalah warga emas serta orang yang mudah percaya apa yang dinyatakan. Baik tangis sekarang daripada menangis kemudian hari. Kalau dah kena, pergi report polis pon kena sekolah dengan depa. 


This is not Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1