Posts

Showing posts from November, 2017

Roti Selimut Pak Ali, Ayer Keroh Melaka

Image
Roti Selimut Pak Ali, Ayer Keroh Melaka Dah lama saya tak upload pasal makan, ni baru nak upload pasal ada orang tanya dah tak review tempat makan best ke skang ni? Maka oleh itu saya gagahkan juga upload satu lagi tempat makan pagi best di Melaka iaitu Gerai Roti Selimut Pak Ali di Ayer Keroh. Saya tak pasti mengapa nama gerai ni dinamakan Roti Selimut Pak Ali. Gerai ini terletak di RnR Lebuhraya AMJ dan bersebelahan dengan pintu gerbang bandar Melaka. Kalau korang dari exit tol Ayer Keroh, korang perlu melepasi pintu gerbang dan buat u-turn dimana-mana laluan dan terus menuju ke RnR. Landmark dia dekat dengan Jabatan Kastam. Kalau tak jumpa jugak korang Waze atau Google sendiri ajer la. Menariknya gerai Pak Ali ni mereka ada menu special iaitu Roti Selimut dan Roti Welding yang saya jamin kalau korang order sekeping kompem boleh kenyang sampai tengahhari. Roti Welding ni hasil daripada roti kosong, ada sardin dan telur manakala Roti Selimut pulak ada tambahan cheese. Che

Train Pass di Tokyo Jepun

Image
Train Pass di Tokyo Jepun Public transport di Jepun memang terbaik di dunia kerana kecekapan serta akses hampir seluruh kawasan di Jepun termasuk kawasan kampung. Kebergantungan rakyat Jepun pada public transport sangat tinggi malah sehingga ada kawasan - kawasan terpencil yang masih mempunyai perhubungan transportasi ini.  Bagi rakyat Malaysia, menaiki train laju serta train bandar ekspress menjadi pilihan utama kerana di Malaysiatak ada semua tu. Yang kita ada hanya ERL menuju ke KLIA serta ETS Intercity yang boleh juga dikatakan laju dan cekap pada harga berpatutan. Terdapat banyak train pass yang ditawarkan di bandar Tokyo sahaja antaranya adalah JR Pass, Tokyo Subway Ticket, Tokyo Metro dan Tokunai Pass. Paling popular yang digunakan di Tokyo adalah JR Pass yang menghubungkan hampir 90% station di dalam Tokyo dan sub-bandar Tokyo samada menaiki Monorail, Train bandar atau Shinkansen (Keretapi Laju). Sebelum ke Tokyo, saya membuat sedikit rujukan dengan pen

Giethoorn, Netherlands

Image
Giethoorn, Netherlands Seperti mana yang pernah anda ketahui di dalam Facebook, Giethoorn adalah salah satu perkampungan air yang tidak mempunyai jalan kereta dan lebih dikenali sebagai Car Free Village. Perkampungan ini terletak diluar kota Amsterdam kira-kira 120km dimana anda boleh menuju kesini samada memandu ataupun menggunakan train serta bas.  Sewaktu melawat ke Giethoorn, saya memandu daripada Hamburg Germany - dari arah barat Netherlands dan membuat persinggahan disini. Sebenarnya, perkampung ini bukanlah 100% tiada jalan kenderaan, kawasan perumahan yang dibina dengan sususan yang teratur dan sistematik membuatkan laluan kenderaan anda bot air boleh mengelilingi kampung ini. Memang menarik dan awesome! Pelancong tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke kawasan perumahan orang tempatan dan perlu meletakkan kenderaan dikawasan yang disediakan. Jika anda memandu, anda boleh membuat carian "Giethoorn free parking lot". Follow saja route map dan parking k

Cyber Crime : Kenyataan dan Pencegahan

Image
Cyber Crime : Kenyataan dan Pencegahan Tatkala kita sedang menonton rancangan lawak Buletin Utama TV3, cerita aksi I Love You abang JPAM sambil meleleh taik hidung, mungkin akaun bank anda sedang dikorek dengan rahsia tanpa pengetahuan anda terutama bila anda tidak membayar hutang bank. Cyber Crime atau Jenayah Siber ini sudah mula dijalankan secara meluas malah tanpa rasa takut ataupun segan silu. Saya percaya mereka yang bergiat dengan jenayah siber ini mungkin berada dalam kesempitan hidup atau sedang kebosanan lampau tanpa aktiviti yang berfaedah atau yang sememangnya loser dan lonely yang perlu diberikan perhatian yang lebih. Penjenayah-penjenayah ini tidak memerlukan senjata mahupun rantai leher besar yang tergantung kat leher akan tetapi sedikit akal yang mampu membuatkan orang tunduk dan akur padanya. Sehingga kini, beberapa individu yang tertangkap dan dikaitkan dengan jenayah siber masing-masing lingkungan umur 16 tahun ke 40 tahun  serta memegang title pelaj

Flight Review : Emirates Economy Class

Image
Flight Review : Emirates Economy Class Bulan lalu saya membuat kembara ke Europe selama 12 hari dengan terbang bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia iaitu Emirates. Mengapa saya memilih Emirates? Ini kerana ejen pencarian tiket murah Kayak.com saya memaparkan harga yang mampu milik. Tak pastilah kalau kamu menggunakan ejen carian yang lain pula tapi bagi saya Kayak.com adalah yang terbaik. Saya tidak membeli tiket menggunakan kayak.com, akan tetapi ianya hanya sebuah ejen carian sahaja. Jadi bila saya dapat sebut harga tiket yang dibawah RM2,500 maka saya akan memasuki website airline tersebut untuk membeli sebenar. Nanti saya share bersama anda tips untuk membeli tiket serta carian tiket murah ke mana-mana destinasi. Tiket yang saya dapat dari Emirates adalah berharga RM2,348.00 pergi dan balik kelas ekonomi. Penerbangan ini mempunyai connecting flight dimana penerbangan dari KL akan transit di Dubai dan ke Amsterdam. Pada masa tu saya telah silap memilih tiket

Project Shinkansen - Isetan, The Japan Store Kuala Lumpur

Image
Project Shinkansen - Isetan, The Japan Store Kuala Lumpur Sejajar dengan pembentangan budget Malaysia untuk tahun 2018, ada tika terdapat beberapa pameran serta event galleria mengenai pembangunan Malaysia untuk kesedaran rakyat betapa banyaknya duit Malaysia dilobi dan juga dihabiskan. Salah satu projek mega Malaysia adalah High Speed Rail KL-Singapore (HSR), yang kini masih lagi dalam proses tender serta perbincangan diantara beberapa negara yang ingin menjadi champion dalam projek ini. Antara negara yang ingin menjadi rakan kongsi serta pembekal adalah China, Korea serta Jepun. Projek ini  akan menghubungkan bandar Kuala Lumpur dan Singapore dengan perjalanan selama 90minit sahaja dengan beberapa perhentian. Hebat bukan?  Projek mega ini telah diberi ilham oleh Tun Mahathir pada tahun 1990 akan tetapi ianya gagal disebabkan kos dan kemelot ekonomi Malaysia yang bertungkus lumus untuk tidak berhutang pada kadar yang tinggi. 2 tahun lalu PM Najib meluluskan budget projek

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...