Travel Tips ke Tokyo Jepun

Travel Tips ke Tokyo Jepun

Bila ke negara asing, beberapa faktro perlu dititikberat seperti makanan dan pakaian pada musim yang tertentu. Pasti lebih mudah untuk travel kerana anda boleh google atau blogging sahaja untuk mendapatkan info.

Disini saya kongsi beberapa tips untuk ke negara Sakura pada Musim Sejuk dan Musim Bunga memandangkan demand pada kedua musim ini adalah sangat tinggi. Yela bila lagi nak merasa suasana sejuk beku sejuk dingin. Kat tempat kita sejuk bila hujan ribut ajer. Paling tidak pon banjir. Syukur Alhamdulillah.

1. Waktu Solat

Seperti di Malaysia, waktu solat berbeza mengikut paras geografi kerana negara Jepun agak besar yer dari Hokaido menuju ke Osaka. Anda boleh semak waktu solat anda mengikut tempat yang anda lawati di IslamicFinder disini.

Jangan lupa akan solat anda ketika melawati negara orang. Kebanyakkan surau di sekitar Jepur dinamakan sebagai Silent Room / Prayer Room. Boleh google dimana tempat letak masjid-masjid sekitar Tokyo. Ada banyak yer... jangan malas dan bangga dengan negara kita sangat.



2. Pass Keretapi / Bas

Public transport samada train atau bus sangat hebat di Jepun. Kalau korang boleh faham train map dia dalam masa seminggu anda memang hebat!

Baca betul-betul tips ni yer. Study JR Pass pada web mereka disini.

Di Jepun ada pelbagai pass untuk menggunakan train/bas. Paling popular adalah Suica, Pasmo dan JR Pass. Untuk Suica / Pasmo ianya berfungsi seperti kad Touch n Go Malaysia. Top-up dan touch saja kemana yang kamu mahu pergi.

Untuk lebih penjimatan, JR Pass mampu menebalkan kocek anda dengan perjalanan destinasi yang lebih jauh dan peluang menaiki train Shinkansen (Bullet Train). Ada pelbagai JR Pass yang disediakan, buat research kat mana korang nak pergi atau tanya kocek anda kerana harga minimum JR PAss adalah JPY10,000 (RM380.00) untuk 3hari sahaja.

Saya lebih syorkan anda memilih JR Tokyo Wide Pass kerana korang boleh pergi ke Kawaguchiko tengok Gunung Fuji dan Karuizawa main ski malah beberapa tempat yang ternyata dalam laluan keretapi JR (Japan Railways) seperti Harajuku, Shibuya, Akihabara, Shinjuku dan macam-macam lagi. Kalau nak pergi lebih jauh korang boleh pilih JR East Pass, tapi harganya JPY20,000 (RM760.00) untuk 7 hari sahaja.




3. Train Timetable (Hyperdia.com)

Waktu perlepasan train di Jepun sangat tepat yer, xde acah-acah seminit dua. Sesudah korang study JR Pass mana yang korang pilih, korang perlu tahu jugak pukul berapa time train Shinkansen korang bertolak. Pasal jarak masa train Shinkansen lebih kurang 45minit/ 1jam. Jadi xde la korang habiskan masa dengan tunggu train jarak jauh.

Lain pula dengan train subway, JR Train atau sub-train bandar. Durasi mereka lebih kurang 2minit - 5minit. Korang boleh semak masa korang dengan menggunakan website Hyperdia disini. Pilih destanis dan masa anggaran korang nak berlepas, website ini akan memberitahu segalanya seperti platform berapa, nama train anda dan harga bayaran yang dikenakan.





4. Hotel / Guesthouse

Atas pilihan anda untuk memilih samada tinggal di hotel mahupun guesthouse. Hotel di Tokyo memang agak mahal dengan harga bermula RM500 keatas dan keluasan hanya 20meter persegi. Jika korang ada duit lebih boleh la lepak hotel 5 star harga RM2000/malam. 

Kalau nak budget macam saya, lebih senang saya memilih untuk stay guesthouse. Harga lebih kurang RM450/malam saya dapat 2bilik, ruang tamu dan dapur.

Caranya layan saja AirBnb.com dimana korang boleh pilih budget korang, berapa orang nak stay dan jenis rumah samada entire house atau bilik sahaja. Murah dan senang jika memilih rumah kerana kelengkapan semuanya lengkap.





5. Makanan / Ubatan

Jepun bukan sebuah negara yang ketat dengan kemasukkan makanan untuk kegunaan anda. Korang boleh bawa makanan kering seperti beras, bihun, Milo, Nescafe, pek perencah yang dipek oleh kilang, ikan bilis, makanan segera seperti Brahim, mi segera, dan biskut. Pendek kata makanan dari negara kita mestilah yang dilabelkan atau dari pek kilang. Jangan korang nak re-packing dengan plastik kosong nanti dorang tak tahu menatang apekah itu.

