Destinasi 24 Jam : Cameron Highlands, Pahang

Destinasi 24 Jam : Cameron Highlands, Pahang

Bulan lepas saya membuat short trip domestik yang telah lama kami tidak jejaki. Destinasi 24jam ini adalah menuju ke Cameron Highlands. Ya tempat ni tak jauh pun dari KL malah semakin popular dikalangan masyarakat yang inginkan tempat sejuk dan nyaman. Pastinya nyaman kalau lepak di Cameron selain melayan trafik jem yang super duper Awesome. 

Seperti nasihat saya sebelum ini, elakkan berkunjung ke Cameron Highland pada hari puncak iaitu Jumaat, Sabtu atau Ahad. Akan tetapi, ketiga hari ini lah ada Pasar Malam Brinchang yang dorang selalu dok pergi beli makanan dengan macam-macam lagi sayuran. Tapi harus diingatkan juga, kalau korang yang tak suka dengan jem tahap dewa, anda patut datang pada hari Ahad dan Check-out pada hari Isnin seperti mana yang saya lakukan ini.

Hari Ahad, kami bertolak dari Ipoh Perak selepas mandi manda di Lost World of Tambun. Terus mendaki naik ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Tak jauh mana pun lebih kurang 1jam 10minit sahaja daripada Ipoh. 


Avant Chocolate Cameron Highland

Destinasi pertama kami singgah pada jam 12:00 tengahhari adalah Avant Chocolate Tanah Rata. Sebelum sampai sini korang boleh nampak signage yang telah dipacak 1km sebelum sampai kilang chocolate ini. Seperti jangkaan saya, agak ramai juga orang sekitar ini kerana dorang baru turun daripada Brinchang dan mungkin singgah untuk makan dessert. 


Avant Chocolate ni agak best pasal ia bukan sekadar pengilang chocolate tetapi mereka juga mempunyai mini petting zoo dan kebun strawberry bersaiz kecil untuk pengunjung tengok. Pada pintu masuk ni korang jumpa restoran mereka dan pada bahagian sebelah tu ada kedai chocolate yang dibuat sendiri di Cameron Highland yang menggunakan jenama Avant Chocolate. Err saya tak beli chocolate ni pasal ianya bukan dalam listing kami.

Apa lagi, order sepotong kek dan secawan Teh O untuk lapik perut ni. Nazril baru bangun tido maka mood blom datang. Kalau korang nak makan main cource macam fish and chips, steak ke ape semua ada cuma harganya keras sikitlah. Kalu setakat kek dengan air tu masih lagi reasonable.



Tapi masa tengah lepak tu, ternampak Green View Garden. Garden ini lah yang saya maksudkan kerana mereka menempatkan petting Zoo dan taman bunga kecil untuk pengunjung. Taman ini dikenakan bayaran sebanyak Dewasa RM6.00 dan Kanak - Kanak RM4.00. Dorang pun buat duit dengan menjual makanan haiwan untuk Petting Zoo tu. Antara haiwan yang ada dalam tu adalah Arnab, Itik, Ikan dengan Kambing. 






Sementara itu ada sekebun bunga warna warni yang menerangi kawasan kecil ini. Saya tak pandai pasa pokok bunga tapi agak cantik warnanya. Kalau tempat sejuk ni bunga bertahan lama ye? Dalam kebun ni tak ramai la sangat orang pasal bayaran pun RM6.00, tapi berbaloi laa nak habiskan masa selepas makan tengahhari. Pastu ada bahagian tempat kanak-kanak nak kayuh basikal dengan kereta kecil kayuh.  


Dah habis masa nak lepak kat sini, kita teruskan destinasi seterusnya sebelum check-in. Orang pun dah mula ramai kawasan ini.

Lavender Garden, Tanah Rata

Lokasi Lavender Garden in tak jauh mana pun daripada Avant Chocolate tadi, tapi oleh kerana saya datang pada hari Ahad, banyak kerana yang sedang menuruni dari Ringlet ke Simpang Pulai. Parking kereta dipenuhi sepenuhnya sepanjang jalan raya ni dan bernasib baik ada kereta yang bersiap untuk keluar. Alhamdulillah. 


