Sepinggan Semangkuk, Ampang KL

Sepinggan Semangkuk, Ampang KL

Bulan lepas, wife nak belanja kopi sempena Father's Day, maka saya cari laa satu tempat yang sempoi untuk santai-santai minum petang dekat dengan rumah. Sekali ternampak dalam carian Facebook iaitu kedai Sepinggan Semangkuk tak jauh dari Hulu Langat. 

Restoran awesome ini tersorok sikit pasal diberada didalam kawasan Challenger Sport Center Ampang. Korang tak akan nampak restoran ni tepi jalan melainkan kalau nak senang boleh cari guna Waze ataupun Google Maps dengan carian Sepinggan Semangkuk Ampang.

Apa yang menarik pasal restoran ni pasal ambiance didalam restoran. Ya abam datang waktu petang (kira tea time la masa tu), walau restoran agak ramai, tapi suasana dalam tu memang tenang. Mungkin disebabkan dekorasi restoran yang menghijau lepas dna dikelilingan pokok serta Bukit Ampang. 

Kalau duduk dalam ni, ada tingkap luar tu menampakkan suasana flora dan korang akan rasa korang ni macam ada di atas bukit sebenarnya. Pandai owner amik view kedai. Padahal restoran ni ada kat bawah bukit aje pun. 

Dari segi makanan, sememangnya terbaik, petang tu saya order Grill Chicken Chop dan Chicken Burger. Pastu lapik dengan Hot Latte. Fuhh kalau masuk restoran ni, aroma kopi membuak-buak mengeletek hidung. Memang ralat kalau tak order kopi waktu petang macam ni. Baru datang surrrrr....

Kalau nak datang korang cuba check time opening dalam Google Maps dulu yer. Kedai ni bukak pada jam 3petang dan last call 12malam. Setiap Isnin tutup tapi kalau ada private fucntion/party pun dorang akan tutup. Jadi elok kalau roger call dulu untuk pengesahan. Maklumat lanjut boleh tengok dalam google maps.

This is awesome bro!













Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1