Gerai Pulut Satay Kubang Pasu , Kota Bharu

Gerai Pulut Satay Kubang Pasu , Kota Bharu

Minggu lepas balik kampung untuk mengundi. Saya akan pastikan duit akan dihabiskan dengan makanan sahaja.. Huhuhuhuuuu...

Untuk orang luar kawasan Kelantan, Pasar Kubang Pasu nih terletak berhampiran dengan bandar Kota Bharu dan terkenal dengan pasar yang jual makanan pagi. Pasar nih tak sebesar Pasar Siti Khadijah tu.
Kalau korang tak jumpa jugak, korang search Sekolah Menengah Zainab 2 / Masjid Muhammadi, bila dah sampai situ boleh tanya orang local nak ke Pasar Kubang Pasu.

Macam-macam la dorang jual, macam Nasi Belauk Ayam/Ikan, Nasi Dagang, Nasi Tumpang (Nasi Tupe) dan paling awesome adalah Pulut Satay.

Pulut Satay ini adalah sejenis makanan tradisional Kelantan dimana mereka akan buat pulut manis (warna coklat) dan dicampurkan dengan beberapa keping satay dan kuah kacang, lain dari tu jugak makcik nih ada jual Nasi Impit + Satay, Pulut + Sambal...

Memang bunyi macam pelik, dah harus ingat.. belum try belum tau bro... Harganya sangat murah, RM2 sebungkus untuk pulut satay, Nasi Impit RM1, Pulut Manis sahaja 60sen. Mana nak dapat murah macam ni beb!

Saya diajar makan pulut satay nih masa kecik lagi dan disini jugaklah mak saya beli pulut satay. Makcik yang berniaga nih memang dah lama giler jual pulut satay dan saya rasa macam nak kasik Award Best of Pulut Satay in The World.

 Saya sempat amik gambar makcik nih, nak suruh dia posing memang xsempat laa.. Pastu terlupa plak nak amik gambar camner rupe pulut satay, pasal dah pelahap sangat dapat terus makan.

So kalu korang nak try ke Pasar Kubang Pasu nih bole ler tengok dlm google map yang saya attach tu. Seriously, kalu turun ke KB, perlu singgah disini!

Pulut Satay memang Awesome!







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1