Tempat parking disediakan tapi kalau hari hujung minggu tu sememang padu habis. Jadi berhati-hati ketika parking dan melintas jalanraya tu ye.

Bayaran masuk dikenakan untuk memasuki kawasan Lavender Grden ini iaitu sebanyak Dewasa RM10.00 dan Kanak-Kanak : RM7.00. Tapi bagi saya ianya berbaloi juga nak masuk Lavender Garden tambah pula kalau kaum wanita. Bila lagi nak tengok sekebun bunga yang penuh dengan bunga mekar dan tak ada satu pun yang layu. Terbaik hasil jagaan mereka dengan suhu yang agak dingin.




Lepas bayar tiket, korang dihamparkan sekebun bunga Lavender dari Jepun dan Australia. Jangan tanya banyak-banyak saya tak tahu pasal pokok bunga. Apa yang menarik kat Lavender ni rasa macam nak setting jalan-jalan pergi ke Australia pulak golek-golek kat Lavender Farm. 

Kat sini kena fit stamina sikit, dari bawah mula menapak naik tangga sempai la puncak bukit dorang untuk tengok pelbagai bunga lawa-lawa. Elok juga untuk senamam perut dan kaki lepas makan kek kat Avat Chocolate tadi. Mohon jaga budak-budak dok berlari, takut tersadong kaki terus tergolek sampai bawah. Naya....

Tapi saya tak srue pulak pokok bunga kat sini boleh dibeli ke tidak, yang saya tahu dorang buat hasil produk keluran mereka sendiri seperti bahan wangian lavender, jem lavender, pastu ada laa kraf tangan lain. Kalau pokok bunga tu tak perasan pulak. Nanti korang pergi ler tanya ye.



Masuk sini mungkin spend masa lebih kurang 1jam ke 1jam setengah. Bagi korang yang kaki bergambar memang habis 2jam lah kot.

Pekan Brinchang

Menuju ke pekan Brinchang untuk menunaikan solat di Masjid Kayangan Brinchang. Masjid ni memang lagend bro pasal masjid ni betul-betul di tengah Pekan Brinchang. Dibina pada sekitar tahun 1990 berhadapan dengan Balai Bomba Brinchang. 


Kalau solat disini, amik wuduk mampu membuatkan gusi-gusi ni sengal bro, air dia sejuk bak hang. Dalam masjid dah macam pakai aircond aje, tak tau laa camner solat subuh kat masjid ni kan. 

Cuma sedikit kecewa dengan orang kita yang tak reti lagi menggunakan tandas dengan betul. Saya masuk tandas tu, celah pintu da pampers anak terbungkus baik punya. Apa salahnya kalau dah basuh berak anak, pampers tu buang aje kat tong sampah. Perangai kamu macam tahi anak kau. Dah la guna tandas masjid basuh berak anak, tinggal pampers pulak tu. Kesian la AJK dengan pekerja masjid nak bersihkan tandas-tandas yang korang dah kotorkan tu. Typical Muslim Malaysian. Pastu sebuk dok angkat signboard BMF.

Sementara tunggu wife saya siap solat, saya dan Nazril tunggu berhadapan dengan Balai Bomba, sekali abang bomba bagi masuk bergambar dengan jentera bomba. Lil bro apa lagi, bukan main seronok dia tengok live jentera bomba. Biasa tengok macam model main dengan Lego aje, senyum lebar muka bergambar.


Dah settle solat, kami singgah kejap pekan sekitar masjid tu untuk beli kudap-kudap roti dengan bekalan air masak. Saja beli untuk minum hilangkan haus. Nak minum kopi macam dah banyak benda manis masuk dalam perut. Makan kena control juga kalau jalan-jalan ni bro.


The Stone Valley Steamboat & Grill

Untuk dinner, kami memilih untuk makan steamboat kerana mengikut fakta, jika anda memakan steamboat di Cameron Highland anda dijamin tidak akan berpeluh dengan asap-asap steamboat tersebut. Tak percaya cubalah!

