Misi Bantuan Kudrat : Mangsa Banjir Dec 2014
Misi Bantuan Kudrat : Mangsa Banjir Dec 2014
Sempena Maulidur Rasul, marilah kita berselawat keatas Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W., semoga seluruh umat Islam di Malaysia mendapat berkat dari Allah S.W.T.
Malaysia dikejutkan dengan banjir besar bulan lalu yang menyebabkan kerosakkan dan kerugian yang sangat besar dan luar biasa. Tak dapat dibayangkan perasaan dan ujian yang diterima oleh mangsa-mangsa ini.
Alhamdullilah rumah saya tak teruk sangat cuma ibubapa saya serta keluarga sekitar bergelap dan tiada bekalan air selama 4 hari 4 malam selepas 25hb Dec tempoh lalu. Kelmarin 3 Jan 2015 saya pulang kekampung atas alasan untuk membantu serba sedikit tenaga kudrat bagi meringankan beban keluarga.
Ayah saya mengajak saya untuk membantu keluarga Makcik saya di Kampung Laut Palekbang. MasyAllah... MasyAllah MasyAllah... itu sahaja yang keluar dari mulut ayah saya melihat kawasan kampung beliau membesar ditengelami air paras 1 tingkat bangunan (3.5meter) dan terlalu banyak kemusnahan kerana kampung ini bersebelahan dengan Sungai Kelantan.
Saya yang juga pernah bermain di rumah nenek saya waktu kecil pon sangat sedih melihat kawasan sekitar. Difahamkan bekalan elektrik masih lagi tiada yang sudah mencecah 10hari kerana Pencawang Utama di kawasan kampung masih ditengelami air. Manakala bekalan air ada tetapi air sangat keruh dan berbau.
Perjalanan dari bandar Kota Bharu menuju ke Palekbang Tumpat sangat terok. Di kiri dan kanan banyak harta benda musnah termasuk jalan raya yang mendap.
Perjalanan dari bandar Kota Bharu menuju ke Palekbang Tumpat sangat terok. Di kiri dan kanan banyak harta benda musnah termasuk jalan raya yang mendap.
Melihat keadaan sekitar di rumah nenek saya, sebahagian besar jalan telah dibuka laluan untuk kenderaan. Lumpur yang ditinggalkan selepas banjir mencecah paras lutut dan paha. Sangat besar dugaan yang dihadapi oleh mereka.
So kami hanya sempat bersihkan kawasan depan rumah supaya senang anak-anak kecil nak masuk rumah, nak angkut barang ker apa. porch depan rumah pon runtuh sebelah, reban ayam pon hilang, barang barang dalam rumah habis hanyut sampai keluar rumah.
Sangat dasyat dan sungguh menyayat hati bila tengok keadaan rumah dan lebih sedih dan pilu bila berjumpa makcik saya serta anak-anak (sepupu saya) yang masih kecil yang tidak mengenal erti banjir besar dan bertanyakan kenapa rumah macam tu, kenapa banyak barang bersepah.
Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, bantulah mereka yang memerlukan... Janganlah hanya menjadi keyboard warrior di media sosial yang hanya tahu share sahaja. Jika anda betul-betul prihatin turun padang, tak mampu jadilah sukarelawan di Kota...
This is not Awesome.
Alhamdullilah kerana mereka masih bernyawa.
Bantulah mereka yang memerlukan.
Comments