Hotel Review : Cyberview Resort & Spa, Malaysia

Hotel Review : Cyberview Resort & Spa, Malaysia

Disclaimer : This is not paid review

Masa bulan 3 baru ni, saya dapat grab booking Agoda untuk resort Cyberview di Cyberjaya dengan harga yang tersangat mampu milik. Kalau korang tahu, Cyberview Resort ni kadang kala bilik Deluxe pun boleh cecah RM400+ untuk satu malam. Tapi masa tu saya dapat discount tambah dengan Agoda Sales - Rm188 sahaja. 

Sebenarnya resort ni dah lama dah ada di Cyberview, tapi kebanyakkan orang tahu pasal ada yang datang kursus ataupun event kerajaan. Jadi tidak hairan mengapa kawasan resort ini agak luas dan mempunyai banyak bilik. 

Saya datang buat pertama kali di Cyberview Resort ini dan bagi saya, ini adalah salah satu resort terbaik yang saya kunjungi dengan harga yang berpatutan. Saya rasa, setiap nilai yang saya bayar itu adalah berbaloi dan puas hati.



Let go to the point.

Cyberview ni terletak Persiaran Tasik Putrajaya, dan tak jauh dari Tamarind Cyberjaya. Kedudukan yang strategi dan tenang ini membuatkan anda seolah tidak berasa berada di kawasan sibuk, malah suasana sunyi dan tenang pada persekitaran membuatkan kita boleh rileks dan alpa dengan bunyi-bunyian serangga hutan.

Lobby check-in tidak terlalu sibuk walaupun pada masa itu, pihak kerajaan membenarkan hotel beroperasi seperti sediakala dengan pematuhan SOP. Jadi, tempoh menunggu tidak terlalu lama. Pada masa yang sama, pekerja akan tag bag anda berserta nombor. 


Oleh kerana saya datang buat pertama kali, saya tak tahu bilik menginap tu jauh, jadi kena bawak masuk balik luggage ke kereta. Ada juga buggy untuk menghantar kita ke bilik tapi pihak hotel cakap, depan bilik saya ada parking kereta. Lagi senang kalau park berhampiran dengan bilik. Cantik sangat bang...


Lepas check-in, saya diberi peta untuk rujukan ekplorasi sekitar Cyberview, dan saya terus booking slot untuk swimming pool time. Saya booking untuk waktu petang dan juga keesokkan harinya selepas breakfast. 

Serius kawasan resort ini memang besar, ada beberapa kawasan blok bilik yang disediakan. Kalau deluxe kawasan lain, bunglo lain, villa tempat lain. Agak selesa dan anda tidak akan mengalami masalah untuk parking kereta. Kereta boleh park depan bilik saja. tak jauh pun nak jalan.

Setiap bilik mempunyai bathtub. Saya suka konsep tandas dia pasal dia buat bathtub dan shower tu lain-lain tempat. Jadi kalau anak korang mandi bathtub, tak de laa banjir. Lepas tu, tandas di tu macam ala-ala deco Bali pulak. Just nice. Sama juga dengan katil. Bilik saya stay ni ada 1 katil queen dan 1katil single. Dorang buat macam ni pasal nak penuhkan orang kursus kot. Sumbat selagi boleh. Jadi korang kalau ade 2 anak tak perlu nak extra bed. Selasa saja budak-budak nanti.

Ada berenda yang luas. Tempat nak hisap rokok dengan nak bersidai. Redup aja rasa pasal banyak pokok kelapa dengan kawasan tanaman pokok. Boleh layan tidur kat balkoni.




Okay benda paling best saya rasa Cyberview ni adalah swimming pool. Ya geng swimming pool. Swimming pool dorang ada 3 stage. 1 stage untuk infant atau kanak-kanak. Sini dorang buat mcm ala-ala pantai. Air pun suam aje. Ye air suam beb... bukan stok air sejuk beku. Sini budak-budak boleh bergolek2 pasal tak dalam. 


Untuk stage 2, sini mempunyai air terjun, kawasan kanak-kanak dan dewasa. Swimming stage 2 ni paling besar. Saya suka lepas sini pasal kawasan air terjun tu ada pokok, jadi redup daripada matahari. Serius, berendam dalam ni memang best. Cuma tak best, zaman-zaman covid ni korang mandi kena ikut time. Cukup masa 2 jam yang korang booking tu kena kuar. Dorang tak crowded dalam pool.



Swimming pool stage 3 tak ramai layan, pasal dia macam buat ala-ala sungai. Ada daun2 plak dalam kolam. Budak-budak taknak mandi sangat pasal ingat kotor. Padahal itu adalah konsep mereka untuk menwujudkan suasana alam semula jadi. Saya layan pasal air dia suam-suam. Best jugak.


Tepi pool ni ada sebuah restoran. Bangunan dia cantik beb macam design ala-ala Sicily Italy. Tengok dari luar memang gah dan cantik tapi malangnya restoran ni dah tutup pasal pandemik. Sayang betul, intai-intai la jugak dalam restoran ni. Masi terjaga rapi. Siap ada coffee bar lagik untuk melepak.


Pada waktu pagi, saya ajak dorang ni brisk walk pusing satu resort sambil jalan-jalan tengok villa dan bunglo yang dorang sediakan. Best, nyaman dan selesa. Kawasan sini banyak pokok palma dan pokok kelapa, jadik tak rasa panas matahari. Nak jogging pun boleh, ada laluan dia. Dalam map yang dia bagi tu kalau buat 1 loop sekitar 1.3km jarak. 

Nanti korang akan lalu la tempat Spa, Kids Room, Gym dengan beberapa tempat Conference Room yang dorang buat mcm rumah bunglo semuanya. Ala-ala resort tak tampak la design macam petak kosong aje. Nice! Nanti dekat kawasan center resort ni ada mercu tanda perasmian hotel daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.





Dah habis brisk walk, kita layan breakfast. Saya booking sekali dengan breakfast pasal tak tau nak breakfast kat mana di Cyberjaya ni. Bagi saya breakfast not bad, 8/10 macam resort Swiss Garden yang lain. Cuma..... dorang tak sediakan coffee machine macam brew machine tu. Kalau ade pehhh naik rating 10/10.. hehehhe... btw hotel yang ada brew coffee machine ni, semua Swiss Garden, The Pines Melaka, semua Hilton Hotel. 


Overall saya sgt syorkan bawa anak² ke sini. Kompem dorang suka dgn swimming pool air yg suam²... Cuma haritu masa datang, resort ada problem dgn waterpump. Air kojap ado kojap xdok dalam masa 1jam sahaja.

Kedai makan terdekat adalah Shaftbury Cyber... kedepan sikit ada DPluze dan Tamarind Cyber. Xsusah pun xyh pegi jauh². 


Overall rating 8/10

This is Awesome bro!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1