Makanan bahan mentah dilarang sama sekali. Mana-mana negara pon tak kasi daa kalau korang bawak sekor ayam atau pon daging mentah.

Manakala ubatan boleh dibawa, kalau boleh yang ada labeling klinik atau phamasi. Susu anda tidak menjadi masalah yer. Jangan lupa juga bawa lotion tangan dan lips bum untuk mengelakkan kulit kekeringan. 




6. Pakaian mengikut Musim

Kalau korang datang pada musim sejuk, pakaian tebal diwajibkan, jangan sesekali mencabar alam-Nya. Padah makan dia. Bawak baju sejuk yang sesuai dengan musim dan suhu. Korang boleh semak cuaca dan suhu di Accuweather.com atau download saja apps.

Jika korang membawa bayi bersama (Bayi 2tahun kebawah), sila pastikan bawak minyak panas untuk disapukan pada kaki bayi dan jaket jenis cover kaki dan badan. Boleh cari dalam Lazada atau walkin saja di kedai Universal Travellers. Kalau korang area KL boleh singgah di kedai baju sejuk Kok Kong, Jalan Loke Yew.

Kasut menjadi faktor utama, sila gunakan sport shoe atau nak lagi best jogging shoe jika korang jenis jalan kaki. Sakit kaki pada tempoh percutian anda adalah menyeksakan. 



7. Komunikasi / Wi-Fi

Bagi saya peranti komunikasi cukup penting bila saya travel ke negara asing walaupun ianya hanya Singapore mahupun Hadyai. Komunikasi berfungsi bukan saja korang nak surf internet akan tetapi sebagai perantara diantara kamu dan ahli keluarga di rumah. Tolong la sms/whatapps/voice call orang jauh yang mungkin sedang risau perjalanan kamu. Tak semua tempat di Jepun ada coverage free Wi-Fi.

Korang boleh sewa Wi-fi samada dari Malaysia atau di Jepun. Nak senang korang sewa wi-fi dengan Wiyo.com di KLIA2. Harganya RM20/day sahaja. Mudah dan senang. Mengenai coverage bagi saja tidak la laju sangat pasal dia menggunakan konsep roaming. Tetapi not bad la kalau nak google maps, voice call atau menggunakan media sosial. 






8. Barangan Sampingan / Barangan Elektrik 

Barangan sampingan disini adalah bermaksud seperti barangan air mineral atau 100plus untuk boost energy anda serta wipe tisu. Pastikan anda sentiasa minum air untuk mengelakkan kering tekak waktu sejuk dan tisu basah untuk pelembab muka. Kebanyakkan tandas di Jepun menggunakan jenis tandas bidet eletronik. Menarik pasal ada muzik untuk menghilangkan bunyi percikkan tinja.

Bawa travel adapter untuk charge handphone dan wi-fi device anda. Nak senang korang bawak sekali extension atau adapter yang ada slot USB. Benda ni pon korang boleh cari dalam Lazada.com.




9. Keselamatan

Sila sediakan beg kecil untuk asingkan passport dan wang anda. Jangan terlalu leka takut anda tertinggal barangan penting. Sentiasa ingatkan pasangan anda untuk menyemak wallet/handbag/passport. Buat salinan passport sebelum travel dan emailkan pada diri sendiri sebagai backup. Tak memadai amik gambar, mane tau handphone pon tercicir jugak.

Utamakan keselamatan anda ketika travel tak kira berada dimana pun. Perhatikan gerak geri anak anda. Tokyo sangat padat. Budak-budak kecil susah nak nampak jika lalu tempat crowded, kalau boleh dukung anak kecil anda jika terlalu ramai orang. 




10. Adab dan Tata Susila

Banyak perkara yang saya pelajari di Tokyo, antaranya ketika menaiki train. Mereka beratur mengikut marking line yang dibuat. Jangan potong barisan. Panjang pon panjang la... train dorang efisen giler setiap 5 minit dah sampai. Lepas tu gerabak panjang giler.

Kalau korang bawak stroller, sila lipat stroller siap2 sebelum naik train. Nanti dalam train agak padat, susah orang lain nak masuk dan susah juga korang nak keluar train nanti.

Selfie stick tidak menjadi masalah, everybody want to capture the precious time. Selfie stick korang tu jangan panjang sangat sampai boleh jolok tiang letrik. Hormati orang lain dan jangan nak bergambar tengah-tengah jalan.

