Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 6

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 6

Pagi ini adalah pagi yang tiada lagi ribut salji. Selak saja jendela dari balkoni guesthouse ada sedikit berawan sahaja. Alhamdulillah. Siapkan sedikit bekalan makan untuk breakfast dan lunch kelak. Kerana kami tinggal di guesthouse yang lengkap, kami akan prepare breakfast dan buat lunch untuk penjimatan.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, kos untuk makan di Jepun agak mahal iaitu bermula dari JPY700-1500. Atau senang nak kira sepinggang nasi kebab berharga RM25 dan semangkuk rame berharga RM30. Jadi korang kiralah kalau datang dengan 4-5orang untuk berbelanja makanan waktu pagi dan tengahhari. Banyaknya kami beli jajan, kuih/biskut Jepun, Sushi 7-Eleven, kopi dengan dinner sahaja.

Itinerary pada hari ini adalah lebih kepada Nazril dan bapaknya. Harini kami akan pergi ke Legoland Odaiba dan Gundam Factory Yokohama. Sebelum itu, saya nak bawa dorang ni ke Chiba. Jauh sikit dari guesthouse kami menginap.

Perjalanan jalan kaki ala marathon ke Asakusabashi. Naik Chou Sobu line dan tiba di Chiba Station. Perjalanan menaiki train ini mengambil masa lebih kurang 50minit. 

Tujuan ke Chiba ni hanya satu saja, saya nak tunjuk pada Nazril Monorail terbalik yang selalu dia tengok dalam youtube. Biasanya monorail ini adalah landasan keretapi macam KL Monorail tu. Tapi kat Chiba ini, monorail dia tergantung pada track diatasnya. Dah macam roller coaser saja.

Disebabkan hari ini adalah hari Sabtu, orang tak ramai sangat pun di Chiba Station. Chiba station adalah salah satu station utama juga dimana korang boleh menaiki NEX Train untuk ke Narita Airport, Super Azusa ke Mount Fuji dan beberapa mainline train.

Kami terus ke foodcourt yang ada dalam station tu untuk breakfast. Pekena americano McDonalds. Hanya McCafe je bukak seawal jam 0800pagi tu. 

Tertarik sekejap saya di food court Chiba ini pasal dalam ni, kami dapat melihat gelandangan yang berteduh untuk memanaskan badan. Gelandangan ni dia ada sebuah troli macam camping. Barang-barang dia duk dalam troli tu. Pastu dorang akan duduk di kerusi meja makan pada penjuru food court. Bila kira lihat dan selami, bagaimanakah dorang ni survive di bandar yang pesat macam ni? Ada orang membantu ke? Apakah nasibnya kelak kalau jatuh sakit? 

Dalam catitan FB Zunita ada mencerita sisi hitam di bandar Tokyo. Dalam catitanya menceritakan sisi hitam dimana dunia luar tidak diperlihatkan bagaimana orang kurang bernasib baik survive dan cuba hidup dengan kepesatan bandar metropolitan ini. Agak dayus dan sadis juga. Kita asyik dengan Jepun maju dan dihormati seluruh dunia. Tapi bila bandar yang maju, pasti akan ada keburukkan dan sisi-sisi hitamnya. Tak semuanya indah, ada kisah lain disebaliknya.

Okay settle breakfast, kami ke Chiba Urban Monorail station. Nazril sebagai train enthusiast, memang dia tunggu nak naik train rare item ni. Mana nak dapat, monorail KL boleh tengok kan, yang ni jenis terbalik.

1st time saya naik opposite monorail ni masa saya melawat di Wuppertal Germany. Agak jakun laa bro tengok train macam ni. Bila train dah tiba, orang tak ramai mana pun. Lepas tu stability train ni just nice cuma yang menariknya seolah macam naik roller coaster. Korang direct boleh nampa jalanraya kat bawah bro!


Tiba di Chibaminato station, interchange ke Keiyo Line untuk ke Legoland. Train ini mengambil masa 40minit dan perlu interchange lagi ke Rinkai Line untuk ke Tokyo Teleport Station, Odaiba. Train jenis Rinkai Line ni agak mahal sikit berbanding dengan subway/ JR Line. Satu station saja harganya JPY220. Jad isaya meminimumkan penggunakan Rinkai Line ini semasa di Odaiba.

Sepanjang perjalanan ini, kami dapat menlihat Gunung Fuji dari jauh. Semalam nasib tak baik, langsung tak dapat tengok di Kawaguchiko. Tak apa lah, dia suruh datang lagi laa tu kan.

