Kedai Makan Asam Pedas Tepian Sungai, Sedenak Johor

Kedai Makan Asam Pedas Tepian Sungai, Sedenak Johor

Minggu lepas buat kerja di Indahpura Johor, pastinya kerja yang tiptop akan diakhiri dengan restoran yang bagus. Sebenarnya saya dah 2-3 kali singgah kedai makan ni dan ini kalilah saya nak masukkan dalam entry saya kerana kedai makan ni memang Awesome!

Kedai Makan Asam Pedas Tepian Sungai ini terletak di Sedenak Johor. Jika anda memandu highway plus anda kena amik exit Sedenak. Lepas bayar tol pada traffic light lepas tu tol tu amik junction ke kanan. Dari traffic light tu lebih kurang 2km anda akan nampak kedai makan pada sebelah kanan betul betul sebelum jambatan. Lebih senang kurang tengok google maps saya tu.

Ok kedai makan ni memang otai untuk bikin asam pedas. Orang cakap pukul 10pagi dorang dah bukak, memang ramai orang dan pukul 3 lebih camtu depa dah tutup pasal ikan asam pedas dah clear.

Feberet saya pastinya ikan merah... perghhhh ditambah pulak dengan telur dadar nasi tambah satu ketul. Kuah asam pedas dia memang pekat, kaw dan pedas macam kena lempang dengan selipar jamban. 

Susah nak diperkatakan dengan typo, saya memang mengsyorkan kedai asam pedas ni, harganya mahal sikit tapi sangat berbaloi. Yang tidak berbaloi adalah bila anda sampai ikan asam pedas dah abis.... dengggg....

Alamat : Jalan Parit Panjang, 81000 Kulai Johor
Direction : Exit Sedenak - Lepas tol ke kanan - lebih kurang drive 2km sebelah kanan.
GPS : 1°43'09.3"N 103°27'10.2"E

This is Awesome dude!






Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1