Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Pahang

Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Pahang

Beberapa minggu yang lalu kami beronda-ronda di Pantai Balok dan bandar Kuantan. Ramai orang cakap bandar Kuantan nih xada ape la, bosan la, itu la ini la.. Sebenarnya banyak tempat menarik di negeri Pahang cuma anda belum explore dengan lebih lanjut. So dont judge the book by its cover okay.. Muahahahah!

Salah satu tarikan adalah di Tanjung Lumpur dimana jika mempunyai hobi makan-makan, amat sesuai anda singgah di Kg. Tanjung Lumpur untuk layan makan seafood yang fresh dari laut.

Jika anda drive dari bandar Kuantan, anda hanya perlu cross jambatan yang menuju ke Tanjung Lumpur/Pekan dan lebih kurang 10-minit sahaja drive dari pusat bandar Kuantan. Sila lihat map dibawah untuk lokasi yang lebih tepat.

Ana Ikan Bakar Petai ini mempunyai 2 cawangan setakat ini iaitu di Bandar Baru Bangi dan Tanjung Lumpur Kuantan. So bila anda dah sampai di Tanjung Lumpur parking agak susah nak dapat pasal bukan anda sorang yang nak makan seafood. Adalah dinasihatkan sila booking table dulu jika anda datang lebih dari 10orang.

Disini mereka mempunyai pelbagai cara masakan dan yang paling pastinya mereka akan rekmenkan kepada anda Ikan Bakar masak potai yang pastinya Awesomeness!

Itu hari kami order ikan siakap bakar dengan kuah sambal petai, seriously bagi aku nih siakap bakar masak petai memang awesome habis.

Selain itu mereka juga ada pilihan lain macam masakan ala-thai, tapi mungkin akan mengambil masa jugak la nak sampai makanan korang pasal dorang expertise dalam bakar-bakar aje kot. Agak mencabar mental jugak kalu tengah lapar tahap gaban.

So sementara nak tunggu masakan tomyam ong-bak siap, anda boleh order side-dishes macam kerabu mangga, keropok lekor atau ABC ker buat alas perut dulu.

Time aku pergi tu sebenarnya orang ramai jugak tapi xdek laa ramai tahap full house, agak tensen pasal bila ikan bakar dah sampai masakan ala-thai pulak xsampai-sampai, rupenya ada mis-communication disitu yer...  So harap pihak pengurusan Ana Ikan Bakar Petai mengambil langkah yang lebih mantap untuk pelanggan anda yer.

Bagi saya masakan ikan bakar masak potai memang Awesome! Boleh try di Bandar Baru Bangi plak yerr. .. Superlicious Awesomeness!












Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1