Kembara ke Europe : Munich - Prague (Day 8)
Kembara ke Europe : Munich - Prague (Day 8)
Memasuki hari kelapan ni badan mula rasa sakit urat disebabkan dok berjalan-jalan tanpa henti. Makan panadol dan rehat secukupnya pada waktu malam adalah ubat yang terbaik. Di Munich, kami menginap di hotel dan tidak boleh memasak malah nak masak air pon tak ada kettle, nak kena mintak turun bawah tempat restoran mereka dan amik air sendiri.
Perjalanan hari ini adalah ke negara Republic of Czech yang jauhnya lebih kurang 388km dan kali ini pemanduan tidka terlalu letih kerana ianya melalui 80% highway dari Germany masuk ke Czech. Negara Republic of Czech adalah salah satu negara dalam bucket list saya semasa saya menonton cerita bersiri James Bond lakonan Daniel Craig. Menjadi lumrah cerita James Bond, sekejap kat London, sekejap kat Austria, Switzerland lepas tu tah mane-mane tah dorang pergi.
Negara Czech adalah sebuah negara Kesatuan Eropah (EU) tetapi mereka mengunakan matawang sendiri iaitu Czech Korona atau Czech Crown (CZK). Apa yang saya research sebelum pergi dan saya dapati bahawa negara ini adalah sebuah negara taraf hidup yang lebih rendah berbanding negara jiran mereka dan scam yang agak tinggi juga. Jadi awal-awal lagi saya dah pesan pada team member supaya berhati-hati dengan passport dan juga wallet.
Dari Munich menuju ke Prague melalui highway No.5 Germany dan bila tiba di sempadan, kami perlu membeli Czech Toll Vignette (Pass toll) sama seperti di Switzeland cuma bezanya harga lebih murah iaitu CZK310 untuk kegunaan 10hari. Toll ini boleh dibeli di station minyak berhampiran di sempadan dan tampal terus di cermin kereta.
Dalam sepanjang perjalanan agak berbeza jika nak dibandingkan dengan Germ,any dan Amsterdam, di Prague sedikit kotor dan keadaan highway seperti sudah lama tidak diselenggarakan seperti rumput yang agak panjang dan keadaan highway yang menyebabakan pemandu tidak berapa konfiden untuk memecut. 10km sebelum tiba di Prague, kami membuat persinggahan ke Tesco Extra untuk menambahkan bekalan makanan memandangkan kami akan bermalam di guesthouse untuk 1 malam.
Menariknya di Czech (atau di Tesco Extra Prague), rata-rata harga barangan di dalam Tesco ini lebih kurang dengan harga Malaysia malah ada beberapa barangan seperti keperluan dapur lebih murah dari Malaysia. Ini adalah sangat serius dan saya tak tipu. Kami membeli beras 1kg jenama Tesco dengan harga CZK23.00 - bersamaan RM4.40! Gile ahh... Udang frozen 1kilo pon dalam RM18.00 ajer. Yang syaa paling tak tahan adalah baju sejuk Winter kanak-kanak, semuanya harga tidak lebih dari RM80.00. Jarang nak jumpa baju sejuk di Tesco Malaysia - pasai apa tak jual walaupun Malaysia panas? Paling tidak orang boleh beli untuk gi jalan-jalan luar negara.
Siap pembelian ala-ala makcik, terus menuju ke guesthouse pasal host dah tunggu dirumah untuk sesi perkenalan. Di Eropah kebanyakkan gueshouse, tuan rumah akan greeting kita di entrance sebagai tanda hormat dam welcoming. Jangan terkejut jika mereka hadiahkan kamu Wine dan Beer didalam peti sejuk. Rumah jenis apartment ini memang cantik dengan dekorasi ala-ala hipster, kebanyakkan barang digunakan dari barangan Ikea.
Tanpa membuang masa, The Chef memulakan tugas untuk makan tengahhari sementara kami berehat dan solat jamak. Menu tengahhari adalah Magi Goreng dan Telur. Terbaik bro. Tak sia-sia bawak chef time musim sejuk ni. Makan macam dah 3minggu tak jumpa makanan pulak depa ni, asal letak je habis, asal letak je settle.
Prague - Kota Cinta, Kota Sesak
Host gueshouse juga memesan tolong berhati-hati di sekitar kawasan tumpuan orang ramai kerana terlalu banyak kes pick-pocket serta wang palsu di Prague. Awal-awal lagi saya meletakkan dompet pada sebelah depan dan passport berada didalam kocek jaket belah dalam. Untuk keselamatan seeloknya galas beg pada bahagian hadapan. Sebelum itu juga saya juga pernah menonton siri Scam City dalam Nat Geo People - salah satunya adalah di Prague dimana mereka gemar menukarkan wang palsu kepada kita. Korang search Scam City Prague dalam Youtube nanti.
Dulu ada orang cakap Prague adalah salah satu bandar ikonik dunia yang cantik yang sangat sesuai untuk pasangan romatis datang kesini selepas Paris. Bandar ini terkenal di Eropah kerana satu-satunya bandar kurun ke 16 yang tudak dimusnahkan dalam Perang Dunia ke-2. Oleh itu, memang banyak bangunan lama yang anda boleh lawati dan permandangan yang cantik sepanjang persisiran sungai.
