Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 3

Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 3

Sekali lagi suhu waktu pagi mampu membuatkan diri ini tidak mandi pagi. Usaha gosok gigi dengan semburan air panas hanya seketika sahaja. Hirupan teh/kopi waktu ini sangat menyempurnakan pagi anda dengan suasana sejuk 2c.

Pagi ini kami ingin menuju ke Kawaguchiko untuk menikmati permandangan Gunung Fuji. Maka kami bermula dari Asakusa Station, singgah di Ueno Station untuk membeli roti di Honor Shop dan terus ke Shinjuku Station untuk pertukaran laluan train iaitu Chou Line Super Azusa 1. Perjalanan memakan masa 50minit dan pertukaran sekali lagi di Otsuki Station. Tiba di Otsuki suhu sejuk yang kerata dengan 0c. Menunggu train Fujisan Express sangat menyiksakan badan kerana sejuk mula menusuk bulu roma tanpa kelengkapan pakaian yang agak tebal. 



Fujisan Ekpress tiba di Otsuki Staton dan perjalanan mengambil masa 45 minit ke Kawaguchiko Station. Suka saya menikmati perjalanan Fujisan Ekpress ini kerana laluan ini adalah laluan perkampungan dimana keretapi akan melintasi di beberapa sungai dan jalan raya kampung. Saya cadangkan pada anda untuk singgah di Asakasa Station (satu perjalanan menuju ke Kawaguchiko) dan berjalan kaki menikmati suasana kampung di Jepun. Tak sempat pula saya nak singgah.

Tiba di Kawaguchiko masih lagi merasai seksaan cuaca, suhu menunjukkan -2c walaupun jam menunjukkan 9.00pagi. Saya memilih untuk berjalan kaki dari Kawaguchiko Station menuju ke Ropeway. Disini korang boleh menikmati permandangan Gunung Fuji di atas bukit menggunakan kereta kabel. Bayaran 800JPY dikenakan untuk tiket kereta kabel dari bawah ke puncak Tenjo. 



Diatas puncak bukit Tenjo ini dijanjikan permadangan yang sangat hebat dari ciptaan-Nya. Sebuah Gunung Fuji terpapar indah tanpa selimut awan. Untung nasib badan kerana orang cakap Gunung Fuji ini pemalu, sebab tu susah nak nampak puncak bersaljinya. Bergambar dan menikmati roti yang dibeli di Station Ueno pagi tadi menjadikan masa cepat berlalu. 

Kami tidak mempunyai masa yang banyak, dan terpaksa turun dari bukit Tenjo untuk balik ke Tokyo. Tips untuk kesini silalah datang awal pagi yer, nanti kena beratur panjang giler nak naik kereta kabel. Fuhhhhhhh naya...



Dalam perjalanan balik kami mahu ke Yokohama pula untuk layan satu lagi view bandar Tokyo. Pertukaran train di Shinjuku dan terus menuju ke Yokohama Station. Saya diperkenalkan sebuah kedai franchise terkenal di Jepun iaitu Yodobashi. Kedai ni giler super Awesome, confirm pening nak layan semua floor. Yodobashi adalah sebuah kedai elektronik dari menjual TV, peti sejuk, komputer serta barang mainan. Toys untuk cenderahati kepada anak-anak sangat murah disini. Lebih kurang separuh harga dari Malaysia. Korang boleh belian mainan di Yodobashi yer. Dah ler murah ader diskaun lagi.


Selesai di Yodobashi, kami menuju ke Sakuragicho untuk santapan tengah hari di Garlic Jo Restaurant. Restoran ini dalam proses mendapatkan status Halal, dalam menu terdapat masakan pork akan tetapi mereka memberitahu masak seperti udang dan sotong tidak menggunakan kuali yang sama dan muslim boleh menikmatinya. Makan pasta udang mejadi pilihan bro... kenyang beb. Harga pon cecah 1200JPY jugak ler sepinggan.


Perut dah kenyang, kami ke Yokohama Landmark Tower untuk view bandar Metropolitan Tokyo yang hebat. Bayaran 1,000JPY dikenakan dengan Obversation Deck tingkat 69. Disini korang boleh tengok view seluruh Tokyo dan Yokohama 360. Hanya bangunan dan rumah sahaja kelihatan sekitar Tokyo. Nak nampak pokok pon susah, sangat padat susunan bandar mereka. Gilakkk.

Kat bawah Yokohama Landmark Tower ini ada Hard Rock Yokohama, jika korang pengumpul baju HRC boleh la beli, harga lebih kurang jer dengan Malaysia. Global price macam Starbuck. Pekena aiskrim McD dulu sambil layan street samurai performance. Secara logikal jika korang makan aiskrim time sejuk pasti korang tak akan sejuk. Tak percaya? Cubalah nanti...






Seterusnya kami menuju ke Tokyo Disneyland. Seperti biasalah, kami hanya mampu bergambar saja di pintu masuk Tokyo Disneyland. Tidak berbaloi nak masuk kalau tak ada anak-anak. Kat sini adalah merupakan satu bandar yer dimana Tokyo DisneySea, Tokyo Disneyland dan beberapa resort shopping mall ditempatkan di dalam satu kawasan Disney Resort. Sangat besar kawasan ni sampai ada Disney Resort Monorail. Demmmm yaw!



Terdapat kedai halal disini, salah satunya Krispy Kreme, Restoran Madu dan korang boleh beli roti manis atau donut. Silent room juga disediakan didalam Shopping Mall Disney ini. Cool kan.

Tak lama pon lepak kat DisneySea, kami terus ke Shibuya. Kami ke Shibuya salah satunya pasal saya ingin makan di sebuah restoran yang dikenali Gyumon. Restoran ini saya research menggunakan HaveHalalWillTRavel. Agak jauh restoran Gyumon ini dengan Shibuya Station. 

Tiba di Gyumon, menjadi perasaan khecewa dan terkejut denga harga makanan mereka. Harga untuk BBQ set adalah 3000JPY/per person (RM120.00). Memang orang cakap di Jepun segalanya mahal akan tetapi saya rasa macam tak berbaloi. Korang boleh makan burger udang McD (shrimp burger), atau kebab, atau nasi berlaukan kebab ayam/daging atau pasta udang dengan harga bawah 1,000JPY. Boleh la sekadar mencuba di Gyumon dan saya pasti tak akan repeat lagi. Dem.

Santapan malam yang pantas, kami menuju ke Shibuya Crossing yang terkenal sebagai lintasan pejalan kaki paling sibuk didunia. Di sini juga terdapat scene cerita tokyo Drift tatkala Hans membuat drift time orang tengah lintas jalan. Tak tau orang nak gi mane, manusia macam semut. Sesak dan ramai giler beb orang. Bergambar tengah-tengah jalan dan keputusan balik rumah dicapati.

Membeli sedikit bekalan roti untuk santapan tengah malam, maka kami pulang dengan penat lelah hari ketiga kami di Tokyo. Suhu malam tidak sesejuk sebelum ini. Hanya sekitar 5c sahaja. Fuhhhh cabaran betul. Rehat, solat dan tidur tanpa mandi adalah aturcara dirumah. Cuaca keesokkan diramalkan hujan nipis.




Bercuti ke Tokyo Japan - Day 1
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 2
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 3
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 4

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1