Bandar Zurich dan Lucerne, Switzerland
Bandar Zurich dan Lucerne, Switzerland
Sepanjang berada di Europe, negera Switzerland adalah negara terbaik pernah kami kunjungi selain daripada Germany. NEgara ini seakan mempunyai satu sistem dimana rakyatnya tidak perlu bekerja tapi membenarkan bercucuk tana mserta menjaga keindahan alam didalam negara sendiri. Itu pendapat saya la...
Pada hari pertama tiba, kami memasuki Switzerland melalui Bern dimana planning pada masa itu adalah melawat Mount Pilatus.
Jika korang rajin dan membuat sedikti reserch pada tempat tempat menarik di Switzerland, pastinya korang letih nak scrool down atau pening mana tempat yang korang bakal nak pergi. Memang banyak dan boleh dikatakan hampir seluruh negara ini menawarkan panorama serta keindahan yang menarik untuk para pelancong.
Saya tak mahu cerita pasal tempat ski, tempat naik kereta kabel atau tempat nak berkayak. Entry ini adalah untuk menceritakan bahawa didalam bandar mereka juga adalah satu tempat untuk korang mesti kunjungi selain pergi ke kawasan pegunungan atau kawasan tasik.
Antara bandar yang saya singgah adalah bandar Lucerne dan juga ibukota mereka iaitu Zurich.
Bandar Lucerne
Bandar ini adalah bandar yang kecil dimana ianya terletak berhampiran dengan Tasik Interlaken. Mempunyai airport tersendiri dan juga main station train yang bersambung dengan bandar-bandar lain didalam negara Swiss.
Menariknya bandar ini, ianya terletak bersebelahan dengan tasik besar, yang dinamakan sebagai Tasik Lucerne. Kawasan ini sangat klasik dengan bangunan bangunan lama yang didirikan sekitar kurun ke-16 dan ada segelintir Istana dan kawasan kubu masih dikekalkan untuk tarikan pelancong.
Macam biasa, saya agak gemar untuk mengambil gambar pada entrance Main Station pada bandar-bandar besar kerana mereka mempunyai simbolik serta reka bentuk yang sangat unik. Ini kerana, station kereta ai dibina agak lama dan ianya juga menjadi sebagai hub perantara dan juga kawasan perdagangan pada tika dahulu. Jadi serta merta, kawasan sekitar train station ini juga sememangnya klasik dan cantik.
Berhadapan dengan main station ini terdapat sebuah tasik yang sangat jernih. Ada beberapa ekor angsa dan itik bermain-main tepi tasik sementara orang memberikan makanan. Walaupun tasik ini didalam bandar, tapi serius bro tasik dia memang jernih. Stakat nak turun terjun tu selamba aje cuma - tahan ke sejuk?
Kami melintasi jambatan kenderaan sambil asyik ambil gambar waktu petang. Ada banyak kedai kopi dan restoran yang korang boleh laa singgah untuk lepak minum kopi. Walaupun badan agak penat, tapi masih gagahkan lagi untuk jalan kaki sekitar Lucerne ini pasal keindahan kota kecil ini dengan bau haruman kopi yang menusuk kalbu.
Pada tengah tasik, terdapat sebuah jambatan kayu lama iaitu Chapel Bridge yang menghubungkan tebing ke tebing tasik. Agak ramai yang lalu jambatan kayu ini semata-mata untuk bergambar dengan gaya romantik. Agak loser laa datang sini semua sama jantina, orang lain datang dok pelok bercium aje sambil selfie - kami tengok aje laa benda dah free. Amik ler gambar sorang-sorang...
Teruskan berjalan kaki pada laluan jalanraya berbatu seakan zaman dahulu. Sekitar kawasan ini agak elegen pasal bangunan bangunan lama telah dibaiki balik dan digunakan sebagai restoran mewah dan juga butik fashion mewah termasuk kedai kasut Bata. Ya jangan lupa jenama kasut Bata adalah produk keluaran luar negara ya bukan produk Malaysia. Tak percaya cuba laa google!
Sebenarnya agak best kalau dapat minum kopi sekitar tebing tasik ini sambil tengok suasana orang yang lepak santai. Tapi saya tak tahan sejuk, matahari mula bersembunyi disebalik gunung-gunung yang besar, tak pasal suhu mula menurun dan mampu membuatkan badan mula terasa sejuk. Tapi boleh aje kalau nak kena kopi panas dalam kedai, untung badan boleh borak-borang dengan orang Swiss.
Pada penghujung bandar ini terdapat sebuah gereja besar yang dari jauh nampak seakan menara masjid. Yaaa jangan keliru, kebanyakkan gereja disini mirip seakan menara masjid ditempat kita. Alunan bunyi loceng pada masa-masa tertentu memanggil kaum agamanya untuk singgah dan berbuat ibadat. Sama seperti kita yang sujud tatkala azan dilaungkan.
Oleh kerana hari mula senja, kami mengambil keputusan untuk balik ke homestay untuk santapan malam. Tak layak untuk makan malam di sekitar kawasan ini kerana harganya mampu membuatkan anda menangis 2hari 2malam untuk sepinggan fillet dan salad. Secawan harga kopi juga mampu mengguriskan hati walaupun dalam hati ini cuba ditenangkan dengan perkataan "Rileks laaa, bukan selalu datang".
