5 Kedai Makan Best Di Penang - Part 2
5 Kedai Makan Best Di Penang - Part 2
Bulan 12 baru ni saya membuat short trip 3 hari di Penang sempena birthday anak. Dah lama tak datang Penang sejak PKP. Rasa macam jauh pulak perjalanan.
Tak dinafikan bagi pengemar nasi kandar atau dipanggil Kandar Hunters - sememstinya negeri Pulau Pinang ini adalah hometown untuk segala jenis nasi kandar surrr..... Berbeza dengan nasi kandar yang ada di KL - JB mahu pun negeri lain. Tak boleh laan nasi kandar Penang mai...
Kiranya ada beberapa nasi kandar yang top dan viral di Penang, tapi sebenarnya ada beberapa lagi kedai lain jika anda tak makan nasi kandar. Boleh rajinkan diri google blog atau cari saja dalam facebook. Sekarang ni dalam facebook dan macam search engine. Nak apa cari saja dalam facebook. Siap ada review lagi best ke tak.
Kali ini saya nak sharekan dengan korang 5 Kedia Makan BEst di Penang. Ini yang saya senaraikan, kalau anda rasa ada yang lebih baik boleh sharekan pada saya.
Lupakan diet anda, pastikan perut bekerja sepenuhnya jika datang jalan-jalan di Penang.
1. Nasi Kandar Kampung Melayu.
Kita mulakan dengan nasi kandar sebagai pembuka selera di Penang. Orang cakap tak surrr kalau mai Penang tak pekena nasi kandar.
Nasi Kandar Kampung Melayu dulu tak ramai orang pun, skang ni kalau beratur, amik masa 30-50 minit bang.... panjangya barisan.
Saya suka nasi kandar kedai ni pasal rasa dia tak pedas sangat lepas tu kari dia tu seakan kari melayu sikit. Malah, kalau korang tak makan nasi, korang boleh pekena roti canai kuah ayam kari. Pun boleh tahan juga laa sedap dia. Pekena dua keping terus, apa makan roti canai sekeping. Nak dtaang bukan senang!
Sama juga dengan nasi, combinasi padu ayam dengan telur rebus mampu membuatkan anda berbahagia sepanjang hari. Ada modal lebih sikit boleh try sotong dengan udang, tapi tanya laa harga dulu.
Kedai ini terletak di kawasan perumahan flat Kampung Melayu Penang. Boleh search dengan carian Nasi Kandar Kampung Melayu di dalam google maps.
2. Ilyana Cafe, Teluk Kumbar.
Ni adalah kedai untuk santapan malam yang mana kalau korang dah tak lalu nak telan nasi kandar malam-malam, boleh makan mee udang atau nasi goreng udang.
Saya tahu kalau sehari dok pekena makan nasi kandar 2 kali mau kepala rasa berdetum. Rasa macam stim je kena kuah kari mamu. Jadi saya syorkan untuk kita pekena masakan ala-carte seafood yang mana menu seperti Mee Udang dan Nasi Goreng Udang Special adalah penyudah santapan malam.
Harga Mee Udang ini bermula RM16.00 - RM25.00, bergantung pada size udang yang anda pilih. Jangan risau, tak kena ketuk pasal harga dah ditentukan siap-siap. Cuma saya nak komplen sikit, awat laa mee sikit sangat, udang banyak sampai mee pun ilang. Kah kah kah!
Kedai ini terletak di Teluk Kumbar, agak jauh sikit dengan bandar Georgetown tapi berbaloi untuk datang. Boleh search dengan carian Ilyana Cafe di dalam google maps.
3. Roti Canai Transfer Road, Georgetown.
Sarapan pagi di Penang adalah satu santapan yang sangat harmoni. Anda boleh pilih nak makan koew teow chinese ke, roti bakar mamak ke atau nak makan nasi lemak melayu. Semuanya ada bergantung pada pilihan anda.
Kali ini saya pilih Roti Canai Transfer Road pasal saya suka dengan kombinasi kari ayam dengan roti canai. Ini pun boleh mengundang kemarahan pasal roti canai dia bagi tu sikit sangat. Jadi elok kalau dah tau order roti canai 2 keping terus dan dilapik pula dengan roti bakar telur goyang.
Sebab itu saya cakap indah dan bahagia bila datang ke Penang ini. Seawal pagi korang boleh sarapan dengan penuh bahagia. Elok untuk datang ke kedai ini adlaah seawal jam 7.00 pagi pasal kalau korang datang santai-santai jam 8.00pagi tu sila la beratur tunggu meja.
Kedai ini terletak di dalam bandar Georgetown, Tak jauh pun dengan area komtar. Boleh search dengan carian Roti Canai Transfer Road di dalam google maps.
4. Kopi Starbright Aunty, Georgetown.
Sarapan pagi saya biasanya tidak akan minum kopi pada mana-mana kedai melainkan kedai kopi Aunty Starbright. Serius kopi aunty ni sedap, pekat dan creamy! Korang boleh pilih nak kopi panas ke kopi sejuk.
Biasanya saya akan cakap pada aunty tu untuk tidak buat manis. Nanti aunty tu taruk 1 sudu saja gula lepas tu dia letak susu creamer. Ikat tepi dan terus sedut. Korang boleh rasa kepekatan kopi dia dengan terasa aroma kopi panggang dicampur dengan creamer tadi. Serius best!
Kalau nak minum kat kedai pun boleh tapi kedia dia ni kedai makan cina, kalau tak selesa korang tapau saja masuk cawan.
Kedai kopi ini terletak di dalam bandar Georgetown, Tak jauh pun dengan area komtar. Boleh search dengan carian Starbright Coffee di dalam google maps.
5. Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park
Tak lau nak makan nasik? Boleh cuba makan mee goreng penang mai. Korang kena terima kalau masakan dan makanan di Penang ni memang kena banjir. Kalau tak banjir tak mai punya.
Jadi elok juga kalau pekena Mee Sotong area Padang Kota Lama ni, cuma tang nak beratur tu level-level Nasi Kandar Kampung Melayu juga la. Kesabaran itu membawa kebahagian kelak. Percayalah tuan-tuan.
Harga dia pun murah murah aja sekitar RM5.00 ke RM7.00 tak ada cekik leher. Anda boleh order samada bak sotong goreng mahupun rebus. Itu pun bergantung stok yang masih ada. Lambat mai termenung tepi kedai.
Kedai ini terletak tepi Padang Kota Lama, boleh search dengan carian Google Maps Hameed Pata Mee Sotong.
This is Awesome bro!
Comments