Jalan Jalan ke Legoland, Johor Bahru

Jalan Jalan ke Legoland, Johor Bahru

Setelah sekian lama, baru kali ini kami nak berjalan-jalan ke Legoland. Dulu nak bawak Nazril time dia kecik macm takde point pulak pasal beliau masih belum mengerti apakah itu dengan Legoland. Maka, dah sekolah ni barulah nampak excited nak ke Legoland, tu pun lepas pancing tengok VLog dalam Youtube.


Saya membeli tiket dari website Legoland sendiri kerana ada promotion 1 pair ticket adult + child sempena Star Wars Day di Legoland. Errrr sebenarnya itulah sebab nak ke Legoland sebelum puasa. Ada Star Wars event di Legoland bermula dari 21 April - 13 May. Khusus untuk Star Wars Fan dan beberapa aktiviti yang berkaitan dengannya. Klook.com juga salah satu agent penjualan tiket Legoland yang murah. Tapi korang cuba buat perbandingan dengan web Legoland. Jika diperhatikan, ada section 1-Day Theme Park Ticket : MyKad dimana harga Adult RM149.00 dan Child RM119.00 sahaja. Tiket ini adalah paling murah diantara jenis-jenis tiket yang lain. Gunakan power of our MyKad untuk mendapatkan diskaun yang lebih. 

Maka, tiket untuk kami bertiga adalah RM417.00 dengan tiket masuk 1 Day Theme Park. Saya taknak layan Combo Waterpark dan Themepark pasal confirm tak cukup masa melainkan saya menginap di Legoland Hotel  dan amik 2 Day Pass. Tapi nak bermalam kat Legoland Hotel tu macam senak perut pulak rasanya. Mahal macam nak beli meriam! Jadi saya buat pilihan budget dengan menginap saja di Johor Bahru.

Jika memandu, korang boleh exit highway Plus dari Exit Senai dan terus ke Legoland atau Medini Mall. Saya parking kereta di dalam Medini Mall pasal nak teduh sikit. Kat luar Legoland ada beratus parking area tapi, saya datang hari Jumaat jadi adalah lebih baik parking pada berdekatan dengannya sambil layan breakfast kat foodcourt mereka. Kebetulan pulak pada bahagian entrance Legoland tu ada renovation untuk SeaLife, maka, xdapat ler bergambar pada landmark Legoland Malaysia.... sungguh sedih.


Apa lagi, ayuh berjalan masuk ke Legoland. Berlari dan melompat si Nazril tengok pintu masuk Legoland. Mak bapaknya pon first time nak masuk sini. Tangan ade sikit gengam pasal bapak dia nak tengok Star Wars aje... huhuhuhu... peluh didahi tak payah cakap, baru pukul 10.00pagi dah macam 2.00petang. Kena lepak luar dulu sampai jam 10.00pagi. Pada masa tu, seorang announcer telah pun announce akan ada Star Wars Parade dulu diikuti alunan muzik mereka. Darth Vader muncul dengan costume Darth Vader Lego dan diikuti oleh para Jedi Master, Star Troopers, Captain Phasma dan Chewbacca. Korang dibenarkan bergambar sambil peluk-peluk mereka kalau dah over. 




Dah settle dengan Star Wars tu, saya taknak buang masa terus menuju masuk sambil tengok tengok peta dalam broucher dorang. Jadi, untuk elakkan panas terik sang mentari, pada pintu masuk ini dah dekat dengan Miniland Park. Ada baiknya saya terus layan kesemua Miniland ini yang bertemakan negara Asean. 

Pertama kali akan ada negara Malaysia, Singapore, Myammar, Indonesia, Thailand dan semua negara Asean lah. Tak lupa juga negeri Johor sebagai tuan rumah kepada Legoland. Sebenarnya saya macam nak lepak lama kat sini pasal saya gemar untuk meneliti model-model Lego yang diorang buat. Seperti model KLCC yang tingginya mencecah 5 meter. Fuhhh jenuh nak susun lego macam ni bro...




Lepas tu pulak ada model airport KLIA besar gila termasuklah beberapa bijik kapal terbang. KLIA yang dibina ini merangkumi keseluruhan bangunan KLIA asal termasuklah juga model train ERL dan juga Sky Train untuk ke International building. Dalam bangunan KLIa boleh nampak orang Lego serta kereta dan teksi yang sedang parking didalam kawasan airport. Sangat details juga binaan KLIA ini. Bro Nazril pulang macam nak lepak lama pulak kat KLIA ni, dok tunggu bila ERL tu nak gerak... adusss




Second miniland yang besar adalah model negara Singapore. Ini pon hampir kesemua model mereka besar-besar termasuklah Ferris Wheel yang bersebelahan dengan landmark bangunan Singapore. Pada bahagian tepi pulak ada perlabuhan kapal yang saya tak pasti negara mana, samada Klang Port ataupun Singapore punya. Ini pun besar gila jugak malah ada beberapa bot dan kapal kecil yang lain boleh bergerak dengan tali yang diikat pada model Lego. 




