Jalan Jalan ke Thomas Town Nusajaya, Johor
Jalan Jalan ke Thomas Town Nusajaya, Johor
UPDATE! Thomas Town is Permanently Closed (Aug 2021)
Minggu yang lalu saya memenuhi janji-janji pada keluarga kecil saya untuk bawa jalan-jalan ke JB tatkala kengkangan masa kerja yang sedikit sempit. Tiada perancangan rapi atau tersirat. Program jalan-jalan ke Thomas Town atau lebih dikenali Sanrio World Hello Kitty JB berjaya dengan jayanya.
Saya tidak memilih untuk ke Legoland memandangkan cuaca yang tidak sesuai, sekejap panas terik sekejap hujan lebat selebatnya. Oleh itu Thomas Town adalah pilihan terbaik kerana ianya terletak di dalam Puteri Harbour Theme Park. Untuk kesini anda hanya perlu membuat carian Sanrio Hello Kitty pada Google Maps atau Waze anda.
Tiket untuk memasuki Hello Kitty World atau Thomas Town adalah RM85.00 untuk dewasa dan pemegang MyKad. Manakala kanak-kanak bawah 3tahun adalah percuma. Terdapat 2 pakej untuk anda boleh pilih iaitu samada anda memilih nak layan Hello Kitty je ker atau Thomas Town je ker atau kedua-duanya sekali. Terpulanglah pada anda yang membuat pilihan. Anda boleh semak harga sebenar pada carian disini.
Memasuki Thomas Town agak awesome juga la yer pasal terdapat beberapa permainan yang bagi saya ianya adalah untuk kategori bawah 5 tahun. Ianya tidak terlalu ekstreme sepertimana Legoland Malaysia. Beberapa watak dalam ceritera Thomas diperkenalkan dengan permainan mereka dan ada juga playground yang korang sebagai ibubapa juga boleh join panjat sampai penat beb.
Abis layan Thomas Town korang boleh akses ke tingkat 1 kerana ianya sudah tertakluk didalam tiket belian korang. Disini korang boleh tengok persembahan Thomas Town dan juga Barney n Friends. Selain tu juga ada beberapa section play around produk seperti Barney, Pingu, Angelina dan Bob the Builder. Persembahan tertakluk pada masa yang ditetapkan.
Soal nak makan kat sini no problem bro... ada beberapa gerai kecil dan restoran yang korang boleh lepak sementara anak-anak korang dok main. Tapi kena juga bagi perhatian nanti kena culik plak. Ada juga tempat untuk parents santai... tempat ni macam sedikit heaven dan best siot!
Kalau korang xnak makan dalam Thomas Town korang boleh makan di kat luar, ade Starbuck, DC House Cafe, Kenny Rogers aaaa macam macam lagi ler... korang datang ler nengok sendiri.
Secara keseluruhan ianya agak berbaloi juga la... bagi saya yang best adalah playground pasal parents pon boleh join sama. Korang nak panjat ker... nak terjun ker.. nak gelungsur ker. Mungkin time saya datang tu orang tak berapa ramai.. agak rasa selesa jugak.
This is Awesome dude!
Comments