Tempat Menarik di Switzerland
Tempat Menarik di Switzerland
Terlalu banyak tempat-tempat menarik di Switzerland yang bolh saya senaraikan tapi, saya hanya sertakan 10 yang terbaik jika anda ingin mengunjungi bumi Switzerland. Ianya bukan satu perkara yang mudah dan ianya juga bukan sesuatu yang mustahil, hanya perlu membuat sedikit rujukan dan semakan sebelum pergi ke tempat tempat ini.
Tidak dinafikan Swiss sememangnya mahal dari segi hotel, transportation dan juga makanan. Tapi seperti yang saya cakap tadi, rancang dan selidik dahulu untuk menjimatkan poket anda malah ada banyak tempat-tempat yang percuma yang boleh anda kunjungi untuk melihat tempat yang dikatakan serpihan daripada syurga. Wallahualam.
Berikut adalah 10 tempat menarik di Swiss :
1. Zermatt
Saya meletakkan tempat ini adalah nombor 1 didalam pilihan kerana ianya adalah sebuah tempat yang sangat cantik dan awesome. Zermatt adalah sebuah perkampungan asal orang Switzerland dan berlatar belakang sebuah gunung iaitu gunung Matterhon. Gunung ini adalah simbolik kepada logo coklat Toblerone tu.
Untuk kesini, kena pandu kereta sampai ke Tasch, parking kereta dan menaiki train. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk di perkampungan ini melainkan buggy dan teksi elektrik.
Perkampungan ini cukup kompleks, anda perlu berjalan kaki untuk melihat sendiri seni bina perkampungan, bangunan gereja lama serta sekolah awam. Banyak hotel sekitar Zermat, ada sahaja kedai halal iaitu kedai kebab.
Cost - Train Tasch ke Zermatt CHF16.40 return (RM73+).
Masuk perkampungan adalah percuma.
2. Lauterbrunnen
Salah satu tempat pengambaran Lord of The Rings dan juga cerita Hindustan. Juga dipercayai salah satu serpihan syurga yang jatuh ke bumi. Dari jauh dah boleh nampak air terjun Lauterbrunnen dan menjadi icon pada tempat ini. Launterbrunnen adalah checkpoint untuk ke Gunung Top of Europe (Rujuk gambar nombor 8.) Ada sebuah perkampungan iaitu Wengen yang terletak di atas bukit.
Sekitar kawasan Lauterbrunen ni, korang boleh berjalan-jalan sekitar kampung dengan permandangan air terjun yang jatuh dari sebuah gunung. Minum kopi disini akan menjadi pengalaman terindah pernah anda lakukan. Tempat parking kereta berhampiran dengan air terjun dan menuju ke Station Lauterbrunen.
Banyak hotel dan restoran di sini dan salah satu tempat yang Dato Aliff Syukri berhenti makan dan kena halau dari restoran. Pasalnya bawak makanan luar. Kamon laa, kalau bawak bekal tu baik berpiknik luar kedai aje, lagi best dan tak ada sapa pun marah. Kami pun bawak bekal nasik goreng sejuk aje, syiok pun makan.
Masuk perkampungan adalah percuma.
3. Wengen
Wengen adalah sebuah perkampungan cantik selepas Zermatt. Katanya disini adalah salah satu penggambaran cerita Diwale nombor 1 tu. Korang wajib datang kesini pasa ianya tak jauh dari Lauterbunen, cuma nak datang kesini kena naik train.
Tak jauh pun train ride, 20minit dan dua hentian sahaja. Daripada sini korang boleh tengok kaki gunung Jungfrau dan perkampungan Lauterbrunen. Sememangnya betul orang cakap jika ini adalah saki baki syurga, bagaimana indahnya Syurga Allah.
Kat sini perkampungan dia memang cukup lengkap, bukan sekadar kampung orang nak cucuk tanam sahaja. Cuba jalan kaki menaiki ke checkpoint view atau sekitar perumahan tradisional Swiss.
Cost Train Lauterbrunen ke Wengen adalah CHF13.60 return (RM60+).
Masuk perkampungan adalah percuma.
4. Interlaken
Interlaken mempunyai dua buah tasik. Kedudukan yang strategik iaitu dipertengahan negara Swiss. Dua tasik ini adalah Tasik Thun dan Tasik Brienz. Kedua-dua tasik ini sangat cantik dan sangat jernih sehingga korang boleh nampak dasar pada kedalam 2meter. Tak berani menyelam pasal air sejuk gile bak hang.
Kalau memandu, ambil peluang singgah di Tasik Thun untuk ber-piknik. Ada banyak kawasan parking dan kerusi disediakan yang berlatarbelakang gunung Burgfeldstand. Kalau ada anak kecil boleh lepaskan dorang berlari atas rumput tapi awas, jangan main berdekatan dengan train track tepi tasik. Train agak kerap lalu sekitar kawasan ini.
Tiada bayaran untuk berpiknik. Cuma lepas makan bersihkan tempat. Sesetengah tempat ada public toilet, rupa dia macam pondok rumah orang. Bersih gila siap ada towel. Jangan rembat barang-barang dalam tandas.
5. Mount Titlis
Gunung ini adalah gunung paling popular dikalangan rakyat Malaysia jika ke negara Swiss. Ini kerana Mount Titlis mempunyai taburan salji paling lebat dan jika timing cantek, salji sememangnya sentiasa ada di puncak gunung ini. Pendek kata korang boleh main salji tak kisah musim apa yang korang datang. Nice!
Malah, dipuncak gunung ini tidak terlalu cerun dan merbahaya, disediakan tempat untuk budak-budak main slop salji termasuk kita-kita ni. Paling rare di Mount Titlis adalah Sky Bridge dia. Cuba layan rasa gayat tu dengan melintasi dua cerun dengan angin yang kencang dan sejuk. Abam tak berani bhai.