Sememangnya sangat tabah dan tekun pekerja dan peminat Lego yang menyiapkan Miniland ini. Awesome guys... tidak mengecewakan langsung. Kerana cuaca dah mula mencucuk-cucuk, saya terpaksa meninggalkan Miniland. Kiranya saya mampu lepak kat miniland seharian tapi kesian kat anak, panas terik beb. Cuaca sedikit berawan dan cerah adalah waktu  terbaik untuk ke Legoland ini. Kalau hujan lebat dan petir pihak Legoland berhak untuk tutup thema park dan water park mereka.



Yang ditunggu pasti akan tiba, saya terus mengheret anak dan wife saya masuk menyejukkan badan kedalam Star Wars Arena. Pada pintu masuk akan ada sedikit tayangan Star Wars Lego dimana Darth Vader mengupah Boba Fett untuk membunuh JarJar Bink yang bertugas sebagai cleaner. Kalau korang xnak layan movie 3 minit pon xde masalah, jalan terus masuk ke pameran.

Mulanya saya tidak perasan, display pertama mereka memaparkan sebuah istana Padme Amidala seperti mana Star Wars Episode 1. Seterusnya pada bilik kedua dipaparkan pula pameran peperangan Clone Attack seperti Star Wars Episode 2. Ahha baru saya perasan rupanya diorang ingin menyampaikan cerita episode to episode dengan cara Lego display. Terbaik la bro... 



Yang saya rasa best dalam Star Wars Arena ni adalah Lego Millennium Falcon yang besar gila diorang buat dan juga AT AT Walker 2 biji. Millennium Falcon tu pada kiraya ada dijual di pasaran komersil dengan ukuran 1.5m X 1.0m dengan harga beribu ribu ringgit Malaysia. Kalau berjaya pasang, besarnya bersamaan dengan meja makan untuk 6orang bro... 



Juga terdapat sebuah Lambda Class Shuttle seperti didalam cerita Star Wars Episode 6. Spaceship ini dibiarkan pegun diatas dek yang dibina ketika peperangan First Order dan puak Ewoks. Model ini juga dijual pada pasaran komersil dengan harga beribu ribu ringgit Malaysia.



Pada akhir pameran ini, mereka paparkan sebuah scene peperangan didalam Series Star Wars - The Clone Wars. Boleh dikatakan hampir kesemua model yang dipaparkan didalam Star Wars Arena ini dijual di pasaran dunia, kalau xada di BrickStore korang boleh beli online cuma duit kena tebal sikit. Nak murah kita beli chap Lepin ajer.

Badan dah sejuk kat dalam Star Wars Arena ni, maka, mari panaskan balik dengan jalan keluar. Kat luar, kami follow maps Legoland yang akan membawa kami ke The Kingdom. Pertengahan jalan menuju ke The Kingdom ada dua roller coaster, satu untuk beginner dan satu lagi sedikit advance. Walabagaimana pun kanak-kanak dibenarkan menaiki kedua-dua roller coaster ini jika melebih tinggi yang ditetapkan, tak silap saya tinggi perlu lebih dari 100cm. Kurang daripada tu hanya boleh naik kuda kepang lego ajer.





Sedikit rugi saya tak sempat masuk didalam The Kingdom pasal bro Nazril dah nampak permainan kuda dengan coaster yang berpusing-pusing. Puas dah pujuk masuk Kingdom tak nak jugak, maka terpaksa mengalah dan kami layan ler coaster kat luar tu. Sekitar sini ada beberapa gerai yang jual makanan dan minuman. Sambil tunggu dia main coaster boleh ler layan lepak minum air dulu.

Dah habis layan kuda kepang lego, kami meneruskan perjalanan menuju ke Imagination, tempat ini sangat heaven pasal ianya adalah tempat ada aircond. Dalam imagination ini adalah satu kawasan untuk mencipta kreativiti kanak-kanak dengan membina barangan lego menjadi satu ciptaan yang unik dan menarik.

