Apa Yang Boleh Di Beli di Australia?

Apa Yang Boleh Di Beli di Australia?


Korang yang pergi ke Australia tu dah tau ke nak beli mende? Kadang kala diri sendiri menetapkan budget untuk perbelanjaan yang tertentu, maka tegaskanlah diri anda ketika shopping di luar negara untuk mengelakkan terlebih budget. Rancangan selalu gagal kerana apabila tiba di suatu tempat terdapat banyak pula Sales yang ditawarkan malah tambahan dengan memaparkan passport akan mendapat lebih diskaun atau barang percuma (Tester Produk).

Di Australia tak banyak sangat barang koleksi yang korang boleh beli seperti G-Shock, Tamiya atau Tomica. Ianya lebih kepada barangan atau produk kesihatan dan juga kopi. Kalau pandai cari boleh juga dapat barangan yang anda mahu dengan harga murah. 

Kali ini saya kongsi bersama korang antara barangan yang top kawan orang kirim bila anda menjejak kaki ke negara Australia. Ianya adalah normal, duit aje yang tak normal. Ada yang murah dan ada juga mahal macam nak tampar ajer! Pilihan anda, citarasa anda, hobi anda dan kocek anda. Terpulanglah. Hanya sekadar kongsi sahaja.


1. Starbuck Product

Ini adalah satu barangan collection yang boleh dikatakan sedikit murah berbanding dengan baju T-Shirt Hard Rock. Saya collect Starbuck Tumbler, jadi saya akan pergi ke Starbuck untuk beli Tumbler tu.

Harga untuk sebuah Tumbler ini tak jauh beza pada setiap negara. Lebih kurang dalam lingkungan RM50-RM60, dan anda akan dapat air starbuck bersaiz Tall secara percuma untuk sebarang pembelian barangan Starbuck. 



2. Lego / Nerf / Barbie

Mainan sebegini boleh dikatakan agak murah berbanding di Malaysia dan Singapore. Tak pasti mengapa, tapi bila diperhatikan pada label kebanyakkan barangan mainan seperti Lego dibuat di Vietnam dan juga di China. Anda perlu pergi ke Pasaraya KMart, Target atau Big W. Kadangkala mereka akan buat sales pada barangan mainan sehingga 40% pada weekend atau waktu festival.

Sebelum pergi ke Australia, cuba register didalam email untuk mendapatkan catalog and tick barangan yang anda mahu beli. Kalau dah murah boleh ler beli buat cenderahati pada anak buah atau anak sendiri. Idakk gitu?



3. Cotton On / QuikSilver / Rip Curl  T-Shirt

T-shirt mcm ni belambak ade kat Malaysia tambah-tambah lagi pada butik Cotton On, Quiksilver atau Rip Curl sendiri. Sama seperti Jepun, Uniqlo adalah produk pakaian mereka manakala di Australia pula pakaian seperti summer atau surfing. 

Kedai sebegini boleh didapati di dalam shopping mall pada kesemua negeri mereka di Australia. Kalau di Gold Coast akan ada satu butik besar Quiksilver dengan menawarkan harga mampu leleh. Dulu Quiksilver sangat famous tapi disebabkan peredaran zaman Hipstur dan Wecet, ianya dah mula nampak hambar di Malaysia tapi ianya masih tetap popular di negara Amerika dan Australia kerana mereka menggunakan jenama ini untuk kegiatan sukan x-treme mereka.

Sama juga pakaian jenama Cotton On, kalau ada sales harganya lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia dan kalau untung akan ada edisi untuk Australia. 



4. Perfume

Perfume sememangnya tidak pernah berpisah dengan rakyat Malaysia. Kalau yang travel tu time masuk sikit aje bawak, tapi time nak balik Malaysia macam nak setup kedai dah dibuatnya. Australia adalah salah satu tempat untuk beli perfume dengan harga air mata meleleh selepas Eropah.

Perfume ini korang boleh beli di rangkaian kedai Chemist Warehouse. Korang boleh google kat mana terletaknya Chemist Warehouse . Diorang ni macam kedai Guardian atau Watson di Malaysia, ada dimerata-rata tempat dan kalau nak best, try cari dikawasan tertumpu untuk mendapatkan produk yang lebih banyak. Harga perfume kat sini boleh lawan harga di Mustafa Singapore. 

Kalau macam perfume CK, Dunhill, Essey Miyake, Tommy, Hugo dan seantero dengannya rata-rata lebih kurang under AUD50 / RM150 untuk 100ml. Kalau jenama jenis celebrity tu macam pukul sama rata lebih kurang under RM100 aje... boleh buat body spray dengan sapu ketiak.

Beli dengan kuantiti yang sangat banyak akan menyebabkan anda dikenakan cukai pada kastam di KLIA / KLIA2. 



5. Product Kesihatan

Sama juga seperti perfume tadi, korang boleh pergi Chemist Warehouse yang mana korang boleh beli supplement korang yang selalu beli kat Farmasi ataupun di Guardian. Antara produk yang saya beli adalah Blackmores Garlic Oil atau pun Vitamin C. 

