Kuala Lumpur International Airport 2 - KLIA2 (Interior)

Sepertimana yang anda sedia maklum, KLIA2 ini mungkin akan beroperasi pada pertengahan tahun hadapan. Sebelum ini saya telah paparkan penampilan terminal KLIA2 yang terletak bersebelahan dengan KLIA sedia ada sekarang. KLIA2 ini akan berfungsi sebagai terminal lapangan terbang tambang murah yang mengantikan LCCT (Airasia Terminal).
Beberapa gambar lakaran telah ditampilkan untuk rekabentuk dalaman KLIA2 dimana terminal ini berkonsepkan urban eco-green untuk menyahut cabaran dan gelaran Green Airport. KLIA2 ini walaupun masih dalam pembinaan, ianya juga telah mencipta rekod dimana KLIA2 telah menjadi Terminal Tambang Murah terbesar didunia yang mengalahkan pesaing-pesaing lain yang hanya mampu menumpang airport utama mereka.
Antara syarikat penerbangan yang akan menggunakan terminal ini adlaah AirAsia, Firefly, Cebu Pacific Air, Tiger Airways, Zest Airways, Lion Air dan Malindo Hub. Terminal KLIA2 ini berkeluasan 257,000 meter persegi, dengan 60 pintu berlepas, 80 jejantas udara, serta ruang runcit 32,000 meter persegi untuk menampung 225 kedai.
Buat masa sekarang, kerja-kerja dalaman masih lagi dalam pembinaan 30% dan masih lagi tidak menampakkan hasil. Saya percaya apabila adanya terminal tambang murah yang bertaraf lima bintang ini rakyat tempatan akan menjadi lebih efisyen dengan tidak menjadikan terminal ini sebagai rumah kedua mereka. Nantikan perasmian KLIA2 pada tahun hadapan dan menjadi antara orang terawal yang menggunakan KLIA2.

Source : klia2.info
Comments