Titik Paling Utara : North Pole 90ºN
Titik Paling Utara : North Pole 90ºN
Kalau anda pemikiran Flat Earth, anda dilarang membaca artikel ini.
Tahukah anda, dimanakah tempat paling utara di dunia ini? Masa kecik kita didedahkan dengan rumah Santa Claus iaitu di North Pole. Dimana North Pole? Apa ada di North Pole? Mari saya share dengan anda. Anda boleh pergi kesana dengan membawa wang yang agak banyak.
Titik paling utara didunia adalah di North Pole 90ºN. Ianya tidak terletak pada mana-mana negara atau pun jajahan malah ianya bukan terletak di Perlis.
Pada titik North Pole 90ºN ini, tiada apa yang ada disini melainkan ais laut yang membeku dan kalau beruntung korang anda berjumpa dengan penguin, polar bear malah anjing laut. Ya Kutub Utara tidak seperti Kutub Selatan, ianya adalah ais laut yang membeku setebal 10kaki pada permukaan air dan boleh mencair menjadi pulau kecil pada bulan Jun Julai dan Ogos kerana suhu pada waktu ini adalah 0 Selsius. Suhu paling sejuk direkodkan adalah -30Selsius.
Bagaimana untuk ke sini? Anda boleh memulakan pengembaraan ke Titik North Pole di Negara Findland, Canada atau pun Russia. Tapi untuk yang paling mudah bermula dari Findland. Harga untuk pengembaraan ini tak mahal, hanya USD20,000 (RM82,560) sahaja.
Terdapat 3 cara untuk menuju ke Kutub Utara, paling mewah menggunakan Helikopter (USD50,000), menggunakan kapal pemecah ais (USD20,000) atau menaiki perahu dan berjalan kaki (less than USD10,000). Paling popular yang dipilih oleh pengembara adalah menggunakan kapal pemecah ais. Ini kerana anda pasti tidak mahu mati akibat kesejukkan dan paling teruk tidak dimakan oleh beruang polar jika menggunakan perahu atau berenang.
Apabila anda berdiri diatas titik North Pole 90ºN, kesemua arah yang anda toleh adalah arah selatan, tiada arah timur atau barat kerana pada titik utara 90ºN ini, kesemua garisan longitude akan bertemu disini. Malah tiada ukuran masa (jam) di North Pole 90ºN, masa akan ditentukan mengikut garis longitud GPS anda.
Rakyat Malayia pernah tiba di titik North Pole 90ºN iaitu dalam Ekspedisi Kembara 7 Benua iaitu Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, Shahrom Abdullah dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah. Ekspedisi ini adalah salah satu menawan 7 Benua Dunia dan mereka tiba di Kutub Utara pada April 2017. Bukan calang-calang untuk sampai ke titik paling utara ini ya tuan-tuan.
Sumber : National Geographic Society
This is Awesome dude!
Comments