MotoGP Sepang 2013 : Ticketing
MotoGP Sepang 2013 : Ticketing
This is Awesome dude!
Source : sepangcircuit.com
Wuhuuuu...... weekend baru nih saya dah berjaya membeli tiket MotoGP yang akan berlangsung 11-13 Oktober 2013. Setelah 2 tahun dah tak tengok MotoGP, akhirnya tahun nih sungguh pasti lagi konfem buleh gi tengok dekat Sepang!
Untuk pengetahuan anda, skang nih pihak SIC sedang buat promo tiket (Early Bird Ticket) yang berharga RM103.00 untuk seat Grandstand, K1 Grandstand RM63.00, F Grandstand RM43.00 dan Hillstand RM21.00. Silalah beli tiket MotoGP nih pasal nant Formula 1 tidak lagi berlangsung di Sepang Circuit kerana gagal memenuhi kriteria FIA. Ohhhh demmmm...
Korang boleh beli tiket nih di booth MotoGP di KL Sentral yang berhadapan dengan Coffee Bean Sentral. Dorang akan mula bukak dari jam 9.30pagi hingga 9.30malam. Anda hanya boleh tiket promo ini sebelum 31 July 2013, lebih dari itu maka harga tiket akan kembali ke harga asal. Sangat mahal dan tidak Awesome bro!
Kepada peminat Rossi, inilah waktu yang sesuai untuk tengok Rossi kembali beraksi dengan jentera kesayangannya. Jangkaan saya Encik Rossi akan mendapat tempat podium di Sepang pasal Sepang Circuit adalah salah satu track feveret beliau.
Comments