Jeruk Nasir Pulau Pinang
Jeruk Nasir Pulau Pinang
Minggu lepas ronda-ronda di sekitar Pulau Pinang cari marka, sambil lepaking. Sememangnya Penang nih adalah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Hong Kong tapi tarak budget seperti saya.
Pastinya anda sudah tahu kat Penang nih macam-macam tempat menarik yang telah disediakan dari Taman Negera, Sukan Air mahupon World Heritage Site.
Dari segi coffee house dah berlambak muncul, sehinggakan dah tak larat nak try great coffee di sini. Anda hanya perlu google dan dapatkan beberapa review especially from oversea travelers jika nak try kopi yang best.
Percutian yang lalu saya tak singgah coffee house disebabkan jadual kerja yang sangat pack. So saya hanya sempat singgah membeli jeruk.
Kedai Jeruk Nasi yang berada bersebelahan dengan Pasar Chowrasta adalah Awesome. Ada banyak pilihan dan harga yang masih berpatutan walapun rege minyak naik.
Kedai ini dimiliki oleh orang Muslim dan sila beli tanpa was-was. Depa dah dok bagitau seperti slogan dalam gambar tu. Yang mana saje-saje datang nak test sampai kenyang perot, tokey Nasir nih masih halakan.. huuuuuu sangat mendalam keperlian beliau.
Anda on-kan Waze dan pointkan Jeruk Nasir atau Pasar Chowrasta. Confirm jumpa dan kalu xjumpa kedai kecil ni betul2 berhadapan dengan Mydin Supermarket.
So next week cuti sekolah buleh laa membuat lawatan sosial ke Penang no...
This is Awesome dude!
Comments