Permohonan Visa ke Austrtalia - Tidak Semudah Yang Disangkakan

Permohonan Visa ke Austrtalia - Tidak Semudah Yang Disangkakan

Seperti mana yang kamu tahu, untuk ke negara Australia anda perlu memohon Visa samada melancong atau pun bekerja. Visa ini akan mempunyai tempoh waktu tertentu untuk kebenaran dari Australia yang membenarkan anda memasuki ke negaranya.

Dalam entry ini, saya nak kongsikan pengalaman saya yang membuat permohonan visa tourism ke Australia yang sungguh menyiksakan jiwa dan raga. Memang tidak semudah yang disangkakan walaupun anda tiada rekod jenayah dengan negaranya.


Sebelum ni saya pernah memilik Visa ketika ke Sydney pada Ogos 2016 dengan permohonan visa tourism yang validity sehingga Julai 2017. Saya pon xsemak dengan terperinci validity visa sebelum ini dan saya terus membuat Visa yang baharu dengan travel agent saya. Kesilapan petama.

Pada 4 April minggu lalu, saya menyiapkan front page passport untuk apply visa kepada agent saya. Seperti biasa scan passport dan terus email kepadanya. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM20.00 selepas visa lulus.

Masalah mula muncul apabila pihak travel agent mengatakan "ETA Visa Cannot be granted as more information required".



Kegagalan pemprosesan Visa tersebut menyebabkan travel agent saya memohon saya email kepada Embassy Australia di Kuala Lumpur serta Visa Center mereka untuk tindakan lebih lanjut. Maka saya email seperti dipohon besertakan ETA rejected tu. 

5 April 2017- Admin email tersebut reply dan mengatakan seperti di bawah :

Dear Sir/Madam,
Thank you for your ETA referral.

Unfortunately your application is one of a small number of applications that cannot be approved online due to checking required by the Australian Government.

Please refer to our website for further instructions you must follow in order for us to assist you.Alternatively, please refer to our Visa Finder facility at http://www.border.gov.au/Trav/Visa-1/ for information on other visa options. 


I trust the information provided, answers your query.

Dengan jawapan sebegini, saya mula la cuak beb.. dalam pikiran dok pikiaq ape pasal? Aku ade jenayah rekod ke kat Aussie? atau nama aku digunakan dalam hal-hal jenayah ke? Atas nasihat dari travel agent, maka saya cetak email tersebut beserta ETA Visa yang tak approve tu dan perlu ke Visa Center Wisma MCA. 

6 April 2017 - Menuju ke Visa Center (Tingkat 19, Wisma MCA), depan Visa Center tu dah macam nak naik flight pulak, security checking dari atas ke bawah dibantainya. Air tak boleh bawak masuk, no phone call dan no lighter for smokers. Guard akan kasi nombor dan berjalan terus ke bahagian Australia Visa Center. Rupanya dalam tu ada beberapa lagi Visa Center untuk negara lain macam Canada, US dan UK. Nak amik gambar dalam center tu pon tak berani pulak... kawasan kecik ada 5-6 orang guard.



Nombor giliran dipanggil... dikaunter saya menerangkan masalah yang dihadapi. Orang kaunter tu (pekerja melayu) cakap permohonan Visa ke Australia sekarang memang agak susah, depa membuat checking betul-betul pasal kadar orang Malaysia yang masuk ke negaranya dah ramai dan menyalahgunakan Visa untuk bekerja tanpa permit. Maka nama saya salah satu suspek yang menggunakan Visa Travel untuk bekerja di sana. Demmm yaw...

Jadi gadis kaunter tu pon menyerahkan 1 borang - Additional Information beberapa step untuk di-emailkan ke pihak Visa Australia seperti front page passport beserta Visa ETA yang tak approve. Email dihantar pada tengahari tu juga.

