Jaman Tory Resipi, Kuantan Pahang
Jaman Tory Resipi, Kuantan Pahang
Dah lama saya tak upload cerita pasal jalan jalan cari makan, agak sibuk hujung tahun baru ni sampai naik cekam plak blog abam.
Tak nak mengecewakan korang, intro pada tahun baru 2019 ini saya kasi upload satu lagi tempat makan menarik di Kuantan Pahang. Pastinya bukan di Tanjung Lumpur atau pun Cherating. Ianya adalah Restoran Jaman Tory Resipi yang terletak di Indera Mahkota. Tak jauh mana pun dari pusat bandar, dalam 10-15 minit aja...
Jangan tanya kenapa nama kedai Jaman Tory - tak tahu ler sebab kenapa namanya macam jawa pulok! Nanti korang pergi korang tanya ler sendiri.
Tak susah nak cari kedai ini, pointing saja carian google maps anda dengan nama Jaman Tory Resipi, maka korang akan sampai dengan bahagia. Sebenarnya rangkaian Jaman Tory ini ada 4 jenis, iaitu Jaman Tory Resipi, Jaman Tory Signature (sebelah dengan Jaman Tory Resipi), Jaman Tory Semambu dan satu lagi saya dah tak ingat.
Korang jangan pening kepala, korang search try saja Jaman Tory Resipi ini. Jangan nak gaduh-gaduh plak yer. Mudah.
Sajian menu kat sini agak awesome, korang boleh pilih didalam menu yang sebesar kertas A2. Dari masakan Thai, Western Food sampai ler masakan tradisional melayu macam tempoyak mahupun ikan bakar. Yaaaa ikan bakar pun ade walaupun malam-malam. Pendek kata korang order aje ape, lepas order kena bayarlah.
Saya macam biasa, peminat tegar chicken chop. Maka saya pilih chicken chop yang berharga RM13.90 tidak termasuk SST. Member saya pun pilih menu Nasi Goreng Juara yang harganya dah tak ingat. 2 gelas teh o ais yang masing-masing berharga RM1.00. Murah betul air dia!
Oleh kerana saya datang pada waktu malam, jadi saya lepak di meja luar restoran pasal cuaca agak panas. Kalau korang lepak dalam kedai, korang boleh merasai suasana restoran yang diubahsuai dengan dekorasi retro dan nature. Ada banyak hiasan pokok yang menyejukkan mata dan ditambah dengan koleksi barang-barang retro dan rare untuk korang tengok.
Restoran ini agak besar, ada dua tingkat atas dan bawah malah ada sebuah surau yang untuk yang datang nak solat. Bahagian masakan kat tepi kedai, jadi tak ganggu pengunjung berpedih mata kena tumis.
Bagi saya, agak berbaloi untuk lepak bersama keluarga dan kawan-kawan kat sini. Malam minggu agak padat orang jadi buat pilihan masa yang terbaik untuk kesini.
This is Awesome bro...
Comments