Barangan lego seperti Duplo, Lego Technic dileraikan dan dibiarkan pada meja khas untuk kanak-kanak bina kreativiti mereka. Ada dua track untuk race car, hanya perlu meminjamkan set tayar kereta lego di kaunter (percuma kena tulis nama) dan bina sebuah race car anda sendiri. Bila dah siap boleh race kereta drag pada track yang disediakan. Agak lama la kami lepak kat dalam Imigination ni untuk sejukkan badan, rasa macam nak baring ajer pasal tak ramai orang pon.




Bagi korang yang dok tengah tunggu anak-anak korang dok main lego tu, boleh ler rajin-rajinkan diri membaca sejarah Lego yang diorang gantung kat dinding. Seolah time-stone menceritakan sejarah permulaan mainan Lego sampai la wujudnya Legoland dan Legoland Resort. Nak lepaskan anak kat sini surely safe asalkan diorang tak berlari keluar dari bilik tu. Sejuk bhai kena aircond, tu yang rasa mata nak lelap aje.

Hampir sejam juga saya lepak dalam Imagination ni, maka kena teruskan perjalanan tatkala matahari dah pacak atas kepala. Next stop adalah menuju ke Legoland Towers, tapi rupanya berhadapan dengan Imagination tu ada Playtown. Playtown ni macam produk Duplo (Lego besar untuk kanak-kanak kecil) dimana dorang jadikan sebagai sebuah playground. Bro Nazril layan main kat playtown ni, teduh pasal ditutupi dengan kanvas tapi panas tak ada angin yang lalu. 

Playtown ni ada la bertemakan hospital, police station, fire station, Zoo pon ada dan menarik ada keretapi mini untuk parent dan anak anda naik dalam satu seat. Tak ada orang langsung dalam Playtown ni pasal haba bawah canvas macam bilik sauna beb. Dah naik keretapi mini terus ajak bro naik Tower. Dalam tu ada aircond.




Untuk naik Tower ni tiada had ketinggian pasal ianya bukanlah jenis permainan roller coaster mahu pun spaceshot. Ianya adalah tower untuk panorama 360 keseluhuran kawasan Legoland, ala-ala tower Taming Sari Melaka tu. Nk masuk ini tiada bayaran dikenakan, apa yang korang bayar tiket tu semuanya dah include kecuali korang purchase makanan, minuman ataupun cenderahati seperti gambar.

Dah naik Tower ni pastikan memilih seat dibawah aircond. Fuhhh memang layan beb panas-panas kena aircond direct... sememangnya layan bro. Rasanya ride Tower ni dalam 5-10minit macam tu lah kot, dia buat 2 kali pusingan 360 dan terus turun. Kalau tak puashati boleh beratur balik dan naik sekali lagi untuk beberapa kali sampai ler korang puas.




Selesai sejukkan badan, jika berkesempatan korang boleh sambung sejukkan badan dengan layan 4D Cinema bersebelahan dengan tower tadi. Ada tayangan movie lego didalam mengikuti masa dan ianya dalam bentuk 4D. Terbaik bro bila nak layan, tapi saya tak masuk dalam ni, masanya berlainan dan kena tunggu jika wayang dah start. Malas nak tunggu tengah panas ni.


Korang boleh layan makan tengahhari di salah satu restoran Legoland iaitu Pizza Mania. Pizza Mania bersebelahan dengan 4D Cinema. Kat sini bro dah mula buat perangai xnak makan pulak pasal dok mintak nak naik train. Sebenarnya dari tadi lagi bro Nazril nampak train yang lalu tapi saya belum kasi naik lagi kerana station dia sedikit jauh dari perjalanan kami. Maka kami skip makan kat sini pasal menu adalah Pizza dan Itallian saja. Pastinya tak ada nasi dalam Legoland ni cuma kami dah lapik perut sebelum masuk tadi. Jadi kami beli ice cream depan Imagination sambil layan tengok orang

Perjalanan diteruskan, pada bahagian kiri terdapat Land of Adventure, tempat ini seolah memasuki kawasan adventure dan juga terdapat roller coaster yang terjun dalam air tu. Saya sendiri tak memilih untuk masuk dalam ni pasal ianya panas dan nanti basah lenjun walaupun diberikan cover. 

Lebih baik saya meneruskan meuju ke Ninjago yang pastinya tempat yang da aircond dan sejuk. Dalam Ninjago ini ada 4D Coaster dan Show. Show mempunya masa yang ditetapkan dan tak ingat jam berapa, ianya tertulis pada pintu masuk Castle Ninjago. Untuk 4D Ride tu korang hanya beratur dan bila dah habis timing terus boleh layan ride. boleh la kalau nak keringkan ketiak sekejap.