Petang hari yang sama saya menerima email dari Admin Visa Autralia mengatakan borang dan dokumen yang saya sertakan tidak cukup kukuh. Maka dia suruh nyatakan dokumen sokongan seperti email dibawah :

UNCLASSIFIED

Dear Sir,

This e-mail refers to your application for a subclass 601 Electronic Travel Authority received at our office today. In order to continue with the processing of your application, I require the following additional information:

1. A bank statement showing at least the previous two months transactions.  Please include all bank accounts that you hold.

2. An itinerary of your proposed stay in Australia.  Please include any pre-booked (if any) flight, hotel and any other bookings that you have made.

3. A short statement outlining your plans in Australia.  Please include whether the trip is for tourism or business visitor activities.   Also include any other people who will be accompanying you on the trip.  Please include their full name and date of birth.

4. A list of any family and friends that you have in Australia.  Please include their full name, date of birth and visa status (if known)

5. A list of your immediate family members, indicating which of these family members will be travelling with you.

6. Evidence of your employment, this should be:

a. A statement from your employer that indicates your annual salary and that  you have approved leave for your travel to Australia, or


b. If you are self-employed, business registration documents and financial records for the business (such as bank statements)

Maka dengan tungkus lumus saya menyiapkan segala dokumen yang diminta oleh Visa Australia, antara yang saya kemukakan adalah Company Confirmation Letter serta booking flight tiket, guesthouse serta car rental. Bukti-bukti ini adalah agak kukuh yang mengatakan bahawa anda bukan nak gi kerja kat Australia sebaliknya untuk tujuan perlancongan. Email dihantar dengan hembusan kalimah Bismillah.. moga-moga orang kapir tu terbuka hidayah.

7 April 2017 - No email

8 April 2017 - No email

9 April 2017 - No email

10 April 2017 - Pagi no email - Petang ada satu email masuk.

Alhamdulillah sambil muka sengih kambing dahan bila baca email dari Embassy yang mengatakan saya lulus untuk masuk ke Australia dengan Visa validity selama 1 tahun dengan multiple entry.



Tak tahu samada ianya pengajaran mahupun kesilapan, tapi jika anda sudah mempunyai visa yang masih valid untuk memasuki ke Australia, jangan cuba lagi untuk apply yang baharu. Hanya rujuk pada Visa Center bertanyakan status visa serta date yang korang nak masuk tu bila. Kalau valid xperlu buat lagi. Nanti kena macam abang baru berpeluh pungkoq. Tak lena tidur oiii dok pikirkan visa ni... 

Lepas tu kalau korang agak-agak dah plan nak gi Aussie tu mohon bikin visa jangan last minute, naya nanti kena macam abang.. dia random selection juga tu kena nasib tak baik. Kalau buat dengan travel agent tu 2-3 bulan sebelum travel tu boleh le buat. Pasal travel agent dah tak boleh tolong dah kalau tak lepas. Depa bukan Embassy yang boleh tolong luluskan visa... lain la kalau korang ni jiran PM Australia.

Sekian terima kasih.

This is not so awesome but worth it.

Untuk pertanyaan boleh drop email ke nazrulakram@gmail.com atau FB messenger saya Nazrul Akram. Saya bukan ejen Visa tapi boleh la nak share dan jawab persoalan tuan/puan.

Comments

Nazrul Akram said…
Andrea Edwards : Thank you
missPendam said…
kalau da dapat visa macam kat atas tu, perlu pergi embassy jugak ke nak ambik visa ? atau boleh gune visa yang dalam email tu je?
Nazrul Akram said…
missPendam : tak perlu pergi ke embassy, bawa je visa yang di email tu
Nabila said…
kalau tak berkerja tak boleh dapat visa ETA ke. saya tak berkerja tapi simpanan Ada 50k lebey boleh apply tak
Nazrul Akram said…
Nabila : Boleh cuba untuk apply ETA Visa biasa. Kalau tak berjaya, apply Visa Subclass 600 atau 601, cuma harganya sekitar AUD190 per visa. https://immi.homeaffairs.gov.au/visas/getting-a-visa/visa-listing

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1