Tempat Menarik di Sydney, Australia

Tempat Menarik di Sydney, Australia

Seawal bulan Jun, musim sejuk bermula di negara Australia kerana kedudukan paras bumi berlainan maka ianya terbalik dengan musim sejuk di negara Eropah, US dan Japan. Sila belajar geografi untuk mengetahui kenapa negara 4 musim berbeza dari utara ke selatan. Hebatnya ciptaan Illahi.

Melancong ke Australia pada musim sejuk mencabar juga jika anda pergi region yang lebih bawah seperti Sydney, Melbourne mahupun Perth. Suhu musim sejuk mereka boleh mencecah 3-10c waktu siang dan 0-5c waktu malam. Pemakaian yang sesuai adalah digalakkan. 

Perancangan rapi perlu ada untuk melawat ke sesebuah negara dan pastinya Australia bukan sebuah negara yang rumit untuk anda kunjungi. Ada juga yang mengatakan bila plan pasti tak jadi, tapi bila tak plan selalunya menjadi. Bagi saya itu adalah komited anda. Silalah rancang perjalanan anda jika nak ke sesebuah negara asing lebih lebih lagi yang kita belum jejaki. Tak salah pun nak plan, mungkin lebih menjimatkan duit anda dan yang paling penting tidak ditipu orang.

Banyak tempat menarik di Sydney yang kita boleh kunjungi. Saya hanya senaraikan dimana saya sempat jejaki ketika melawat Sydney pada penghujung musim sejuk. Itu pon sejuk dia boleh mengigil jugak. Kalau di Tokyo, penggunaan JR Pass memudahkan perjalanan anda, manakala di Sydney ianya adalah Opal Card, berfungsi sebagai kad Touch n go seperti di Malaysia dan terdapat diskaun pada hari minggu pada laluan tertentu.

Tak banyak tempat yang saya lawati di Sydney, antaranya seperti berikut :

1. Opera House, Sydney.

Ini adalah mercu tanda negara Australia dan juga salah satu icon dunia. Dulu saya pernah main game Need for Speed 2 dan Opera House adalah satu track racing yang terdapat dalam game tersebut.  

Agak hebat dan kagum melihat senibina Opera House yang dibina pada tahun 1959 dan buat masa sekarang ianya digunakan untuk kegiatan seni seperti pameran dan juga konsert orchestra. Kat luar Opera House korang boleh lepak dan santai dimana terdapat beberapa coffee house yang disediakan untuk pelawat menikmati suasana bandar Sydney yang tenang berlatar belakang jambatan Harbour Bridge. 

Jika anda kesini, agak ramai juga rakyat Malaysia / Indonesia yang datang dan malah lebih ramai orang yang sedang honeymoon menikmati percutian mereka disini. Jadi kalau datang jantina yang sama jenis tu kena hati-hati juga. Golongan geng kunyit sedang memerhatikan anda kat sini. Nanti kena ayat beb...

Untuk ke sini boleh menggunakan Opal Card. Menaiki train laluan T1 dan turun di Station Circulay Quay. Di station ini anda boleh nampak Opera House, jalan kaki lebih kurang 200meter saja.




2. Paddy's Market, Hay Street.

Ini adalah tempat untuk korang membeli souvenir. Ada berpuluh kedai cenderahati yang menjual barangan kraftangan, tshirt, topi dan keychain. Selain daripada tu juga terdapat pasar yang menjual buah serta sayuran yang segar. Agak menarik untuk kunjungi. Rasanya ini adalah salah satu tempat yang menawarkan harga yang murah di Sydney.

Kalau nak ke Paddy Market ni, bukan setiap hari depa bukak kedai. Ianya dibuka pada hari Rabu hingga Ahad jam 10.00 pagi ke 6.00petang. Maka aturkan perjalanan anda supaya tidak terlepas peluang untuk shopping disini. Kawasan ini juga terdapat banyak restoran halal.  

Untuk ke sini, boleh menaiki train mahupun tram. Jika menaiki train korang boleh turun Central Station dan berjalan kaki lebih kurang 8minit. Kalau naik tram lebih dekat, turun saja di Paddy's Market Station. Kalau naik tram korang perlu menggunakan Opal Card. No cash.




3. The University of Sydney.

Saya tidak ditawarkan untuk belajar ke university luar negara. Jadi saya meluangkan masa untuk jalan-jalan sekitar University of Syndey kerana ianya dikatakan mempunyai sebuah landskap yang hebat dari senibina England. 