Ahaa.... bagusnya Prague, korang boleh menaiki Trem / Train didalam bandar secara percuma, tidak perlu membayar tiket. Errr kalau nak bayar boleh juga tapi xde mesin atau orang sahkan tiket anda. Kami membuat persinggah di Prague Castle untuk mendapatkan view seluruh bandar Prague. Pemeriksaan bag dan badan dibuat oleh askar bertugas sebelum memasuki Prague untuk keselamatan. Macam nak naik flight dah beb.
Kami sempat juga tengok askar mereka berkawad dalam sesi pertukaran pengawal. Memang awesome cara mereka bertugas. Macam pengawal Kota London yang menjaga istana mereka. Menuruni bukit istana ini terdapat sebuah Starbuck, sila singgah disini kerana inilah Starbuck paling rare pernah saya kunjungi. Ianya menggunakan bangunan lama yang tingginya 4 tingkat. Paling atas adalah tempat minum dan lepak dengan view bandar Prague dan di tingkat tengah tempat barisa dan bawah tanah adalah restroom dan tempat lepak. Awesome! Terus beli Starbuck Signature Tumbler berharga CZK320.00
Berjalan kaki menuruni bukit dengan jalan berbatu bata seperti cerita Notre Dome, keaslian jalanraya berbatu dan bangunan klassik dikekalkan dan keadaannya masih utuh dan teguh menambahkan lagi suasana yang cantik dan hebat. Laluan tram di tengah-tengah jalan membuatkan diri ini mula jatuh hati di Prague.
Saya nak menuju ke Prague Old Town kerana di dalam ini tersdapat banyak bangunan lama serta terletaknya Astronomical Clock serta Hard Rock Prague. Untuk kesana saya perlu melintasi sungai melalui Charles Bridge. Disini, keadaan orang sangat sesak. Ramai tour guide yang sedang sibuk mengulas cerita sejarah tah ape tah dan tak kurang juga couple-couple yang sedang berselfie.
Bila tiba di penguhujung jambatan Charles Bridge, suasana semakin sesak. Ramai juga kelibat orang Asia terutama orang Korea dan China. Kami cuba melarikan diri dari keadaan sesak yang berganda ini. Pada kiri kanan bangunan terdapat banyak kedai cenderahati yang memanggil-manggil untuk dibeli. Saya teruskan perjalanan menuju ke Hard Rock Prague.
Bagaikan lepas berak bila tiba di Hard Rock ini pasal orang ramai mulai berkurangan. Apa lagi, sapu baju HRC versi Prague la dulu pasal ianya adalah super rare! Amsterdam, London, Paris terlalu mainstream - Prague dan Budapest adalah rare! Rehat seketika sementara menunggu team member shopping dan ambil masa ini untuk ke toilet mereka yang selesa bagi melepasklan hajat.
Kalau korang nak beli cenderahti seperti magnet fridge dan keychain boleh beli dalam town ini pada mana-mana kedai. Harga magnet bermula sekitar CZK80-100 dan keychain pula CZK50.00-70.00. Lebih murah daripada Germany dan Swiss.
Tidak jauh dari HRC, terdapat sebuah Astronomical Clock yang dibina sekitar tahun 1400. Memang lama yer. Dalam sejarahnya, pencipta jam ini telah dibutakan matanya kerana pemerintah khuatir adanya jam lain di dunia ini. Disebabkan ini, pencipta jam telah merosakkan jam dan ianya tidak boleh digunakan lagi sehingga ke tahun 1572. Jam ini berfungsi dengan menunjukkan masa dan juga kedudukan bulan dan matahari pada setiap tahun. Time saya datang ni depa tengah buat maintenance pada bahagian tepi jam.
Habis kelas sejarah, kami menaiki trem menuju ke Dancing House. Terlalu banyak trem didalam bandar Prague ini untuk memudahkan perjalanan. Oh ye, dalam bandar Prague ini tidak disyorkan memandu kereta pasal jalanbatu yang sempit dan berkongsi dengan tram. Ianya ada trafik light yang korang perlu faham lampu merah dan hijau mereka. Ada hijau yang tak boleh jalan kerana trem yang lalu dulu dan ada merah boleh jalan pasal trem yang kena stop. Sebab itu kami hanya jalan kaki dan naik trem saja. Malah ianya percuma - hahahaha tak bayar.
The Dancing House ni adalah sebuah bangunan dengan reka bentuk yang menarik. Dibina oleh arkitek Vlado Milunić, Frank Gehry - bangunan ini bukan bangunan klasik atau tradisional, tapi dibina separa moden untuk kesenian. Tak lama pun kami bergambar disini, terus menaiki trem menuju balik ke guesthouse pasal perut dah lapar.
Di rumah, The Chef Usop menjalankan tugas sementara kami rehat dan solat terlebih dahulu. Maka penutup perjalanan di Prague adalah versi terbaik. Ini adlah salah satu kota yang mungkin saya akan kembali lagi.
This is Awesome dude.
Comments