Gastrohub, Nilai Negeri Sembilan

Gastrohub, Nilai Negeri Sembilan

Minggu lalu saya ajak wife untuk dinner sempena birthday. Birthday saya ni kurang minat nak tiup-tiup lilin dengan nak celebrate surprise apa bagai. Jadi gentle saja kita ajak dinner. 

Kali ini dinner saya bawa ke Gastro Hub Nilai, tak jauh pun dari rumah kami. Restoran ini masa lepas PKP agak viral dan ramai orang sampai kena beratur. Skang ni ramai juga tapi tak ada laa kena beratur. Cuma kalau nak datang ramai tu kena buat reservation laa dulu ye.

Restoran ini terletak tak jauh dari Bandar Baru Nilai atau lebih mudah dekat saja dengan Aeon Nilai. Korang boleh buat carian dengan Gastro Hub di google maps disini.

Bagi saya, restoran ini cantik dan memang in dengan suasana dia. Walau terletak sebelah jalan raya, tapi korang tak akan dengan bunyi bising ke apa. Main dia tu dalam rumah kaca. Waktu saya pergi tu lepas asar nak masuk magrib jadi saya tak tau kalau tengah hari dia panas berkicap ke tak. Yang saya tahu makan masa tu selesa dan aircond full speed!


Pada entrance dia macam seolah korang nak masuk rumah ala-ala urban. Macam saya cakap, tak perlu buat reservation pun, boleh datang walk-in cuma kalau ramai tu elok buat reservation laa yer.

Dari segi menu, ada macam-macam menu, dari masak local, masakan thai sampai laa western. Saya kalau datang kedai macam ni, menu saya mudah saja. Confirm saya order chicken grill. Easy to cook and easy to eat. Wife pulak order spaghetti olio dan Nazril tak habis-habis dengan cheese. Mac n Cheese.




Apa yang saya perhatikan, kat sini ada juga signature coffee dia. Saya order Americano dan wife order Caramel Latte kalau tak silap. Nak berjinat-jinak dengan kopi katanyewww.

Tempat memang selesa, ada surau yang telah diasingkan lelaki dan wanita. Tandas pun bersih saja. Ada tempat untuk buat private function untuk full aircond. Ada kawasan yang open air. Pun dorang letak kipas dengan aircond jugak untuk keselesaan customer musim panas macam ni.



Ada review katanya makanan dia just so-so saja. Tapi gentle abam bagitau, western dia lagi sedap daripada restoran Dotty's tu. Maybe Dotty's menang tang dessert. 

Gastrohub juga ada dessert yang dorang buat sendiri. Macam banyak juga kek potong untuk korang layan tangkap cintun dengan makwe bini korang. Jangan makan manis banyak-banyak. Cukup sekadar raso-raso saja yer.

Restoran ni dibuka dari pagi sampai ke malam, nanti korang cuba laa pulak breakfast kat sini yo. 

This is awesome gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1