Boeing 787 Dreamliner Family
Boeing 787 Dreamliner Family
Baru-baru ni membaca sedikit information mengenai kapal terbang dari blog mudabahaya.wordpress.com. Saya suka penulisan abang brader ni pasal dia kerja sebagai Engineer Aircraft di HK International Airport, banyak info kejuruteraan mengenai kapal terbang darinya. Dulu saya nak jadi engineer, akan tetapi gagal dalam persekolahan maka saya hanya jadi Abang IT jer.
Tahun lepas ke Tokyo saya menaiki penerbangan ANA Airlines dengan menggunakan kapal terbang jenis Boeing 787 Narrow Body. Boeing 787 adalah sebuah kapal terbang yang menggantikan model 747 (separa dua tingkat) dan digelarkan sebaga Queen of the Sky. MAS pernah memilik model 747 ni dan sekarang tengah parking dalam garaj selepas digantikan lagi dengan model Airbus A330.
Buat masa sekarang, syarikat Airbus telah tapau Boeing 2 tiang disebabkan penjualan model terhebat mereka iaitu A380 dan diikuti A350 serta A330. Hasil penjualan Airbus tu menyebabkan syarikat Boeing terpaksa buka mata dan bertungkus lumus untuk mengeluarkan model yang hebat juga. Maka Boeing memperkenalkan model 787 Dreamliner yang awesome.
Syarikat pertama yang menempah model 787 Dreamliner ini adalah All Nippon Airways (ANA), diikuti oleh Air New Zealand (ANZ) dan beberapa airlines lain seperti Royal Dutch Airlines (KLM) dan British Airways (BAA. Harga sebuah pesawat Boeing 787 adalah RM831 juta, fuhhhh ingat main-main ker nak beli pesawat? Tu baru harga pesawat belum lagi ubahsuai bahagian dalaman... demmm yaw!
Apa yang menarik perhatian saya mengenai pesawat ini adalah kepak/sayapnya. Pada mula saya mengambil gambar pesawat sebelum berlepas di KLIA dan ianya nampak seperti kebiasaan sahaja. Pada masa penerbangan, saya perasan kenapa sayap pesawat ni macam meninggi pulak, kalau flight B737, A320 tak ader pulak naik? Maka saya mula membuka Mr Google dan menanyakan soalan bodoh...
Ohhh rupanya inilah kehebatan Boeing 787 Dreamliner, teknologi sayapnya yang boleh melengkung pada penerbangan mampu menghilangkan gegaran ketika cuaca kurang baik dan kecekapan penggunaan minyak yang tahap optimum. Soalan - ok ker kalau sayap tu melengkung? Jawapan - Sayap model ini dicipta untuk melengkung dan dibuat daripada bahan carbon fiber. Selain tu kelebihan 787 ini ianya boleh terbang tanpa henti sejauh 15,000km dan kelajuan maksimum 950kmh. Bentuk pesawat yang memanjang dan menggunakan 2 engin yang saiz agak besar membolehkan syarikat Boeing berjaya menaikkan nama Boeing kembali selepas Airbus A380.
Maka barulah saya tahu bukan senang untuk menghasilkan sesebuah kapal terbang walapun sekecil A320 dan apatah lagi A380 dua tingkat tu. Setiap benda di ukur dengan jitu malah keseimbangan pesawat menjadi titik penting. Bukan main-main beb...
Jom layan video pemasangan Boeing 787 Dreamliner untuk British Airways...
This is Awesome dude...
Comments