Bila tiba di Tokyo Teleport, kami jalan kaki untuk cross pergi ke Aquacity dimana terletaknya Legoland Discovery Center. Masa jalan tu, korang akan nampak sebuah bangunan macam yang tengah pegang globe besar. Bangunan ni adalah Station Fuji TV yang mana kita tengok masa kredit cerita Doreamon, Suria Baja Hitam, pastu cerita animasi Jepun yang lain. Jadi tak hairan sepanjang jalan kat sini ada beberapa kerusi karakter kartun Jepun. 


Sebenarnya Legoland Discovery Center ni lebih kepada Legoland Education dan bukan macam Legoland Themepark macam kat Johor tu. Dia kecik saja dan terletak didalam bangunan macam Kidzania.

Budak-budak boleh belajar, main lego pastu ada aktiviti untuk collect stamp. Tiket Legoland ni saya beli direct dengan Legoland Discovery Center Tokyo. Sila beli sekali activity book untuk anak korang collect stamp bila complete buat activity. Nanti bila nak keluar boleh redeem tukar dengan lego minifigure. Harga tiket bermula JPY2250 dan activity book JPY500.



Pasal saya dah beli secara online, jadi tak perlu beratur untuk beli tiket, terus boleh masuk. Dorang pakaikan tag dan register QR Code. Dia bagi buku actovoty book pada Nazril lepas tu ada laa briefing sikit dengan broken English. Angguk-angguk hait hait saja laa tanda faham.

Tak silap saya, Leogland ni ada 3 tingkat. 

Tingkat 1 : Gate Ticket, Lego Shop dan Lego Workshop
Tingkat 2 : Kingdom Quest, Ninjago, Lego Cinema, Lego City, Miniland, Lego Speed Champion dan Cafe
Tingkat 3 : Dino Explorer, Lego Shop dan Cafe.

Nanti saya ceritakan pada entry lain secara details apa yang ada dalam Legoland Discovery Center ni. Memang best dan layan jugak. Paling best bagi kita yang dewasa ni adalah Miniland yang mana dorang bina landmark di Tokyo termasuk mini airport. Ada Shibuya Crossing, Asakusa Temple, Haneda Airport, Tokyo Tower aahhh macam-macam lah.








Tang Cinema tu layan juga pasal cinema jenis 4D. Kerusi tak goyang tapi boleh layan short movie Lego dalam masa 20minit. Setiap jama akan ditayangkan cinema ini.


Pada bahagian workshop, dorang kumpulkan lego pieces yang beratnya mencecah 2tan! Sebanyak 2juta lebih pices lego diperlukan untuk mencapai berat 2 tan ni geng... 

Cafe dia ni tiada makanan halal .Tapi korang boleh beli lego fries, dengan air juice untuk hilangkan kelaparan. Nak beli tu macam biasa kena order dan banyak menggunakan kiosk. Lepas bayar dapat tiket dan serah di kaunter. Nanti dia bagi makanan. Kami makan bekal lunch kami kat cafe ni saja. Tak ada sapa marah pun janji kemas balik jangan tinggal kesan.



Settle light lunch, last section adalah Lego Shop. Dalam ni ada banyak lego set yang latest dan paling best, Lego Speed Champion Nissan GTR R34 ada yerrr.... dah laa harga murah, pastu dapat diskaun without tax. Beli jugak laa 1 bila lagi. 

Bab keychain lego tu padu sangat, banyak betul sampai tak tahu nak pilih mana. Kalau banyak duit, boleh ler beli untuk bagi anak-beranak sorang satu. Lepas convert harga dia RM15. Murah laa jugak.. ker mahai? Dan sebagai Star Wars fan, jadi amat bersalah jika saya tak beli keychain tu. Maka beli laa jugak!



Masa dalam Legoland tadi, Nazril berjaya collect semua stamp pada buku activity, jadi redeem gift di kaunter pembayaran. So dapat laa seketul Lego minifigure yang dia bagi. Okay laaa tu... 

Habis shopping Lego, terus keluar nak pergi ke Yokohama pulak. On the way balik ke Tokyo Teleport Station tu ada sebuah food truck yang jual kebab. Kebab sini adalah halal tapi korang tak boleh makan kat food truck ni. Tiada meja yang disediakan. Kena tapau atau makan kat mana-mana kerusi sekitar Aquacity ni.

Sebelum ke Yokohama, saya buat singgah sekejap kat Gundam Odaiba sebagai tanda hadir. Ramai orang Malaysia bergambar dengan Gundam Unicorn ni. Yelah benda free je letak tepi mall, sapa tak nak amik gambar kan. Kati sini kalau ada masa boleh jalan-jalan lama sikit, pasal Odaiba ni kawasan outlet.


