Mercedes Benz A Class : A250 Sport
Mercedes Benz A Class : A250 Sportsport
Sperti yang saya katakan sebelum ini, saya bukanlah seorang pengulas produk yang baik dan berhemah tambah-tambah lagik jika berkaitan dengan pengulasan kereta. Huhuhuhu...
Mcm mana pon saya tetap nak upload entry saya kali ini yang menampilkan sebuah generasi baru dari Mercedes Benz iaitu A-Class A250 Sport. A250 Sport ini didatangi dengan ciri-ciri pemanduan gaya sporty bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang rata-rata sukakan kelajuan tahap kuda liar!
A250 ini dikuasai dengan enjin bersaiz 2.0liter, 208 kuasa kuda, pada 5,500rpm dan 350 Nm pada 1,200-4,000rpm. Selain itu Mercedes telah menambahbaik pada sistem kawalan gearbox dimana A250 mempunyai 7-DCT Transmisi dan mampu mencapai kelajuan 0-100kmh dalam masa 6.6 saat dan kelajuan penuh mencapai 240kmh.
Disamping itu, memang kita sudah kenali bahawa kereta dari Mercedes bukanlah murah. Oleh itu A250 Sport ini didatangi dengan rim aloi bersaiz 18inci dan tayar bersaiz siri 235/40. Malah lebih dari itu, pada bahagian dalam pula A250 menampilkan ciri-ciri kekemasan kulit yang elegan dan sistem kawalan pemanduan berkomputer. Teknologi seperti akan membantu pemandu jika mereka terlambat menekan brek, korang boleh tukar mode racing/standard dan pelbagai lagi.
A250 Sport ini mula dijual di showroom Mercedes Benz Malaysia bermula dari RM238,888 tanpa insuran. Cool dude.... belom mampu lagi..
A250 Sport ini mula dijual di showroom Mercedes Benz Malaysia bermula dari RM238,888 tanpa insuran. Cool dude.... belom mampu lagi..
Source : paultan.org
Comments