Restoran Halal di Seoul, Korea

Restoran Halal di Seoul, Korea

Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum.

Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam.

Seoul adalah salah satu negara pada kiranya mudah untuk mencari restoran-restoran halal lebih-lebih lagi di Itaewon. Apa yang penting anda perlu lebihkan membuat research pada blog dan website tertentu seperti blog Have Halal Will Travel.

Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Seoul seperti di Itaewon, Gyeongbokbung, Myengdong dan Pulau Nami. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti.

1. Asian Cuisine, Pulau Nami

Restoran ini saya singgah ketika mengunjungi Pulau Nami pada hari ke empat. Seperti entry blog saya sebelum ini, Pulau Nami adalah tempat wajib yang anda perlu datang kerana terdapat kemudahan pada orang muslim. Ada beberapa restoran dan coffee house halal dan surau disediakan.

Asian Cuisine adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan ala-carte asian. Anda boleh dapati masakan Chinese, Jepun dan Korea disini. Masakan Thailand juga ada, masakan Malaysia tarak...

Harga makanan bermula KRW10,000 hingga KRW40,000 bergantung pada hidangan yang anda order. Saya makan Chicken Teriyaki dan Chicken Fried Rice. Air green tea dan air suam adalah free yer...

Lepak di restoran ni memang selesa pasal ianya luas dan terdapat kids library pada sebelah restoran yang membolehkan anak-anak anda bermain seketika.





2. Manoffin Coffee Shop, Gyeongbokbung Palace Station.

Coffee dan Korea tidak dapat dipisahkan. Korea adalah sebuah negara permintaan cooffe yang tinggi didunia. Oleh itu tidak hairanlah terdapat banyak coffee house tak kira kat mana anda kunjungi. Starbuck dan Coffebean dah macam tak laku plak. 

Manoffin adalahsalah sebuah francise coffee shop yang terkenal di Korea, harganya memang murah dan setanding Starbuck Coffee. 

Saya order Americano coffee yang berharga KRW900 dan Chocolate Ice KRW1,500. Terdapat juga beberapa donut dan muffin disini. 





3. Mr Kebab Turkish Cuisine, Iteawon

Di sekitar bandar Itaewon memang banyak restoran halal kerana disini adalah tempat tertumpu agama Islam. Disini juga terdapat masjid Itaewon yang agak besar beb.

Restoran Mr. Kebab juga mempunyai francise tersendiri kerana saya pernah melihat restoran ini di Namdaemun Market kalau tak silap saya.

Malam tu saya makan roti kebab ayam dan Box Kebab Set. Serius Box Kebab Set sangat sedap, dalam kotak tu mereka letak ayam kebab bersama potato wedges serta cheese parut.... perghhh menang awesome beb. Rata-Rata harga di restoran ini bermula dari KRW6,000 ke KRW30,000. Harga kebab yang saya makan adalah KRW7,500




4. Murree Muslim Food, Itaewon

Saya singgah di Murree Muslim Food ini pasal ternampak ramai rakyat Malaysia dalam kedai. Sesungguhnya kedai ini memang agak sempit sikit dengan orang yang agak ramai.

Murree Muslim Food menyediakan makan ala indian dan korean food. Tapi saya tetap memilih untuk makan Nasi Beriani ayam pasal 1 hari suntuk saya xmakan nasi lagi. Makanan ala korea tu sebagai alas perut ajer...

Nasi Beriani syaa berharga KRW10,000 dan air teh o yang berharga KRW2,500. Potion nasi beriani agak kecik sikit berbanding dengan kedai lain. Mungkin sekadar untuk alas perut.

Kat sini best lepak pasal mereka ada wifi yang super laju... anda boleh nak pekena shisha dan merokok di luar restoran.



5.  Restoran Usmania, Itaewon

Restoran ini sangat dekat dengan guesthouse kami, tapi kami hanya singgah sekali sahaja. agak susah nak nampak kedai ini walaupon ada singboard, pasal terlindung dengan singboard kedai yang lain. 

Kedai ini terletak dibawah tanah, agak besar juga kedai ini walaupon berada underground. Seperti biasa masakan yang disajikan adalah menu ala arab dan indian food.

Saya memilih Nasi Beriani Ayam lagi, Chicken curry dan Ayam Goreng Popcorn. rata-rata menu berharga KRW10,000 hingga KRW 30,000. Ayam goreng popcorn tu memang best pasal rangup beb. Kat kedia ni potion agak besar sikit, kalau makan sorang memang mengah nak abiskan 1 pinggan tu.

Kemudahan paling awesome kat sini adalah wifi yang super laju beb....





6. Paris Baguette, Itaewon.

Paris Baguette adalah sebuah kedai roti yang halal. Mereka menyediakan roti yang daily fresh. Antara menjadi pilihan kami adalah donut dengan roti custard dan donut custard. Memang sedap dan lembut giler. Harga pula dlaam sekitar KRW1,000.

Untuk minum kopi disini juga awesome, saya suka Cafe Latte Ais dan Americano yang berharga KRW3,800. Kedai roti ini juga terdapat francise di Korea, salah satunya di Airport (selepas gate imigration).

Agak best lepak dikedai ni pasal korang boleh tengok orang Korea yang lalu lalang di jalan raya sementara mereka menunggu bas dan masuk ke Subway Itaewon.





7. Food Street Myeongdong Market.

Di Myeongdong Market sendiri pon banya gerai gerai halal malah ada juga restoran halal sekitarnya. Hasil pengalaman makcik saya, beliau telah memaklumkan gerai-gerai yang halal seperti gerai Kebab, Banana Crips dan Seafood Paradise yang terletak di hadapan Forevoer 21 dan KM Play.

Saya makan Samosa Kebab yang berharga KRW5,000, ianya sedap dan agak pedas. Kalau makan satu box ni kompem nak satu lagi.

Lepas tu saya makan Seafood seperlu sotong dan udang. Gerai ini hanya menjual seafood sotong udang dan ikan fillet. Minyak yang digunakan untuk memasak adalah minyak kacang soya. Masakan seafood yang telah digoreng diletakkan didalam box yang setiap satunya berharga KRW5,000.

Lepas tu saya makan Banana Crips sebagai pencuci mulut saya, Banana Crips ni macam wafer yang diletakkan pisang, coklat Nutella dan Corn Flakes. Memang rangup, manis dan awesome leleh... Harganya KRW5,000.




This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1