Dulu saya pernah makansteamboat di De Bamboo Steamboat, cari dalam google maps dah permanently closed, alamak.... Biladah lalu kedainya, rupa-rupanya mereka dah berpindah kepada tapak yang lebih luas dan selesa tapi parking macam agak susah la pulak.

Nama restoran juga ditukarkan kepada The Stone Valley Steamboat yang terletak di KHM Strawberry Farm. Suasana kedai bersih, teratur dan banyak menu, cuma untuk parking keeta kawasan ini agak susah pasal ada beberapa tempat sekitar resotran ini terletaknya Strawberry Farm yang petik sendiri dan kedai-kedia yang jual jem dan kedai kopi yang lain. Pandai-pandai laa korang cari parking dan jangan parking depan rumah orang dah ler. Marah dorang nanti.

Ada dua harga yang berbeza untuk layan steamboat dan grill ni.

Steamboat Sahaja : Dewasa RM20.00 & Kanak-Kanak RM10.00
Steamboat & Grill : Dewasa RM35.00 & Kanak-Kanak RM10.00

Untuk kali ini kami layan steamboat dan grill, mematuhi piawaian tidak akan nasik atau sebarang benda karbohidrat. Bayaran dibuat dan terus serbu untuk memanggang apa yang patut.

Pakej bayaran ini korang boleh makan kesemua apa yang disediakan dari segi pembuka selera seperti sup, sayuran atau salad sehinggalah dessert.

Main course grill ni dorang ada ayam marinate, udang, sotong, ketam, kambing dan daging. Amik berapa yang korang rasa mampu nak makan tapi jangan laa membazir okay. Seperti saya bagitau tadi, walapun muka korang dekat dengan pemanggang grill tu, nescaya korang tak akan rasa panas malah bila dan jam 6.00 petang tu silap-silap korang mula sarung jaket pasal matahari dah mula turun, cuaca sejuk mula menguasai alam sekitarnya.

Dah kenyang layan main course, silalah minum air panas yang pelbagai jenis dan ada aiskrim banyak perisa kalau nak layan. Budak budak memang suka part ni, macam dorang ni tak reti sejuk pulak yer!






Settle semua makan, dalah baiknya untuk check-in ke hotel. Saya membuat booking Hotel Copthrone melalui aplikasi Agoda, dengan status VIP Member dapat serba sedikit diskaun termasuk breakfast. Hotel Copthrone ni 4 Star Rating by Booking dan Agoda. Saya amat syorkan korang stay sini pasal berhampiran dengan pasa pagi Kea Farm. 

Urusan check-in dibuat dan terus rehatkan diri dengan suasan sejuk nyaman... 

Pasar Pagi Kea Farm, Tanah Rata

Selesai breakfast pagi di hotel, kita membuat sedikit exercise dengan berjalan kaki ke Pasar Pagi Kea Farm. Lebih kurang 500meter saja dari lobi hotel. Waktu pagi memang sejuk di Cameron Highland eloknya bawak jaket pasal waktu malam tadi hujan. Tapi hujan di Cameron adalah perkara yang biasa bro pasal dah nama atas bukit. Memang lah hujan. Alhamdulillah pagi tu cuaca baik terang sahaja.


Kalau korang datang hari Sabtu Ahad, agak sesak kawasan pasar pagi ni. Sinilah salah satu pasar besar yang korang boleh beli sayur untuk bawak balik ke rumah. Nak beli strawberry yang dha masak, jagung manis, sayur ke. Silalah pandai berurus niaga dengan diorang untuk tawar menawar. 

Kadang-kala, dorang dah tulis siap 5paket sayur RM10.00, tapi kalau korang dha beli macam RM30.00, boleh ejas lagi untuk dapat paket lebihan. Terpulanglah pada budi bahasa anda sendiri. Harga strawberry, dalam RM10.00 satu bekas, ada yang jual 3kotak RM10.00 bergantung pada saiz.

