Posts

Ocean Thirteen, Shah Alam Selangor

Image
Ocean Thirteen, Shah Alam Selangor Bulan lalu saya terasa nak makan fish & chips. Ini pasal saya tengok review dari figura FB Zainudin Omar yang mengesyorkan satu kedai yang bebaloi untuk makan Fish & Chips. Jadi kita set date dan tersukan ke lokasi kedai tu di Shah Alam. Nama kedai ni adalah Ocean Thirteen, terletak di Seksyen 13, Tak jauh dari tapak Stadium Shah Alam.  Kalau tengok nama kedai ni, dah macam nama movie oceanthirteen lakonan Brad Pitt dan George Clooney, sebuah movie money heist series yang memang awesome! Dari dorang hired anggota 11 orang sampai laa ke 13 orang.  Kalau bab sembang pasal movie ni saya boleh karang panjang jela, tapi entry kali ni bukan pasal movie, kita nak cerita pasal restoran. Kita berbalik pada restoran Ocean Thirteen ni. Masa saya pergi tu dalam waktu lunch hour, tak la ramai orang dan tak perlu beratur. Sebelum datang saya dah study menu apa yang dorang ada ni, jadi tak ada laa terpinga-pinga nak order jenis ikan dan masakan maca...

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9 & 10

Image
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9 & 10 Harini ini adalah hari terakhir kami kembara di bumi Switzerland. Jadi pada waktu pagi saya sempat kemas rumah, clearkan sampah dan keringkan tandas.  Bila kita menyewa AirBnb ni, kita tidak boleh samakan dengan hotel yang mana bila bayar terus boleh checkout. Terdapat beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh tuan rumah. Gagal berbuat demikian, anda akan mendapat bad review dan mungkin akan menyusahkan diri anda untuk membuat penempahan rumah lain kelak. Seperti yang korang baca sebelum ni, kami menyewa dua jenis kenderaan bagi keselesaan penumpang. Maka luggage di penuhkkan pada kenderaan SUV dan van Merc Vito kita masukkan passanger. 2 kenderaan perlu bergerak serentak pasal kami perlu drop kereta di Airport Zurich nanti. Kiranya flight kami jam 0900malam nanti, maka itinerary pada harini ini adalah menuju ke Rhein Fall - sempadan antara Swiss dan Germany.  Perjalanan dari Leysin ke saya a...

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8

Image
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8 Itinerary pada harini ini adalah menuju ke satu destinasi sahaja, yang mana destinasi yang pastinya dinantikan dan ditunggukan. Pada pagi ini, berbakikan hari-hari yang terakhir travel ke Swiss ni, kami akan ke Zermatt. Sebuah perkampungan yang sangat cantik dan indah. Kampung Zermatt ni dipopularkan oleh Saiful Nang - Founder of Rarecation yang mana team dia membuat perjalanan private trip kesini sebelum travel-travel agency lain mula follow. Perjalanan ke kampung Zermatt ni lebih kurang 2 jam sahaja. Agak dekat jika berbanding dari bandar Lucerne ataupun Zurich yang mungkin mengambil masa lebih dari 3jam. Jika dari Leysin, Geneva, Montreux, atau Bern, korang boleh drive terus ke Tasch. Tapi kalau korang dari Lucerne, Zurich, Interlaken atau Grindlewald, korang perlu menaiki train transport yang mana kereta korang perlu naik keretapi cargo melintasi terowong banjaran alps bersama dengan train tu. Naik train ...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...