Saya kekurangan masa, saya terpaksa ke Yokohama lepas bergambar. Naik Rinkai Line dan interchange ke Oimachi Station dan terus naik Keihin Tohoku Line menuju ke Yokohama Station. Perjalanan ini mengambil masa 45minit yer.

Tiba di Yokohama kena interchange lagi dengan Minatomirai Line. Sambung naik train dan berhenti di Motomachi Station. Pastu kena jalan kaki tepi laut untuk ke Gundam Factory Yokohama.

Bagi saya, perjalanan nak ke Gundam Factory ni agak mencabar jugak laa pasal nak kena interchange banyak pastu lalu perlabuhan tepi laut yang berangin sejuk menusuk tulang beb!

Dari jauh dah nampak Gundam RX-78F00 berdiri gah. Jalan terus dan beratur kejap untuk membeli tiket. Korang boleh je beli tiket online. Kalau ada tiket online dah tak payah beratur. Saya tak beli so kena laa beratur, tak lama pun dalam 10minit saja. 

Harga tiket dia adalah JPY1650 untuk dewasa, kanak-kanak JPY1100. Lepas bayar tiket, korang akan dapat 1 set Gundam percuma untuk setiap tiket. Kalau ada 4 tiket, maka 4 set tu laa korang akan dapat. Awesome!



Gundam ini paling famous di dunia pasal syarikat Bandai dengan kerjasama syarikat kejuruteraan Mitsu membina Gundam ini pada skala yang sebenar. Skale 1:1. Lebih menarik, Gundam besar ini mampu bergerak dengan bantuan hydraulic. Walau Gundam RX-78F00 ni bergerak perlahan untuk buat posing, saya percaya jurutera dah pecah kepala dah untuk meng-realisasikan impian bapak-bapak sekalian.

Iyaa, yang datang sini rata-rata bapaknya bukan budak-budak. Gundam ni bergerak setiap 1 jam. Ada timing counting down pada platform tu. Time dia gerak tu, fuhhhh memang kagum. Teringat pulak dalam cerita Pacific Rim. Berimaginasi betul!



Ini pun nanti saya akan ceritakan secara lebih lanjut lawatan saya ke Gundam Factory disini. Secara ringkasnya, kat sini ada 3 blok bangunan.

1. Gundam Cafe - Tempat lepak tengok moving Gundam sambil minum kopi.
2. Gundam Satellite - Mengceritakan bagaimana dorang bina Gundam besar ini dan hala tuju dorang untuk pembangunan seterusnya.
3. Gundam Base - Kedai jual set Gundam yang tak dijual dipasaran luar. Jadi kat sini orang beratur ramai.

Abam cuba posing dan ootd siottt sepuas hati. Sambil dalam hati ni dah sebak-sebak menangis pasal terharu dapat tengok Gundam ni. 






Dah puas tengok, kami teruskan perjalanan menuju ke Sakuraghico Yokohama. Kat kawasan ni ada Hard Rock Yokohama. Sebenarnya, kawasan Yokohama ni lagi tenang daripada bandar Tokyo. Wife saya cakap bandar dia banyak hiasan lampu dan lagi menarik. Walaupun orang ramai, tapi keadaan macam sedikit tenang.

Sama bangunan dengan Hard Rock korang boleh naik ke tingkat paling atas. Iaitu Yokohama Metropolitan Obversation. Rasanya harga tiket dia JPY1000 kot kalau tak silap. Saya tak naik pasal 4 tahun dulu saya dah jejak tingkat atas tu. 



Tiba di Hard Rock, kita shopping sikit dengan buat jualan pada orang yang kirim. Kalau korang nak pekena kopi, boleh mengopi di Starbucks Sakuragicho. Jangan lupa beli Starbucks Mug kat sini. Tempat lain tak der yer... rugi tak beli untuk collect.


Habis saja sesi mengupi-ngupi, kami teruskan perjalanan balik ke Tokyo. Train Yokohama ke Tokyo mengambil masa lebih kurang 50minit. Kami sempat singgah di Shibuya Crossing untuk feel crowded orang yang mamcam semut untuk lintas jalan ni.

Pasal cuaca cantik dan tak hujan, maka ramailah orang duk lalu lalang kat sini. Ramai-ramai nak pi mana pun tak tau. Yang pasti orang ramai nok harey. Walau Jepun adalah salah satu negara selamat, tapi korang kena berhati-hati juga dengan pick-up bila kawasan ramai orang. Kadang yang buat kerja tu bukan orang Jepun. Orang dari luar. Maka berhati-hati lah sentiasa.

Habis layan Shibuya Crossing malam tu kami singgah kejap rumah aunty wife saya di Meguro. Kami dinner dirumahnya dan terus balik ke guesthouse.

This is awesome gaisss!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1