Errr sebenarnya agak silap datang pasar tak bawak kereta, penuh kiri kanan borang barang. Kalau ade stroller pasar tu cantek laa sikitkan. Lesson learned.






Balik ke hotel bersiap-siap untuk check-out. Kami ada destinasi lain untuk dikunjungi. Amik gambar permandangan pagi dari balkoni hotel sebelum balik. Cantik sungguh ciptaan illahi.

BOH Center Sungai Palas

Kesilapan saya untuk tidak tengok waktu operasi. Rupanya BOH Center ni tutup setiap hari Isnin. Maka tak dapatlah kami nak hirup teh dan makan Scone aiskrim berlatar belakang ladang teh segar macam cerita Ombak Rindu tu.

Walau dah tau BOH Center tu tutup, kami masuk jugak laluan untuk kesana untuk bergambar sekitar ladang teh tu. Apa gunanya datang Cameron Highland tak turun dan pegang daun teh yang masih dipokok kan?

Paling tidak, saya dapat tunjukkan macammana pokok daun teh yang selalu Nazril minum sejuk tu pada dia. Pening dia cari pokok teh, pasal teh yang dia minum tu warna coklat, pokoknya warna hijau. Asyik cakap mana pokok teh? Tak ada pun..... Takpe lah, nanti dia faham la prosesnya tu. Janji dia pun seronok nak bergambar pastu dia pulak nak sebok amik gambar kami. Terbaik!





Smokehouse House Hotel, Tanah Rata

Ini adalah destinasi wajib saya singgah jika ke Cameron Highland. Kenapa? Kerana rumah dan hotel ni sangat cantik. Dulu dikatakan sebuah rumah daripada zaman British, dah diubahsuai untuk menjadi sebuah hotel private. Harganya pula sekitar RM300-RM500 dan mempunyai restoran sendiri. 

Bila dah sampai sini, boleh lah bergambar sekitar hotel ni tapi korang tidak dibenarkan masuk ke kawasan taman bunga. Taman bunga tu hanya dibenarkan untuk pengunjung hotel sahaja. Dulu dia tak letak pagar, skang ni dah ada pagar dah. 

Senibina kawasan ni memang menarik macam seolah berada di sebuah perkampungan England. Tambahan pula ada restoran dan bau kopi yang memanggil-manggil. 

Saya tak lepak lama kawasan ni pasal hari mula hujan. Sekadar amik gambar bangunan dan terus menuju turun melalui jalan Tapah.



Cameron Valley Tea House 1

Tea house ini juga menjadi destinasi wajib saya sebelum balik ke KL. Terdapat 2 tempat untuk Cameron Valley Tea House iaitu Tea House 1 atau Tea House 2. Saya lebih suka nak pilih Tea House 1 pasal parking tepi jalan, kedai teh kat atas dan korang boleh turun sampai kaki bukit samada nak trekking celah-celah pokok teh mahupun naik bus shuttle dorang tu.

Kalau cuaca tak hujan boleh la turun ikut anak tangga laluan celah pokok teh tu. Kalau hujan takut korang plak tergolek sampai bawah. 

Masa sampai Tea House tu cuaca hujan lebat jugak, maka abaikan lah nak berjalan-jalan tepi pokok tu. Kita order waffle sambil minum teh panas lagi selesa. Wife saya order aiskrim waffle cake dengan teh tarik dan teh o panas. Fuhh memang terbaik kalau hujan, sejuk ni kena air panas. Orang pun tak berapa ramai. Lepak tepi berenda kedai ni sambil tengok kehijauan bentangan ladang teh milik syarikat Bharat.




Sememangnya percutian singkat versi domestik ni memang terbaik. Dah lama tak datang Cameron,last saya datang sebelum lahirnya Nazril. Lebih kurang 6tahun macam tu.

Cuti sekolah ni boleh ler rancang mana nak bawak keluarga anda. Jalan-jalan cari makan ke atau jalan-jalan habiskan duit yang mana ada tu.

This is Awesome bro... 


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1