Indian Pacific Australia Rail
Indian Pacific Australia Rail
Kalau anda menonton Nat Geo People, pasti korang akan perasan satu Channel khas kembara Australia menaiki train iaitu Griff's Great Australian Adventure. Rancangan ini mengisahkan kembara menggunakan pelbagai keretapi seluruh Negara Australia.
Salah satu yang epic adalah Indian Pacific Austrlaia Rail. Kenapa ianya boleh dikatakan hebat? Kerana kembara keretapi ini merangkumi jarak sejauh 4,352km dan mengambil masa selama 4hari 3malam. Jika anda menaiki keretapi ini, anda boleh bermula di Perth, melalui Adelaide dan tamat di Sydney. Sebab itulah nama train ini The Indian Pacific Rail, kerana anda akan bermula di Perth (Indian Ocean) dan tamat di Sydney (Pacific Ocean).
Harga tiket perjalanan satu hala ini bermula AUD2,899 hingga AUD8,849. Ya tuan puan hargana sangat mahal, tu harga dalam AUD kalau dalam Malaysia semestinya cecah belasan dan puluhan tibu untuk satu perjalanan sahaja!
Apa yang buat jadi mahal? The Indian Pacific Rail bukan sahaja tiket keretapi semata-mata. Ianya menawarkan perkhidmatan layanan First Class seperti di dalam penerbangan komersil. Setiap tiket dibeli ini akan mendapat 1 couch dan bilik persendiri.
Terdapat 2 jenis kelas yang ditawarkan iaitu Gold Class dan Platinum Class. Gold Class ni ada seboah sofa dan katil lipat manakala Platinum Class ni seolah korang berada didalam bilik serta tandas peribadi.
Harga tiket ini termasuk makanan, jadi tak perlu untuk bawa makanan nak naik train ini. Bermula dari anda check-in sampai la check-out, penumpang tidak berasa alapar dek kerana layana fine-dining pada setiap masa. Untuk traveler Muslim, anda boleh memilih menu Halal pada tempahan tiket anda.
Tak perlu risau dengan makanan, setiap kelas mempunyai 2 restoran Fine Dining dan cafe/bar sendiri. Malah, pada waktu dinner akan ada stand comedy dan beberapa talk show yang dianjurkan di dalam gerabak mengikut Class. Yang penting, makan dah termasuk dalam harga tiket.
Selain itu, perjalana selama 4hari 3malam ini juga akan berhenti di 6 hentian iaitu di Blue Mountain, Broken Hill, Adelaide, Port Agusta, Kalgoorlie dan Perth. Setiap hentian ini korang akan dibawa turun dan menurut serta dalam lawatan sekitar bandar dan juga National Park. Lawatan ini termasuk dalam tiket perjalanan yang anda bayar belasan ribu tadi.
Jika tengok didalam Channel Griff's, rata-rata penumpang adalah warga pencen Australia dan juga warga emas yang menghabiskan masa pencen mereka mengembara di Bumi Australia.
Perjalanan keretapi ini juga direkodkan sebagai salah satu perjalanan keretapi api terpanjang didunia tanpa pertukaran gerabak selepas Train Siberia. Jika anda duit boleh ler cuba. Harga dia tu memang World Class bro...!
Comments