University ini memberi peluang pada orang ramai untuk mengunjungi masuk dan kalau bernasib baik, terdapat banyak program yang danjurkan dan korang pon boleh layan. Antara menarik minat saya adalah kawasan The Quadrangle, bangunan mereka seolah istana di dalam filem Harry Potter. Awesome!

Untuk ke sini, akses terdekat untuk menaiki train adalah berhenti di Redfern Station. Turun dari Redfern anda perlu berjalan kaki sejauh 1.5km. Jadi pilihan saya adalah dengan berjalan kaki sahaja dari Central Station sambil menikmati suasana bandar. Tak jauh manapun dalam 2km saja. Kalau datang musim sejuk tak penat sangat. Menaiki bas pon boleh juga dari Central Station. Naik saja bas bernombor 412, 413... banyak nombor juga. Tanya aje kat kaunter.




4. The Rocks, Sydney.

The Rocks adalah salah satu kawasan sejarah ketika England datang ke Australia. Maka tidak hairanlah kawasan ini banyak senibina seperti anda berada di negara Eropah serta jalan raya yang berbatu-bata. Sangat awesome kalau nak bergambar.

Kawasan ini juga terdapat banyak pub dan restoran yang tidak halal untuk korang makan tengahhari. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa coffee house yang anda boleh lepak. Beberapa bangunan lama diubahsuai dijadikan butik eksklusif dan pameran galeri seni. Tidak bosan untuk berjalan kaki disini.

Untuk ke sini boleh menggunakan Opal Card. Menaiki train laluan T1 dan turun di Station Circulay Quay. Di station ini juga anda boleh akses ke Opera House. The Rocks terletak berhadapan dengan Opera House dan salah satu tambatan Harbour Bridge.




5. Blue Mountain, Katoomba.

Jika ke Sydney, tidak lengkap jika tidak mengunjungi Blue Mountain National Park yang terletak agak jauh dari bandar Sydney sekitar 130km. Kalau korang memandu ianya memakan masa 1jam 50minit dan kalau menaiki train memakan masa hampir 2jam. Seriously, apa yang saya katakan ianya sangat berbaloi.

Untuk memasuki Blue Mountain ianya adalah percuma jika anda hanya menikmati permandangan ciptaan Illahi dari tepi gaung. Kalau korang mempunyai budget lebih, korang boleh try Scenic World Park yang berharga AUD38.00. Korang dapat merasai pengalaman menaiki kereta kabel paling cerun didunia, walk-way didasar gaung yang mempunyai udara yang sangat segar serta 2 lagi cable car yang dinamakan Scenic Cable Car.

Menuju ke Blue Mountain tidak begitu rumit, mulakan perjalanan seawal jam 7.00pagi di Central Station. Menaiki Blue Mountain Train (BMT) berharga lebih kurang AUD7.80 oneway. Train ini akan berhenti di Katoomba Station. Dari Katoomba Station perlu menaiki bas bernombor 686 di hadapan The Carrington Hotel menuju ke Scenic World. 




6. Sydney Tower, Market Street.

Sepertimana di KL, Sydney juga mempunyai menara pemancar yang membenarkan pengunjung merasai permandangan 360 bandaraya Sydney. Menara ini berdiri teguh dengan ketinggian 268meter (tinggi lagi Menara KL kita) terletak ditengah tengah Central Business District (CBD). 

Tiket masuk Observation Deck berharga AUD26.50 untuk dewasa memberi akses panorama didalam menara Syndey, juga ada tiket untuk korang sukakan extreme dengan permandangan diluar menara yang memerlukan peralatan istimewa. Itupon kalau korang tak gayat la.. saja nak bagitau Sydney memang kuat berangin.

Untuk ke sini korang boleh menaiki train laluan T1 dan berhenti di St. James Station. Station ini berada dibawah tanah dan jika korang keluar boleh bergambar di sekitar Archibald Fountain.




7. Bondi Beach, New South Wales.

Australia memang banyak pantai, antara pantai terbaik dunia ialah di Bondi Beach. Pantai yang membentuk seperti half-moon ini memang awesome dengan permandangan laut Tasmania. Bukan lautan Pasific yer.

Bondi Beach terkenal dengan tempat meluncur Surf Board dan kawasan mandi pantai yang terbaik. Sekitar kawasan ini juga terdapat beberapa hotel dan restoran yang seakan anda berada di Gold Coast. Pada penghujung pantai ini, terdapat kawasan yang dinamakan Flat Rock. Jalan kaki melintasi Bondi Beach dan anda akan dapati kawasan berbatu bata yang memberikan panorama laut yang hebat. Bergambar disini sangat Awesome!