Antara juru bahasa kegemaran saya adalah barista Starbuck. Orang Jepun tidak fasih berbahasa Inggeris. Akan tetapi kebanyakkan barista Starbuck boleh berbahasa Inggeris. Boleh la kalau nak tanya something.

Bagi korang yang merokok, jangan main hisap rokok kat tempat awam, mau kena sound dengan pak guard dorang. Sila merokok di tempat yang diorang sediakan. Saya pernah tengok seorang wanita sedang merokok dikawasan merokok, putung rokok dia masukkan kedalam bekas yang dia bawak sendiri. Hebat!

Jepun sangat sukakan privacy, jangan berborak macam kantin sekolah kita bila dalam train. Kalau pick-up call lebih disyorkan menggunakan earphone. Kalau korang jalan-jalan kawasan perumahan untuk bergambar juga dilarang membuat bising. Hormati mereka dan mereka akan hormati anda sebagai pelancong.

Sila pastikan sampah anda dibuang pada tempat buang sampah, bukan bawah seat train. Susah juga nak jumpa tong sampah kat Tokyo ni tapi setiap station ada tong sampah. Mereka sukakan kebersihan dan jika nasib baik, korang nampak lori tong sampah macam lori bawak barang, tiada titisan titisan wangian berciciran.

11. Cederahati

Magnet fridge agak mahal di Jepun, kebanyakkan saya jumpa bermula dari harga JPY400 (RM20+) sebijik. Kalau korang budget besar boleh la beli tapi kalau korang nak jimat boleh shopping barang di Daiso. Harga JPY100 dengan tax 13% sahaja.

Bagi travellers diva-style korang pasti tahu dimana butik kegemaran kamu. Tapi bagi saya yang ber-budget kecik ni saya hanya mampu untuk membeli t-shirt cap Jepun je. Tips saya korang pergi ke Uniqlo. Kat sana banyak t-shirt Japan Edition yang tak akan dijual di Malaysia dengan harga JPY800-1,000. Murah dan Awesome!




12. Barang Elektrik dan Mainan

Yodobashi adalah tempat favorite saya, rata-rata kedai Yodobashi ni tinggi dalam 5-8 tingkat. Apa yang dijual di Yodobashi? Mereka jual barangan elektronik, elektrik serta barang mainan. 

Korang pergi ke Yodobashi Akihabara atau Yokohama, memang heaven untuk pengumpul mainan Tomica, Plarail, Gundam macam-macam lagi laa collection dengan harga jauh lebih murah. Kadang-kadang ada diskaun 20% untuk tourist dan belian yang banyak. Kalau beli barang tu sila simpan resit kot2 nant Kastam Jepun mintak. 




13. Locker Storage

Jika korang dah shopping terlalu banyak barang atau korang kena check-out hotel awal, korang boleh drop luggage di mana-mana station besar seperti Tokyo Station, Shinjuku Station, atau Ueno Station.

Ada banyak luggage storage bermula dengan harga JPY400-600 mengikut sie luggage untuk tempoh 24jam. Services ini sangat berguna yer jadi tak perlu nak tarik bagi kalau nak sambung shopping lagi.



14. Kedai Runcit / Serbaneka

Saya suka ke kedai runcit apabila travel pasal nanti boleh tengok barang yang tidak dijual di Malaysia. Antara kedai favorite adalah Lawson dan Family Mart. Kedai ini menjual barangan seperti 7Eleven tapi kalau jumpa kedia yang besar dah jadi macam mini market. Siap ada barang mentah pon ada.

Kalau korang yang jenis nak memasak kat rumah korang boleh pergi ke kedai Family Mart. Daging pastinya tidak halal tapi korang boleh beli seafood, minyak olive oil dan beberapa rempah yang disahkan Halal. Ada juga bento dan sandwich. Sila semakan dulu kandungan sebelum beli.



15. Makanan Halal

Di Jepun tidak terlalu sukar untuk mendapatkan makanan Halal. Cuma nak dapatkan nasi Asam Pedas, Nasi Ayam Masak Lemak memang susah la beb. Kalau nak jumpa kedai kebab pak arab bersepah-sepah ada. 

Kalau korang dah jemu makan kebab korang boleh try makanan sampingan seperti donut atau roti. Korang boleh beli donut/roti di Krispy Kreme atau Mister Donut, ianya Halal dan ada sijil Halal dari Japan Organisation.

Jika travel bersama famili lebih digalakkan untuk memasak pada waktu pagi dan tapau untuk tengahhari. Rata-rata harga makan kebab bermula JPY500-1,000 (hampir mencecah RM20.00 ke RM40.00). Kalau bento atau nasi mau cecah JPY1,000 keatas. Memang mahal.

This is Awesome dude!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1