Dah habis level di Ninjago kami singgah makan sekejap sebelum masuk ke Lego City. Ada sebuah gerai kecil di belakang Fire Station yang agak best nak lepak. Gerai ini redup dibawah pokok dan ada kipas sembur air yang best macam kedai mamak. Harga makanan dalam ni memang mahal tapi harga minuman bagi saya macam berbaloi. Bro Nazril tak makan chicken wings apa bagai ni jadi saya kena beli nuget ayam bersama fries. Harga nuget ayam + fries tu adalah RM22.00 termasuk air ice lemon tea saiz besar. Kalau korang beli burger atau chicken wings harganya lebih kurang RM33.00 keatas.



Lepak layan makan nuget, kami sambung last part untuk Legoland. Lego City adalah sebuah kawasan open space yang tiada teduhan kasih sayang mahupun aircond. Jadi disini ada banyak pokok dan kipas macam ala helikopter tu. Laluan pejalan kaki juga dibuat marking seperti jalanraya sebenar cuma bersaiz kecil.

Pertama, saya main sukaneka padam kebakaran yang sungguh durjana. Permainan ini memerlukan tenaga kudrat yang sungguh tinggi kerana, korang perlu pump tombol fire engine untuk menggerakkan jentera korang tiba di destinasi kebakaran. Dah tiba kat destinasi korang kena pump lagi air untuk anak korang padam kebakaran pada dinding tu. Ingatkan dah settle, time balik korang kena pump lagi jentera tu untuk balik ke station. Gila bro.... basah spender beb buat sukaneka macam ni tengah-tengah panas ni. Sakit pinggang aku bro! Elakkan bermain permainan ini melainkan korang ada ramai geng. Sungguh siot beb...




Arghhhh memang penat ahhh main game tu... saya hantar anak saya gi main Airport City main go-round ala aala kapal terbang. Sementara tu boleh ler saya amik nafas penat lelah jadi bomba tadi. Dalam Airport City ni da Flight go Round yang anak-anak boleh naik dengan parent. Dia pusing-pusing kasi pening kepala ajer tu. Tiada menarik pun ditambahkan dengan angin panas.



Settle layan mini flight, tibalah masanya untuk tunaikan janji pada anak untuk naik train. Time ni jugak la bro Nazril cakap ngantuk nak tidur... aduhai anak oi.... sabar ajo ler. Cepat-cepat pujuk cakap nak naik train, hilang ler sekejap ngantuknya. Faham, mungkin dah penat dok berjalan. 

Legoland Express ni masih terletak di dalam Lego City, rupanya train station ini hanya ada satu station sahaja. Maksudnya naik dan turun ditempat yang sama. Jadi baik juga ler naik untuk hilangkan penat berjalan kaki. Duration menunggu train lebih kurang 15minit. Orang ramai ker sikit ke train tetap jalan juga pasal itu adalah kerja dorang untuk jalankan train tersebut. Ride lebih kurang 10-15minit yang melalui balik kawasan kawasan didalam Legoland tadi.




Ternyata, bro sangat sukakan train... tak jadi nak tidur walaupun kena tiup angin time naik train tadi. Malah ternampak pula tempat orang main kereta. Lagi ler dimintaknya untuk kesitu.

Dah tiba balik ke station yang sama, mentari masih lagi terik mencucuk kulit. Kami terus ke Nissan Driving School sebagai last visit untuk Legoland Theme Park. Kat sini kawasannya agak besar kerana ada dua section driving school. Ianya ditaja penuh oleh Nissan Tan Chong Motors. Untuk anak anda yang pertama kali ke Legoland, anak anda perlu mengambil lesen junior terlebih dahulu. Bergambar untuk muka lesen, dan benarkan anak anda memandu kereta lego eletrik dalam circuit berbentuk oval. Caranya macam lebih kurang main kereta eletrik kat shopping complex RM10.00 15minit tu ler.





Dah buat 2 3 round confirm ler lulus... kalau anak korang layan, suruh ler dia bawak sampai dia rasa bosan. Bila dah bosan main kereta tu, boleh dapatkan lesen memandu. Kalau nak lesen memandu dalam bentuk kad, kena la bayar RM25.00. Kalau xbayar tinggalkan saja sebagai kenangan indah. Har har harrr...


Bila dah dapat lesen ni, boleh ler upgrade level ke City Driving School yang saya cakap besar tadi. Dalam ni siap ada traffic light serta pedestrian crossing. Ada banyak junction dan round about, parent tidak dibenarkan masuk dan setiap pemandu harus berada didalam kenderaan. Saya perhatikan ramai aje budak-budak bawak dah macam main kereta bumpy car pulak... macam syiokkk jer tengok. Nice...