Untuk kesini korang perlu menaiki bas. Jika bermula dari Central, korang perlu menuju ke Bondi Junction Station melalui Train T4. Di station yang sama sila naik bas bernombor 333 atau 380 menuju ke Bondi Beach. Semua laluan ini menggunakan Opal Card.




8. Sydney Fish Market.

Apa yang saya boleh katakan Sydney Fish Market adalah seafood lovers. Korang boleh datang sini untuk melihat sendiri kesegaran makanan laut yang fresh terus dijual malah dimasak untuk kamu.

Terdapat beberapa restoran yang menyajikan seafood dan pastinya ianya halal. Anda boleh bertanyakan cara masakan dan depa akan follow by instruction. Harga makanan laut paling murah adalah fish and Chip AUD10.00 hingga hidangan lain yang boleh mencecah AUD300.00. Boleh pilih menu makanan dahulu dan barulah memilih jenis makanan laut. Pastinya awesome! Kalau dah habis makan tu boleh tengok ikan segar yang baru ditangkap bahagian pasar basah.

Untuk ke sini korang boleh menaiki tram dan berhenti di Fish Market Station. Kena jalan kaki kira-kira 300meter untuk ke Sydney Fish Market.




9. Darling Harbour.

Kalau korang jenis pengumpul baju Hard Rock. Korang mesti datang ke Darling Harbour pasal HRC terletak di sini. Ada sebuah Mall yang penuh dengan restoran termasuk restoran halal disediakan untuk korang. 

Waktu sesuai untuk datang kesini adalah waktu petang / senja sambil menikmati coffee selepas makan malam. Suasana perlabuhan yang tenang dan matahari nan senja memang terpukau dengan permandangan bangunan bandar Sydney.

Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Darling Harbour seperti berbasikal, jogging malah lepak santai. Hati-hati yaw nak lepak takut kena berak dengan burung Camar yang banyak gila tunggu nak rembat makanan korang. Hahaha...

Untuk ke sini korang mempunyai banyak akses, salah satunya dengan menaiki train T1 dan turun di Townhall Station. Kalau turun disini boleh layan jalan kaki sekitar bandar. Kalau malas jalan boleh naik tram dan turun di Convention Station. Sebelah saja dengan Darling Harbour.




10. Taronga Zoo, New South Wales.

Saya jarang pergi Zoo, tapi Zoo di Australia memang terbaik sama seperti Zoo di Perth. Kalau bawa anak-anak boleh la mengunjungi Taronga Zoo dengan bayaran AUD38.00 untuk dewasa. Agak mahal juga tapi jangan la convert duit Malaysia.

Kalau datang kesini, jangan risau pasal makanan. Korang boleh beli fish and chip di bahagian restaurant dan boleh layan teh sambil menikmati permandangan bandar Sydney. Taronga Zoo juga mempunyai sebuah kolam persembahan seperti Penguin dan Anjing Laut. Ada masa-masa tertentu untuk show demikian. 

Kalau korang menaiki feri dari Circulay Quay, korang boleh menaiki kereta cable dari jeti ke pintu masuk Zoo. Awesome bukan?

Untuk kesini saya cadangkan datang dari Circulay Quay dimana korang berpeluang untuk menaiki feri di Sydney. Tunggu feri di jeti Wraft 2 (Mereka akan tulis Taronga Zoo). Tak perlu beli single tiket, hanya touch pada Opal Card anda, xsilap saya ianya berharga AUD2.70 untuk satu hala. Bila sampai ke jeti Taronga Zoo sila naik kereta cable untuk ke pintu masuk Zoo. Kalau tak nak naik Cable Car boleh naik shutte bus. 



This is Awesome dude...

Comments

rozitazie said…
Info yg sgt berguna utk kami yg blm prnh ke Sydney. Tqvm. Cuma soalan saya, berbaloi tak utk sewa kereta jika pergi satu famili bbanding naik tram?
yatie said…
Maaf lambat sangat reply, Kalau ramai lebih baik menyewa kereta kerana lagi murah. Cuma bila memasuki dalam bandar, pelajari lampu isyarat untuk tram kerana banyak jalan berkongsi dengan tram
Nazrul Akram said…
Ya, kalau ramai lebih baik menyewa kereta pasal kerata sewa murah. Lagi pu pemanduan sana tidak sesak seperti KL

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1