Tiada bayaran untuk bermain-main salji, melainkan menyewa peralatan /ski atau snow playing.
Cost Train / Cable Car menuju ke Mount Titlis adalah CHF96.00 return (RM434+)
6. Mount Pilatus
Saya pergi ke Mount Pilatus kerana ianya berdekatan dengan Lucern, guesthouse kami. Untuk menuju ke puncak Pilatus ada dua cara iaitu dengan menaiki kereta kabel atau pun menaiki train bukit macam kereta api bukit bendera Penang. Harga dia sama sahaja tapi jika cuaca hujan, cable car akan ditutup. Train jalan macam biasa walaupun hujan lebat mahupun berangin.
Jika nak main salji, kena datang pada Winter season, Disember - Mac. Puncak Pilatus tidak mempunyai salji sepanjang tahun. Tidak seperti Mount Titlis atau Top of Europe. Tapi cuaca dia sejuk mencucuk tulang walaupun musim panas.
Kenapa ia menarik? Kerana Pilatus mempunyai Hotel di puncak gunung ini, korang bayangkan bangun pagi dengan pemandangan dipuncak bukit. Ada kedai dan cafe tapi status non-halal, boleh laa pekena kopi o untuk panaskan badan. Harga dia? Tak mau cakap...
Cost Train / Cable Car menuju ke Mount Pilatus adalah CHF72.00 return (RM324+)
7. Montreux
Kawasan ini adalah sebuah pekan kecil yang bersebelahan dengan Tasik Geneva dan tidak jauh dari Bandar Geneva. Ianya adalah sebuah bandar pintu masuk dari negara Perancis dan uniknya, tasik ini juga berkongsi dengan negara Perancis.
Terdapat sebuah istana iaitu Chillon Castle bersebelahan dengan tasik ni. Untuk mendapatkan gambar yang awesome, kena parking kereta di jeti Chillon Castle lepas tu jalan kaki menyusuri ditepi tasik.
Jika rajin, teruskan berjalan kaki menuju ke kawasan pekan Montreux, ada banyak rumah tradisional yang mempunyai laman pokok bunga dan vineyard. Tapi ingat, korang tak boleh masuk sesukahati untuk bergambar kawasan ini walaupun tidak berpagar. Kerana ianya adalah kawasan perumahan peribadi, kalau ada tuan rumah sila minta izin untuk bergambar dengan pokok bunga. Jaga tingkah laku!
Cost untuk masuk didalam castle adalah CHF13.40 (RM60+)
Lepak dan bergambar sekitar kawasan adalah percuma.
8. Davos
Davos adalah sebuah bandar Ski. Jika korang nak main ski secara professional, memang banyak tempat di Swiss tapi Davos adalah paling terkenal diantara tempat lain. Tempat ini banyak hotel mewah dan ada Hard Rock Hotel Davos, bersempadan dengan negara Austria.
Harga sewaan peralatan ski tu boleh rujuk pada hotel yang anda nak menginap, saya tak tahu harga dia pasal saya tak main ski, saya main salji aje.
Cost main salji tepi bukit adalah percuma.
Cost untuk menaiki cable car bergantung kepada destinasi yang anda pergi bermula daripada CHF50.00
9. Jungfrau
Jungfrau atau dikenali dengan Top of Europe dikalangan pelancong. Ini adalah salah satu tempat tarikan sama seperti Mount Titlis tadi cuma harganya lebih mahal dan ianya agak advance. Tempat ini popular kerana ia telah dijadikan tempat penggambaran filem James Bond.
Untuk kesini, kena naik train daripada Lauterbrunen sampai ke Kleine Scheidegg lepas tu baru naik train bukit sampai la ke Top of Europe dengan ketinggian 3,454m. Tinggi Gunung Kinabalu 4,095. Kira tinggi jugak tu. Sini adalah station train paling tinggi di Europe, sebab tu dinamakan Top of Europe tu.
Jika datang kesini, korang boleh main salji pada semua musim. Jika korang datang musim panas, kat bawah nun sana memang panas tapi kat puncak ni siap ada salji bagai.
Cuma, untuk datang kesini harganya paling mahal diantara gunung gunung yang lain. Sebab tu agak kurang popular dikalangan orang Malaysia kerana harganya memang mahal.
Cost Train menuju ke puncak Top of Europe adalah CHF163.00 return (RM737+)
10. Lugano Lake
Tasik Lugano agak terkenal selepas tasik tasik di Interlaken kerana ianya adalah sempadan dengan negara Italy dan bersebelahan dengan tasik terkenal Italy - Como Lake.
Tasik ini adalah salah satu tempat penggambaran filem Star Wars ketika Anakin melamar Queen Amidala malah, rumah Champion MotoGP Jorge Lorenzo juga sekitar tasik ini ye.
Keindahan tasik ini tiada tolok tandingnya kerana kejernihan air dan gunung yang megah berdiri ditepi tasik. Lagi satu yang menarik pada tasik ini, terdapat sebuah kawasan yang dinamakan Province of Como dimana sebuah daerah remote area negara Italy yang dikelilingi oleh negara Swiss.
Kalau datang kesini, cuba cari kawasan jeti bot mewah. Boleh bergambar sekitar jeti dengan bot-bot mewah yang kononnya milik korang. Kawasan ini juga terdapat banyak Casino selepas bandar Zurich.
Cost untuk cruise Tasik Lugano ini adalah bermula dari CHF70.00 (RM316+)
Lepak dan bergambar sekitar kawasan adalah percuma.
Kredit gambar kepada Google Maps dan Pinterest.
Comments