Neuschwanstein Castle, Fussen Germany

Neuschwanstein Castle, Fussen Germany

Hari terakhir kami berada di bumi Siwtzerland, perjalan diteruskan lagi dnegan memasuki balik negara Germany dari laluan selatan dan melalui tepi Tasik Constance. Perjalanan agak jauh melalui tepi tasik Lake Constance tapi sememang mengagumkan, lebih kurang 300km dari Wolhusen ke Neuschwanstein. 

Sebenarnya ada juga jalan lain yang melalui Austria tapi saya memilih jalan kampung untuk menikmati permandangan tasik ini. Laluan ke Austria ni mempunyai toll yang perlu dibayar dan kami tidak memilih Austria untuk persinggahan ini.

Walaupun tak masuk Austria, perjalanan ini pastinya tidak menyesal dan sepanjang jalan juga melalui beberapa buah kampung Germany yang bersih dan tenang seakan masih berada di Switzerland. 

Dalam perjalanan ini, kami melintasi Tasik Constance yang sangat besar dan indah. Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak, maka hanya gambar saja yang sempat saya rakamkan. 





Dari jauh dah boleh nampak Neuschwanstein Castle berdiri megah diatas bukit yang dikelilingi kawasan kampung yang tenang. Mengikut papan info yang saya baca - Istana ini dibina pada sekitar abad ke 19 sebagai rumah rehat kepada Raja Ludwig. Saya tak tahu apa sejarah silam istana ini dan yang saya tahu serba sedikit ianya adalah salah satu sumber inspirasi kepada ciptaan istana Disney Sleeping Beauty. Tidak hairanlah mengapa castle Disneyland seakan Neuschwanstein Castle. 



Untuk pengetahuan korang, ini adalah kawasan tumpuan perlancongan di Germany, maka dikawasan parking kereta dan di kaki bukit agak sibuk dan sesak dengan Tour Guide yang sedang memberikan ucapan dan cerita mengenai sejarah kawasan ini. 

Andai kata time ni korang nak memerut atau nak lepaskan hajat, maka terkuburlah hajat korang pasal nak beratur masuk jamban dah rupa nak beli tiket bola semi final kot! Baik korang simpankan dulu, dipertengahan jalan disediakan toilet.


Bermulalah jalan kaki trekking tarmac dari bawah menuju ke puncak istana. Dalam map dia, tertulis mengambil masa 30minit untuk trekking. Tapi abang rasa macam sejam plak jalan kaki, separuh mati pulak tu nak nyampai.

Ada juga kereta kuda tapi macam atuk-atuk dengan cucu ajer yang naik. Malu pulak nak naik kereta kuda ni malah ianya kena bayar bukannya free. Kat tengah ni nanti ade la kedai untuk lepak seperti kami yang separuh mati ni. Beli air coke dengan aiskrim untuk top-up energy. Tak lalu dah nak hirup kopi time mengah ni!



Menariknya tiada bayaran masuk untuk bergambar sekitar kawasan kecuali jika anda masuk kedalam istana untuk Castle Tour. Bagi saya, memadai untuk lepak luar istana dan tengok senibina luaran Istana ini. Lagipun untuk masuk, ianya perlu mengikut tetapan masa untuk mengelakkan kesesakan didalam istana.

Baca : Kembara ke Europe saya selama 12 hari disini

Boleh lepak seberapa lama yang korang mahu, ada permandangan yang best dengan view dari atas bukit dan warna pokok perang keemasan. Ambillah masa untuk mengelilingi kawasan luar istana ni sambil baca tentang sejarah. Jangan reti nak selfie aje kat tempat orang, ambil tahu sikit dengan sumber bacaan walaupun anda gagal dalam sejarah SPM dulu.

Saya agak kagum dengan senibina istana ni pasal ianya seperti sebuah istana yang diukir daripada batu bukit dan dibuat dengan pembinaan yang sangat teliti. Benar seperti yang diperkatakan oleh Google, sememangnya Neuschwanstein Castle ini adalah inspirasi ciptaan Disney Castle yang selalu kita tengok pada opening movie Disney Movie tu. Cantik dan menarik. 



Pada bahagian pintu masuk istana terdampar sebuah permandangan jauh dari atas bukit yang menampakkan perumahan kampung, tasik dan ladang dibawah. View agak awesome pasal musim luruh, maka banyak pokok telah bertukar warna keperangan. Boleh nangis hati ini bro tengok view hebat macam ni!




Korang boleh lepak minum dan santai kat sekitar istana ni, ada beberapa gerai dan juga kedai souvenir. Walaupun ini adalah kawasan tumpuan pelancong, harga jualan minuman dan juga barang cenderamata sama seperti yang korang beli dikawasan lain. Bagaikan mereka tidak makap harga sembelih tengkuk dan seolah harga macam pukul sama rata saja dengan bandar-bandar yang lain. Terbaik!


Pasal harga murah, jadi saya beli ler sikit souvenir kerana tempat ini boleh dikatakan rare dan awesome untuk sampai kesini. Marathon menuruni balik bukit sedikit laju pasal perut mula memberi signal yang tidak berapa bagus. Dari jauh sudah nampak logo WC (Toilet) seolah memanggil - manggil untuk dikunjungi... huhuhuhu...

Sesungguhnya, terdapat banyak lokasi menarik yang percuma ditawarkan di negara Germany. Sememangnya berbaloi untuk datang lagi dan anda memerlukan sedikit kajian dan bacaan untuk sampai ke sesuatu tempat pilihan.


Ianya tidaklah susah dan tak juga mudah. Hanya berbekalkan dengan google maps, memastikan pilihan jalanraya yang mahu dilalui samada ianya perlu masuk kenegara lain ataupun mempunyai toll. 

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1