Settle semua pusing-pusing di Lego City, last skali kami singgah di Big Shop kononnya nak beli ler barang Lego seketul dua. Harganya macam lebih kurang dengan Brickstore kat tempat lain, takde pulak diskaunnya... hampeh btol... Nasib baik bro Naril xde nak minta itu ini, selamat ler kocek abah ko ni. Lupa nak cerita, kalau korang ke tempat seperti Star Wars, The Kingdom, Ninjago, Imagination, sebelahnya mesti akan ada kedai jual Lego dan produk berkaitan dengan temanya. Jadi jika korang berkenan dengan sesebuah Lego pada tempat tu korang kena beli pasal di Big Shop tak semua produk tersebut ada. 





Saya tak beli apa pun, terus ajak balik dengan hati yang senang lenang. Check-out pada pintu masuk tadi dan terus menuju ke Medini Mall. Lepak minum sekejap dengan beli barang sikit untuk tapau balik ke JB.

Secara keseluruhannya , Legoland ini sangat berbaloi dan puas hati bawak anak kesini. Kena pastikan anak anda dah besar dan mencecah 100cm untuk mendapatkan full ride dan akses jika nak main mainan seperti coaster, mini train dan apa-apa lagi yang berkaitan. Sebab tu tiket untuk under 3 years adalah percuma pasal kompem budak-budak 3 tahun xcecah 100cm. 

Sila semak kajicuaca sebelum datang kesini, kalau selalu hujan pun xbest juga pasal susah nak berjalan walapun beberapa section mempunyai tempat berteduh. Legoland adalah konsep open area dan pastinya ia akan panas terik bila sang mentari tegak diatas kepala.


Berikut adalah beberapa tips untuk ke Legoland :

1. Sila pastikan anak anda mencecah 100cm keatas untuk mendapat full ride dan akses pada mana-mana mainan di dalam Legoland. Kurang daripada tu boleh datang, cuma banyak dapat tengok ajer lah.

2. Parking di Medini Mall lebih selesa kerana ada banyak kedai makan seperti KFC, Burger King dan kedai runcit News. 

3. Buat perbandingan pembelian tiket didalam website Legoland dan juga mana-mana travel agent seperti Klook untuk mendapatkan diskaun lebih.

4. Makanan dan minuman seperti periuk nasi bertingkat tidak boleh dibawa masuk. Tapi kalu dimasukkan didalam bekas kecik-kecik lepas ajer untuk penjimatan lebih.

5. Sila bawa payung bersama dengan anda untuk standby jika tiba-tiba hari hujan atau boleh digunakan untuk cuaca yang sangat panas.

6. Sila bawa baju anak lebih dan memakaikan pakai yang jenis nipis. Agak-agak dah lenjun sangat boleh tukar baju dibilik persalinan / bilik air.

7. Kalau malas mendukung, bawak stroller anak pasal pasti dia akan malas jalan dah terutama jika anak 3-6 tahun tu. Penat bro... kita yang tua ni pon terasa sakit kaki. Kalau malas bawak boleh sewa ajer. Single RM56.00 and Double RM76.00.

8. Kalau beli makanan, dia akan dapat satu set bersama air besar. Korang tambahkan sikit modal beli air dalam botol. Jika air dah habis dalam cup, boleh mintak ais dan tuang air dalam cup tu... Fuhhhh terasa kesegaran minum air sejuk tengah tengah panas.

9. Bagi mak ayah pulak, dress as casual dan pakai sport shoe. Tak perlu nak pakai kasut high heels macam fashion show. Sakit kaki tiada gunanya.

10. Bilik air bersepah-sepah dan dimana saja ada, surau ada 2 iaitu di Entrance dan juga di sebelah restoran Pizza Mania.

11. Tempat merokok adalah terhad, tapi ada jangan risau. Rokok tidak dijual didalam Legoland. Sila beli siap-siap. Saya tak merokok.

12. Skateboard, skooter budak dan basikal tidak dibenarkan bawak masuk atas sebab keselamatan. Untuk sewaan juga tak ada, yang ada hanya stroller sahaja. Kecuali Wheelchair yang dibenarkan masuk.

13. Bila cuaca panas, banyakkan anak minum air dan belikan ais krim untuk menyejukkan badan. Ini dapat mengurangkan diorang demam keesokkan harinya.

14. Storage untuk menyimpan handbag ada di bahagian entrance. Eloknya simpan didalam storage dan bawa wang untuk pembelian didalam Legoland. Menjadi kebiasaan ibubapa letak barang dalam stroller anak, dan tak kesemua tempat boleh bawak masuk stroller. Banyaknya kena parking di kawasan yang disediakan.  

This is Awesome guys.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1