Bercuti ke Perth, Australia - Day 1
Bercuti ke Perth, Australia - Day 1
Entry kali ini berkisarkan antara diari perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.
Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang taknak overbudget bila dah sampai Perth walaupun ianya dikatakan sebuah bandar yang tenang dan tidak serabut
Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.
Tips #2 : Buat booking hotel/guesthouse lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com, Airbnb atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Australia, terdapat banyak restoran yang Halal. Lebih menarik jika anda datang dengan keluarga dan memasak sendiri jika anda membuat tempahan guesthouse yang mempunyai dapur.
Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda. Perjalanan ketika musim sejuk memerlukan lebih pakaian dan ubatan. Sila bawa air mineral bersama anda.
Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara Australia, negara ini memerlukan Visa yang mesti dipohon sebelum anda tiba di negaranya. Selain daripada itu mereka agak ketat dengan pemeriksaan makanan ketika anda melalui pemeriksaan kastam.
Tips #5 : Di Negara Austalia, berbahasa Inggeris adalah bahasa kebangsaan, maka pertuturan anda tidak menjadi masalah. Mereka ada pelat mereka sendiri tapi InsyAllah boleh faham. Tapi jika anda ke tempat popular, bahasa Malaysia juga sudah sedia-ada. Mudah bukan.
Tips #6 : Saya syorkan anda membeli simkad data yang berharga lebih kurang AUD10-20. Ianya dapat membantu anda jika anda mendapatkan maklumat dan lebih penting jika anda memandu sendiri.
Tips #7 : Saya menyewa kereta ketika di Perth Australia, oleh itu tempahan telah dibuat 1 bulan sebelum tiba untuk mendapatkan harga yang murah. Biasanya tiada diskaun untuk sewa kereta walk-in. Agak ketara juga perbezaan harga. Yang penting sewa kereta di sini memang murah. Insuran WAJIB ambil.
Selesai perkara tips tu, mari saya ceritakan pengalaman saya menjejaki bumi Perth ini.
Saya mula membuat carian tiket 5 bulan sebelum saya terbang ke Perth. Target saya adalah untuk mengunjungi ketika waktu musim sejuk di Australia. Musim sejuk Australia bermula pada bulan Jun hingga Ogos, maka saya terpaksa membuat carian pada awal Mei memandangkan bulan Jun kita telah mula berpuasa.
Carian Kayak.com sangat berhasil, saya mendapat tiket AirAsia X dengan harga RM600 dari KL ke Perth. Maklumat saya kongsi bersama keluarga dan mendapat persetujuan keseluruhan ahli keluarga dalam masa 2 hari. Maka secara automatic trip kali ini adalah Family Day M.Nasir 2017. Awesome!
Sebulan sebelum saya telah membuat Visa secara online, dan ianya agak rumit kerana saya dan ipar perlu merujuk ke Australia Embassy di KL. Baca coretan saya memohon visa disini. Sewa kereta dan guesthouse telah selesai dengan pembayaran penuh secara online. Jimat dan senang!
1 May 2017 berkumpul di KLIA, penerbangan selama 5jam dengan AirAsia agak membosankan, tiada TV mahupun in-flight entertainment. Maka, banyak mainan dan buku lukisan kanak-kanak wife saya bawak untuk si Nazril. Nasib baik juga dia tidur dalam flight 2jam lebih. Bangun tidur terus makan ajer.
Tiba di Perth International Airport pada jam 3.15PM, terus menuju ke Imigration untuk pemeriksaan passport. Alhamdullilah kesemua team member lepas dengan visa yang disahkan oleh Australia. Dalam perjalanan menuju ke kastam, seorang pegawai bertugas akan menyemak Declaration Form. Dalam Form ini saya telah declare dengan membawa makanan dan ubat, jadi beliau menanyakan beberapa soalan megenai makanan yang saya bawa. Nak lebih mudah, saya serahkan senarai makanan yang dibawa dan serta merta dia telah membenarkan kami meneruskan perjalan ke kawasan pemeriksaan kastam.
