Tips Untuk Pengundi Kali Pertama

Tips Untuk Pengundi Kali Pertama

Plihanraya Umum 13 akan dilaksanakan pada 5 Mei ini secara serentak. Proses pengundian akan bermula mengikut DUN masing-masing bermula dari jam 8.00pagi sehingga 5.00petang.

Buat pertama kali saya akan membuang undi dan untuk mengelakkan sebarang kerumitan, maka syaa telah browse mengenai proses pengundian ini. So nasib baik blog brader Noktah Hitam menjawab segala persoalan. Thanks!

So disini saya nak kongsi beberapa tips yang dikumpulkan untuk memudahkan proses membuang undi bagi orang yang pertama kali mengundi seperti saya nih.

1. Sila pastikan diri anda telah pun daftar dengan SPR beberapa bulan yang lalu. Anda boleh semak status dan tempat mengundi anda disini.

2. Sila kenal pasti siapa calon DUN dan Parlimen ditempat anda mengundi. Anda juga boleh semak calon DUN dan Parlimen disini. Perlu dingatkan bahawa Calon DUN dan Parlimen ini kedua-duanya orang yang berlainan. DUN adalah untuk menentukan Kerajaan Negeri manakala Parlimen pula untuk menentukan Kerajaan Persekutuan.

3. Sekarang nih saya percaya hampir semua orang mempunyai akaun Facebook atau Twitter, so silalah membuat lawatan singkat pada page Parti Politik untuk tengok manifesto parti berkenaan dan manifesto dari setiap calon. Bukalah mata hati anda yerr...

4. Kenal pasti dimana tempat mengundi anda. Kebiasaan tempat mengundi ini akan dilangsungkan di sekolah atau dewan rakyat.

5. Ramai orang cakap datang awal untuk mengundi, pasal kalau lambat nant kena beratur 2-3jam tengah panas. Tak kisah anda nak datang pukul berapa pasal proses membuang undi bermula dari jam 8.00pagi hingga 5.00petang. Agak-agak bosan beratur korang boleh laa menyanyi lagu Jom Mengundi versi Tomok!

6. So didalam bilik mengundi, terdapat beberapa pegawai yang akan daftarkan anda dan pilihlah parti pilihan anda. Jika anda dari mula lagi ragu-ragu dengan calon DUN/Parlimen anda atau anda memang selalu tidak puas hati dengan kesemua calon, so lebih baik anda tak payah mengundi pasala nant anda akan merosakkan undi jer.

Didalam bilik ini anda tidak dibenarkan mengambil gambar self-photo dan tak perlulah nak check-in (Check-in Bilik Mengundi Dewan Dato'Harun sebagai contoh), maklumlah skang nih smartphone berada dimana-mana sahaja,

So setakat itu sahaja yang saya boleh share untuk proses membuang undi. Rahsiakan undian anda dan tak perlu kecoh dalam facebook apa yang anda pilih.

Selamat Mengundi. Awesome!



Source : noktahhitam.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1