Perjalanan Merentasi Borneo

Perjalanan Merentasi Borneo

Adalah satu pengalaman baru yang diukir malah ditanam didalam memori yang kecil untuk meratapi keindahan bumi ciptaan Allah Illahi. 

Diberi peluang untuk membuat perjalanan merentasi Borneo dari negeri Sarawak dan Sabah dalam masa 5 hari sahaja. Bermula dari Kuala Lumpur ke bandar Kuching, dari Kuching ke Sibu, dari Sibu ke Miri dan diakhiri di bandar Kota Kinabalu. 

Day 1

Saya memulakan perjalanan dari KLIA2 pada 5 Syawal dengan suasana Aidilfitri masih tersemat dihati. Terfikir juga orang yang xdapat balik beraya bersama keluarga, jadi perasaan work sickness telah ditolak siap. Masih beruntung kita dapat beraya bersama keluarga.

Penerbangan AK5234 jam 1835 takeoff smoothly. Akan tetapi kapal telah digoncangkan agak kiat ketika dalam perjalanan 30minit selepas takeoff. Kapal memasuki ruang Air Pocket sebanyak 2kali. Barisan surah lazim dan keratan ayat Yasin menjadi teman sambil tengok jam bila nak sampai. Alhamdulillah kapal landing dengan selamat. Terasa syukur masih diberi peluang.




Day 2

Membuat kerja di sekitar bandar Kuching dengan memerhati orang muslim yang masih memeriahkan suasana raya. Saya sempat singgah makan tengahhari di Aroma Cafe yang terletak di Jalan Tabuan Kuching. Kedai makan ini sangat A+ dan JJCM telah datang kesini membuat review.

Selesai makan sambung perjalanan ke Airport Kuching untuk menuju ke bandar Sibu. Maswings telah announce bahawa flight telah dibuat retimed selama 3jam dari jam 1505 ke 1805. Sungguh sedeyyy...

Flight MH3696 ATR 72 500 tiba untuk membawa penumpang ke Sibu tepat 1805. Cuaca mula hujan dengan sedikit lebat langsung gusar datang balik pasal dok teringat pengalaman semalam. InsyAllah dan Alhamdulillah tiba di Sibu Airport tanpa sebarangan kesulitan. 

Perjalanan dari airport Sibu menuju ke pusat bandar mengambil masa 35minit dan mengisi perut di restoran Seri Meranti Seafood. Kedai ini adalah kedai halal yang agak awesome, ikuti entry restoran ini nanti. 





Day 3

Waktu pagi di Sibu dibasahi dengan hujan renyai. Sempat singgah sebentar di jetty Sibu dimana salah satu pengangkutan utama menuju ke pendalam Sarawak. Saya pernah menuju ke Kapit dan Song dengan menggunakan perkhidmatan bot express ini dengan bayaran RM20.00 - RM35.00 selama 2 - 3 jam sehala.

Masa yang agak terhad ketika ini dan terus menuju ke Airport Sibu untuk perjalanan menuju ke Miri. Kali ini Maswings menepati masa yang dijadualkan berlepas jam 0905.

Tiba di Airport Miri dipenuhi dengan brader yang menyarung baju coverall. Miri lebih dikenali dengan bandar minyak Sarawak.

Saya makan tengahhari di FJ Cafe Jalan Bendahara. Kedai ini  yang agak awesome yang menyediakan sajian arab dan western. Ikuti entry restoran ini nanti.

Waktu malam saya meronda di sekitar Miri dan ternyata bandar ini dipenuhi dengan pub dan coffe house. Mungkin diutamakan pada pekerja offshore.





Day 4

Penerbangan seawal jam 0600 dan hadir di airport tepat 0500 mampu membuatkan taik mata meleleh. Kali ini saya menuju ke Kota Kinabalu untuk destinasi terakhir. Oleh kerana masa yang singkat, saya terpaksa skip trip  untuk ke Tawau dan Sandakan.

Penerbangan Maswings MH3123 mengambil masa 1jam 30minit dengan ATR 72 500. Sedikit bosan pasal flight kecil dan tiada permandangan yang menarik selain hutan bukit dan lautan. Tidur adalah aktiviti yang terbaik.

Tiba di Kota Kinabalu Airport saya terus menuju ke pusat bandar yang terletak beberapa kilometer sahaja. Kerja rutin harian bermula di KK. Take lunch di restoran kecil berhampiran dengan hotel Promanade.

Kemuncak di KK adalah dengan santapan dinner seafood di restoran feberet iaitu di Restoran Sinar Gemilang Masakan Jawa yang berhampiran dengan Hyatt Hotel. Sila ikuti entry saya mengenai restoran ini.

Selesai santapan malam adalah perkara yang awesome untuk lepak di waterfront ikan todak ini pasal ramai buskers yang wujud untuk menghiburkan hadirin. Layan sambil menderma seikhlas hati untuk mereka.





Day 5

Layan waktu pagi di KK Waterfront. Dari sini anda boleh melihat orang tempatan yang tinggal disekitar pulau kampung air datang ke pusat bandar menaiki bot kecil. Menikmati kopi ketika ini adalah sangat terbaik.

Hari ini adalah hari terakhir di Sabah. Cuaca yang cerah menambahkan lagi keyakinan untuk terbang. Awal-awal macam adah kecut perut teringat dek airpocket haritu. Saya menyarankan anda memilih seat kedudukan pada sebelah kiri untuk permandangan hebat pulau-pulau di Kota Kinabalu. Pastinya anda tidak akan menyesal bro.  

Perjalanan MAS MH2621 tanpa inflight entertaiment membuatkan sedikti bosan. Buku travelog dah abis baca, tapau Marrybrown burger untuk memantapkan kekenyangan walaupon MAS dah sediakan light meals.

Alhamdulillah tiba di KLIA tanpa sebarangan kesulitan. Insyallah saya akan ke bahagian timur Sabah bulan Ogos dengan perjalanan darat.





This is Awesome guys!

Visit my instagram > nazrulakram

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1