Oleh kerana Declaration Form tadi telah semak, kesemua team member diminta beratur macam nak mengundi dalam satu barisan. Rupanya mereka melepaskan seekor anjing pengesan yang akan menghidu beg dan diri anda. Proses ini adalah untuk mengesan jika anda membawa dadah. Alhamdulillah lega... anjing tu xde la hidu sampai rapat.. hanya dekat sahaja tapi agak cuak jugak laa... besar giler beb anjing tu.
Setelah selesai, kami menunaikan solat Jamak dan Qasar di Prayer Room, ianya terletak berhampiran dengan tepat orang sewa kereta. Dalam masa yang sama saya juga membeli Sim Card data jenis Optus untuk kegunaan Google Maps nanti. Ahaa.. ianya berharga AUD10.00 untuk 5hari 500MB. Ok lah tu...
Panggilan kepada Aries Car Rental dibuat untuk memaklumkan ketibaan kami, maka mereka menyuruh untuk menunggu pada Bus Stop M untuk pick-up kesemua team member dan dibawa ke Office mereka.
Agak terkujat, kesemua pekerja yang handle kami adalah orang Malaysia. Senang nak berurusan kata syarikatnya. Okay good. Tiba di Aries Car Rental, tandatangan perjanjian dan urusan sewa dibuat. Saya telah menyewa 2 Nissan X-Trial baru, dan untuk anak-anak dibawah 7tahun wajib mengambil child car seat dan lebih padah kesemua anak-anak ini wajib duduk dalam cat seat tersebut... ahaaa ini bukan senang okay... cuaca mula nak senja, anak-anak mula terasa sejuk dengan suhu 17C.
Dah dapat kereta, dalam itinerary plan saya perlu membeli barangan dapur sebelum check-in guesthouse. Maka saya set destination Coles Bentley memandangkan ianya seperjalanan ke rumah. Coles, IGA dan Woolworth adalah supermarket barangan runcit macam ala Tesco atau Giant. Ianya tak besar dan tak juga kecil, tapi anda akan jumpa banyak kedai seperti ini kerana mereka tak ada kedai runcit macam Malaysia. Yang jual barangan runcit adalah franchise ini.
Shopping barang basah, malangnya daging ayam Halal xada pulak di Coles Bentley, jadi kami hanya beli ikan, udang dan sotong saja. Tambah mineral water 2 dozen dan satu air tank besar. Bagi saya barangan runcit mereka memang murah dengan pendapatan mereka, jangan convert harga dengan duit Malaysia.
Meneruskan perjalanan ke Brooke Garden dimana terletaknya guesthouse kami. Senang saja nak cari, hanya set destination pada Google Maps. Lupa nak cakap, di Perth Waze pon boleh guna, tapi saya lebih percayakan Google Maps, kenapa? Jalan raya google maps lebih tepat dari Waze pasal Waze beli maps dari Google Maps. Faham? Tak faham xpe...
Tiba di guesthouse Brooke Gardan sekitar jam 7.30PM, dah gelap gelita. Magrib di Perth masuk 5.26PM dan suhu mula menurun dengan mendadak ke 15C.
Agak seronok bawak family travel dengan menyewa sebuah rumah yang memuatkan 12orang dalam satu masa. Rumah jenis bungalow lot memudahkan pergerakkan serta parking yang tidak perlu dibayar. Jika stay di apartment kamu mungkin dikenakan charge untuk kadar parking kereta. Terbaik kerana rumah saya sewa tu ada 5bilik, 2toilet, sebuah kolam kecil, dapur, ruang tamu dan kelengkapan rumah yang cukup. Sebab tu saya lebih sukakan AirBnb berbanding hotel. Kamu tidak akan merasa pengalaman santai bersama keluarga jika stay dalam hotel.
Acara memasak makan malam dan santai menjadi menu pada hari pertama. Merehatkan badan setelah seharian perjalan flight dan pelbagai urusan sebelum tiba di guesthouse. Makan malam bersama keluarga ketika ini sangat indah dan terbaik!
Comments
Hi ..blh bg guest house tu ke encik
Jawapan : guesthouse tu tak ada nama pasal booking guna airbnb. Cuba cari kawasan luar bandar untuk harga lebih murah.