Little Ipoh Cafe, Perak

Little Ipoh Cafe, Perak

Bulan lepas masa buat short trip ke Penang, abam sempat singgah di Ipoh untuk makan tengahhari. Dalam list masa tu abam sengaja tak masukkan Nasi Vanggey pasal nak reserve perut abam untuk Nasi Kandar di Penang. 

Jadi, untuk makan ringan abam membuat singgahan di sebuah cafe awesome iaitu Little Ipoh Cafe. Cafe ini ada dua, satu di Ipoh dan satu di Seri Iskandar. Yang abam singgah ni dalam bandar old town Ipoh. Rock Oooo!

Lokasi cafe ini agak strategik pasal berada di tengah bandar dan kebanyakkan cafe/restoran menarik terletak sekitar kawasan ini. Cuma, nak dapat parking agak struggle bila lunch time. Parking berbayar pun penuh tak payah cerita parking tepi jalan majlis punya tu.

Menariknya Little Ipoh Cafe ini adalah menu dia dan dekoration kedai. Owner agak kreatif kerana memilih bangunan lama dan membuat sedikit touch up bagi mengekalkan keaslian bangunan dan serta-merta menampakkan cafe ini exclusive tetapi menawarkan menu dengan harga rakyat.






Saya tak lain tak bukan mesti order Ipoh White Coffee. Pasal kebanyakkan review dalam google maps menyarankan untuk mencuba white coffee yang dinamakan Kopi Susu Little Ipoh. Lepas tu saya order Nasi Ujan Paneh, Nasi Ayam serta Roti bersama Kari Ayam.

Abam nak bagitau siap-siap, Kopi Susu Little Ipoh dia memang sedap dan sangat creamy. Tak cukup secawan terus order secawan lagi. Harganya pun murah aja RM3.50 secawan. 

Harus diingatkan, white coffee ni adalah kopi bukan bold - ianya lebih kepada creamy dan menjadi salah satu favorite kopi saya.

Nasi Ujan Paneh dan Roti Kari Ayam abam bagi A+ pasal sedap. Kari ayam dia pekat padu dicicah dengan roti memang awesome bro! Pastu Nasi Ujan Paneh dia ni macam nasi beriyani tapi lain sikit. Maaf gambar tak ada pasal abam dah sibuk cekik makanan.

Suasana cafe best, rasa sejuk pasal ada sebuah pokok lama dalam cafe - yaaaa pokok lama dalam cafe mungkin tumbuh asala daripada bangunan ni. Lepas tu pada bahagian belakang ada sebuah kedai runcit zaman-zaman dulu. Korang boleh beli barang-barang ni macam chewgum, biskut gandum, jajan macam-macam lagi laaa


Secara keseluruhannya cafe ni memang best, tenang tak serabut dan menu makanannya sedap. Pasti boleh repeat lagi kalau korang jenis tak makan nasi vanggey.

Korang boleh Google Map atau Waze dengan carian Little Ipoh Cafe disini.

This is Awesome bro!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1