Pengalaman Air Pocket Pernerbangan ke Kuching AK5234

Pengalaman Air Pocket Pernerbangan ke Kuching AK5234

Saya boleh dikatakan kerap juga travel menggunakan pernerbangan terutama jika urusan pada negeri Sabah Sarawak dan negera asing. Yelah takkan nak naik kapal pulak nak menuju ke satu destinasi yang jauh.

Setiap kali sebelum naik flight ucapan Syahadah, Al-Fatihah dan 4 Qul selalu membarisi bibir manis saya ini untuk penerbangan yang selamat dan tenang. Walaupun sudah banyak kali naik flight samada domestik mahupun international, perasaan takut dan gusar masih ada setiap kali di dalam flight. 

Pada 5 Syawal ini saya perlu bertugas di Kuching yang menyebabkan saya terpaksa memilih penerbangan AirAsia kerana MAS dah full house. Tak kisah pon kerana penerbangan ke Kuching hanya mengambil masa 1jam 40minit sahaja.

Akan tetapi saya diuji oleh-Nya ketika 30 minit berlepas dari KLIA pada jam 1835. Tanggapan saya flight AK5234 sudah melintasi Kuantan, secara tiba-tiba kapal memasuki kawasan air pocket yang menyebabkan gegaran kuat selama 5 minit tanpa henti. Anak-anak kecil mula menangis kerana tak selesa. Orang yang tidur mula bangun. Orang dok layan muzik mula off handphone.

Selepas 5 minit itu air pocket kedua ditempuhi dengan gegaran lebih kurang 3 minit yang agak kasar. Air pocket kedua ini menyebabkan flight attendance tidak lagi menolak keluar troli makanan dan minuman. 

Saya sebagai passenger yang menduduki seat 30C, saya tidak menyalahi syarikat penerbangan kerana ini adalah keadaan cuaca malah mungkin dengan kata lain ujian daripada Allah. Sekali lagi ucapan syahadah, surah lazim, ayat-ayat Yasin diukir difikiran. Perasaan takut, kecup telur semua ada beb... Time tula bukak galeri handphone tengok gambar anak bini raya baru ni... 

Alhamdullilah selepas serangan Air pocket kedua flight landing safely. Seriously ini adalah pengalaman pertama saya diserang air pocket tahap gegar gempa bumi punya. Cecah ajer di airport rasa nak merangkak ajer keluar flight.

Bagi pembaca yang tidak tahu apa itu Airpocket ataupun Air Turbulence nanti saya ceritakan pada entry yang akan datang. Share knowledge.

This is not so Awesome dude!


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1