Drama-Drama Melayu yang Bow Wow

Drama-Drama Melayu yang Bow Wow

Entry ini terpaksa saya upload pasal saya mengalami ketidaktentuan sehinggakan proses penyahtinjaan saya terganggu beberapa hari.

Saya bukan sebagai seorang pengarah filem malah bukan juga sebagai atris Malaya, jadi saya kurang pasti apakah objektif sebenar drama-drama Melayu. Yang saya pasti dan yakin, pengarah-pengarah ini mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan drama mereka yang tahap cipan plot ceritanya.

Tak dnafikan bahawa hampir 100% drama melayu yang ditayangkan mengenai cinta dan menjadi trend pengarah sekarang adalah bermodalkan drama mereka dari novel-novel terpilih.

Saya memang tak tengok drama Melayu pasal saya rasa kebanyakkannya jalan cerita lebih kurang sama. Semalam saya tengok kejap drama Dalam Setiap Sujud, dalam episodnya berkisarkan mengenai si suami kena kawin paksa, pastu benci dengan bini... Hummmm bukan ker sama ajer dengan drama Setia ke Hujung Nyawa? Ker saya yang pening pasal tak follow drama nih?

Kualiti pembikinan drama Melayu sekarang memang masih berada ditahap yang rendah. Senang saya berkata-kata pasal saya bukan pembikin filem. Jadi orang yang mencemuh kenapa seseorang itu tidak menonton drama Melayu kerana mereka (orang yang tak tengok drama melayu) merasakan drama Melayu ini belum mencapai standard dalam hiburan dirinya sendiri jika nak bandingkan dengan drama series negara luar.

Jadi, anda sebagai peminat tegar Drama Melayu Se-Malaya, janganlah mengeluarkan kata-kata cemuh bahawa kami tidak menyokong perjuangan drama Melayu. Kami sebenarnya mahu sokong, akan tetapi tidak kesampaian dan drama ini sangat bosan.. So korang tengok laa drama tu dan duduk diam-diam.

Sendiri tengok sendiri menilai. Awesome!




Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1