Kalau beli Blackmores jangan risau, nanti akan ada tanda logo Halal (Al-Iman Australia  Society - AIS) pada bahagian belakang sama seperti kita beli di Malaysia. Tapi kalu korang jenis abang sado, produk kesihatan macam protein atau energy tu sedikit was-was kerana dikhuatiri menggunakan bahan larangan dengan agama Islam. Tiada logo Halal dilabelkan untuk produk tenusu seperti itu.

Jangan main bantai aje kalau nak beli, kena tengok sikit labelling diorang.



6. Product Makanan

Makanan yang saya maksudkan adalah seperti coklat dan juga biskut. Kalau korang nak beli coklat, saya sarankan pergi aje ke Coles ataupun Woolworth. Supermarket seakan tesco ataupun Giant ni menawarkan diskaun harian yang kadangkala rase macam nak beli satu rak aje. 

Tiap kali ke Aussie saya mesti cari kedai ni untuk beli coklat jenis M&M, Snickers, atau Mars. 3 jenis coklat ini semestinya Halal. Mana nak dapat bro party pack snickers dan M&M AUD3.00 aje... murah dari Malaysia kot. 

Biskut pula boleh layan Home Brand dari kedai Woolworth. Biskut ni berat dia setengah kilo harganya baru AUD3.00. Kalau untuk ade daily sales, beli 2pax dapat harga AUD5.00. Serius shit sedap dan murah bro biskus coklat chip ni. Pasti yang Halal.




7. Kopi / Tea

Bagi kamu si penggemar kopi, Australia adalah salah satu negara pengeluar kopi terbaik. Maka jangan lepaskan peluang untuk menghirup secawan kopi dengan suasana sejuk dingin yang semestinya awesome! Setiap bandar akan ada sebuah gudang yang menawarkan seperti muzium coklat atau pun kilang pemprosesan kopi.

Kalau korang ade coffee maker kat rumah, boleh ler beli kopi jenis dah siap roasted dan fine blend. Itu lagi best kalau buat  americano coffee. Starbuck di Australia agak kurang popular yer berbanding dengan coffee house local. Ini kerana kopi tempatan mereka lagi power dan lebih murah berbanding Starbuck. Jadi rakyat mereka adalah rakyat yang jenis bijak dan bukan jenis layan Tiktok atau pun Wecat semata-mata untuk tunjuk kaya.

Sama juga dengan tea, tapi jangan terkejut brand Lipton kat Australia sangat popular dan ianya diimport dari Malaysia. Boleh lah kalau beli untuk test power walaupun kat Tesco kita pun ada. Hahahah...



8. Hard Rock T-Shirt


Hampir menjadi koleksi, tapi gagal pasal baju yang saya beli di Hong Kong mula labuh macam jubah muslimah. Bagi korang yang mengumpul koleksi baju HRC, pastinya korang mencari-cari t-shirt mereka ni. Uniknya, korang mudah terjumpa rakyat Malaysia didalam kedai HRC ini dan biasanya Rock Shop ini akan menjadi kaunter informasi untuk bertanyakan tempat atau jalan.

Harga untuk classic logo t-shirt bermula dari RM100-RM150, kalau yang ada design pelik-pelik tu rata-rata dalam RM150. Jangan lupa untuk kumpul pin HRC, dah banyak boleh jual balik dalam Amazon. Kalau nasib baik dapat la ribu-ribu.



9.  Fridge Magnet / Key-Chain

Cenderahati di Australia sememang heaven bro... Kalau di Sydney korang pergi la Paddy's Market. Kat situ jual berlambak-lambak barang souvenir yang perlu diborong. Kalau kat Perth tu pulak pergi ke Megabes Fremantle. Owner orang Sarawak buleh lipat harga diskaun untuk Malaysian.

Harga kebiasaanya akan dipuratakan sebanyak AUD10.00 untuk 6 ketul fridge magnet atau pun dengan harga AUD10.00 juga buleh dapat baju ataupun jaket nipis.

Jika anda nak hadiahkan pada rakan office, jiran mahupun sedara, boleh beli keychain yang ade kangaroo ataupun koala tu. Yang tu memang murah dan cari kedai yang boleh tawar menawar. 



10. Australia Home Made Product

Ini adalah barangan kraftangan yang dibuat oleh warga Australia terutama suku kaum Asli mereka yang datang dari Utara Australia. Barangan sebegini kebiasaanya dibuat daripada bahan kayu serta barangan kulit.

Kalau korang nak rare, korang boleh beli boomerang handmade tapi harga dia mahal sikit. Kejituan function boomerang ini lebih tepat dan hasil yang dikeluarkan lebih berkualiti berbanding membeli di kedai souvenir lain.

Ada juga barangan kulit seperti kasut boot atau pun topi koboi. Kulit yang digunakan adalah kulit kangaroo dan bukanlah kulit khinzir. Barangan kulit ini biasanya dijual pada pasar hari minggu. Kalau tempat kita macam pasar karat atau pun pasar pagi hari Ahad.


This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1