Kopi Ladang, Janda Baik Pahang
Kopi Ladang, Janda Baik Pahang
Semalam saya ajak wife lunch jauh sikit dari rumah, pada banyak aja kedai sempoi area KL ni. Kita nak kelainan sikit pasal masa cuti public holiday Deepavali ni kami tak kemana pun, asik tengok FB orang aje berjalan-jalan.
Maka saya tetapkan untuk makan tengah hari di Janda Baik Pahang. Dah lama sangat tak pergi Janda Baik, jadi elok berjalan-jalan tengok nature sambil cari port makan.
Dalam mencari tu, saya perasan sebuah gerai dalam carian google maps iaitu restoran Kopi Ladang. Restoran ini kiranya agak terkenal laa untuk pengemar kopi malah dorang ada juga menyediakan makanan pagi, tengahhari dan malam. Menu-menu pula boleh tengok dalam FB Kopi Ladang dan Google Maps.
Jadi kami bertolak menuju ke Janda Baik, kalau ikutkan dulu tak sapa sangat nak pergi Janda Baik ni melaikan ada kursus. Tapi sepanjang perjalanan ni, agak banyak kereta dan ada sesetengah kawasan tu sesak apabila nak sampai ke kawasan resort terkemuka. Ramainya manusia bercuti.
Perjalanan mengambil masa 1jam30minit (kalau jari biasa patutnya 1jam) membuatkan perut lapar. Dok risau habis laaa kena beratur ramai ni.
Ternyata sangkaan kami salah. Apabila tiba di Kopi Ladang, orang agak ramai tapi tak kena beratur panjang pun. Mungkin waktu breakfast yang ramai. Entah ler.
Jadi tak cakap banyak, order terus secawan kopi panas, nasi ayam dan beehun sup untuk santapan tengahhari. Penyediaan makanan pun tak lama cuma kat sini semua self serve. Kena beratur order makanan di kaunter, lepas tu tunggu kt meja korang. Dorang panggil nama korang bila minuman dan makanan dah siap. Tak ada waiter untuk ambil order dan hantar makanan.
Konsep dia bagus juga la, tak akan ada kesilapan order dan jimat penggunaan tenaga kerja. Peralatan pinggang mangkuk pun dorang pakai jenis recycle. Nice!
Cuma bagi saya, kopi dan makanan dia ni biasa sahaja. Tiada yang special dan tidak ada yang uniknya. Nasi ayam just not bad, saya boleh petik kedai nasi ayam sedap kat KL. Kopi dia pun just nice. Mungkin lebih pasal kopi di-brew dan ada ala latte art dengan harga RM5 secawan. Murah laa kan. Tapi cawan kecik aje... huhuhu... Harga kedai ni harga marhaen... terbaik kerana masih lagi murah.
Saya tak tahu apa yang viralnya kedai ni. Setakat nak berjalan makan angin sambil menghirup kopi bolehlah.
This is Awesome dude.
Comments