Bandar Zurich
Zurich adalah bandaraya atau ibukota kepada Switzerland. Jangan tanya saya kenapa saya suka datang ke bandar bandar ketika travel? Ini adalah kerana, jika anda nak tengok sesuatu budaya, anda kena datang bandar. jika nak tengok alam, boleh keluar bandar. Jika nak tengok kehidupan sebenar, boleh pergi ke ceruk ceruk kampung.
Sebab itulah, perjalanan saya ini akan membuat persinggahan pada capital negara mereka untuk melihat sendiri bagaimana rakyat atau migrain menjalankan kehidupan kota dinegara orang.
Tidak sama seperti Amsterdam, Brussel atau pun Frankfurt. Rakyat Zurich sememangnya mewah bro! itu lah perkataan pertama yang saya mampu ungkapkan ketika tiba di bandar Zurich.
Sewaktu tiba dikawasan parking didalam bandar Zurich, deretan kedai mewah, restoran mewah dan hotel-hotel mewah dihiasi dengan lampu serta senibina klasik yang tiada tolok tanding. Kami hanya memandu Toyota Prius Hybrid dan sebelah kotak parking kami adalah Maserati dan juga BMW 7 Series. Walaupun kereta mereka mewah, mereka hanya guna parking biasa sahaja malah tak guna pun jockey seperti di Malaysia.
Paling ketara adalah cara pemakaian mereka. Sememangnya segak, dengan casual, blazer serta tali leher masih diikat rapi walapun waktu mula hampir senja. Cara pemakaian mereka sangat berbeza dan saya sendiri melihat pakaian kami dicermin restoran dan bertanya sama sendiri - kita ni salah tempat ke bro? apsal semua orang pakai smart-smart aje ni macam laa James Bond ? Ke tempat ni ade majlis ape-ape nie?
Ahh malas nak layan, kami cepat-cepat jalan menyusuri sungai untuk ke checkpoint kami untuk menuju ke Train Station. Tujuan adalah sama, untuk bergambar dihadapan bangunan indah Zurich dan membuat penukaran wang Swiss kepada Czech Crown. SAmbil tu juga, kami terasa agak lapar dan ingin pekena kopi sebelum balik ke guesthouse kami yang agak jauh dari Zurich.
Sama seperti Lucerne, terdapat sungai sepanjang laluan pejalan kaki dan saya tabik kerana sungai ini juga bersih jernih sehingga boleh nampak dasar sungai dengan rumpai rumpai air. Tidak bosan melalui susuran ini walaupun hanya nampak seperti sungai biasa sahaja.
Di Swiss, malam adalah waktu rehat mereka. Jadi kebanyakkan kedai kedai mula bersiap untuk tutup dan beberapa restoran kecil telah mula tutup. Hanya deretan restoran mewah dan fining dining sahaja masih dibuka.
Sepanjang laluan ini, banyak tram yang lalu lalang melintasi jalan raya utama. Tram ini lebih kurang tram di dalam bandar Amsteram bertujuan untuk mengurangkan kereta masuk didalam bandar. Mungkin disebabkan itu juga, harga parking yang dikenakan memang mahal habis bro.
Saya sempat melintasi Ikea yang Living Home yang mana Ikea ini menggunakan bangunan lama dan tidak besar seperti sebuang gudang. Cuma ianya seolah seperti seperti kedai lampu hiasan dan juga sebuah restoran sahaja. Menarik dan tertarik! Pada penghujung jalan ini, terdapat sebuah kedai Starbuck, saya singgah untuk membeli Tumbler Collection. Disini, harga minuman Starbuck lebih mahal berbanding bandar-bandar lain. Serius bro, memang mahal habis jadi saya batalkan hasrat untuk mendapatkan secawan americano panas pada waktu senja ini. Hanya mampu membeli Tumbler sahaja.
Perut mula lapar, jadi persinggahan terakhir kami selepas ronda-ronda di Zurich ini adalah sebuah gerai Halal yang menjual kebab dan salad. Untung kami datang awal, kedai ini pun seperti dah nak tutup, tapi oleh kerana kami lapar, mereka bersimpati dan membuatkan 4 kebab kotak berserta salad yang berharga CHF12.90 (RM52.50) untuk setiap satu hidangan beserta air mineral.
Perghhh mahal gile bro, tapi inilah Swiss. Jangan main-main harga makanan di Swiss dan benarlah apa orang cakap. Swiss kaya dengan keindahan alam semula jadi dan harga makanannya mampu menusuk jiwa ini. Lebih kecewa, hidangan ini lebih kepada salad dan bukannya daging atau chips semata-mata. Oleh kerana perut dah lapa giler... saya mampu menghabiskan kesemua sayur didalam hidangan dalam masa 5 minit. 52ringgit bro makan sayur... bila lagi kan.
Dah settle makan, kami slow-slow jalan kaki balik dengan laluan lain untuk melihat suasana malam di bandar Zurich. Agak besar sebenarnya bandar ini tapi masa tak mengizinkan. Waktu terbaik datang untuk melihat bandar ini adalah waktu pagi dan juga tengahhari. Waktu malam kebanyakkan mereka dah mula tutup kedai dan jalan raya mula sunyi.
Penutup trip Swiss kami disini adalah dapat sekeping surat saman parking kereta berharga CHF40.00. Aduhai..... nasib baik kami tolong settlekan dengan tuan rumah. Jangan main main dengan Zurich. Ianya sememangnya penuh kemewahan dan perfect!
This is Awesome...
Comments