Kembara ke Europe : Wolhusen - Fussen - Munich (Day 7)

Setelah 2 hari 2 malam berada di negara Switzerland, tiba masanya untuk check-out dan menuju masuk kembali ke Germany. Agak berat hati ini nak meninggalkan Switzerland kerana keindahan dan ketenangan dunianya.
Team member agak keberatan nak bangun pagi mungkin kerana penat full throttle untuk di Switzerland. Nak tak nak perjalanan perlu diteruskan lagi. Persiapan bekalan makanan pagi diuruskan oleh The Chef Usop serta beberapa bekalan ringan sementara untuk ke Fussen Germany.
Perjalanan hari ini jaraknya adalah 383 km dengan tetapan Google Maps dan kami akan membuat beberapa persinggahan iaitu di Rhine Fall dan Neuschwanstein Castle sebelum memasuki ke bandar Munich.
Persinggahan pertama adalah untuk sarapan pagi ala English di Rhine Fall, sebuah air terjun besar yang bersempadan diantara negara Switzerland dan Germany. Malangnya, bila tiba di Rhine Fall, suhu disini mencecah 5 Celsius yang menyebabkan kami tidak mampu untuk makan dengan angin air terjun yang bertiup kuat. Gigil pulak tangan dengan sejuk macam ni. Maka, pilihan untuk makan di dalam kereta adalah keputusan yang terbaik. Lagak macam mat salleh ajer.
Tak lama pun disini, sarapan pagi dan bergambar terus menuju ke Neuschwanstein Castle di Fussen. Tiba di sempadan negara, kami ditahan untuk semakan passport dan ditanya beberapa soalan oleh pegawai imigresen. Ya di Europe memang tiada sempadan seperti cop passport, akan tetapi jika masuk keluar Switzerland akan ada pegawai ini untuk semakan passport. Tiada cop yang dilakukan hanya semakan sahaja untuk pengesahan.
Perjalanan agak jauh melalui tepi tasik Lake Constance sememang mengagumkan. Sebenarnya ada juga jalan lain yang melalui Austria tapi saya memilih jalan kampung untuk menikmati permandangan tasik ini. Pastinya tidak menyesal dan sepanjang jalan ini juga melalui beberapa buah kampung Germany yang bersih dan tenang seakan masih berada di Switzerland.
Dari jauh dah boleh nampak Neuschwanstein Castle berdiri megah diatas bukit yang dikelilingi kawasan kampung yang tenang. Mengikut papan info yang saya baca - Istana ini dibina pada sekitar abad ke 19 sebagai rumah rehat kepada Raja Ludwig. Saya tak tahu apa sejarah silam istana ini dan yang saya tahu serba sedikit ianya adalah salah satu sumber inspirasi kepada ciptaan istana Disney Sleeping Beauty. Tidak hairanlah mengapa castle Disneyland seakan Neuschwanstein Castle. Tiada bayaran masuk untuk bergambar sekitar kawasan kecuali jika anda masuk kedalam istana untuk Castle Tour.
Korang boleh jalan kaki dari bawah sampai ler ke atas ini - lebih kurang 30minit termengah mengah. Ada juga kereta kuda tapi macam atuk-atuk dengan cucu ajer yang naik. Malu pulak nak naik kereta kuda ni malah ianya kena bayarlah bukannya free.
Settle di Neuschwanstein Castle terus menuju ke bandar Munich yang masih jauh nun disana. Pilot 1 ditukar ganti oleh Pilot 2. Perlahan-lahan menuju ke kota Munich dengan cuaca yang sangat baik.
Setiba di pinggir bandar Munich, auto-bahn memasuki Munich mula perlahan pasal dah banyak kenderaan yang orang pulang bekerja. Disini kami membuat booking hotel kerana rata-rata Airbnb sangat mahal di dalam bandar Munich. Hotel Brecherspitze menjadi pilihan hati kerana ianya murah dan tidak terlalu jauh dari bandar. Proses check-in berjalan seperti biasa - kami drop luggage di dalam bilik, solat dan terus menuju ke Stadium Allianz Arena . Difahamkan stadium ini adalah home kepada Bayern Munich FC tu.
Tidak jauh dari bandar Munich, simbol Allianz kelihatan dengan megahnya dengan latarbelakang lengukungan putih membaluti stadium mereka. Besar dan hebat kejuruteraan yang mereka lakukan demi bola sepak tercinta. Cuaca ketika ini mula menampakkan tanda-tanda hujan dan mula berangin. Langkah menuju ke stadium dipercepatkan supaya sempat balik sebelum hujan lebat. Berangin dan sejuk tiada tolok tandingnnya.
Terdapat Megastore Bayern FC didalam ini dan ada juga Stadium Tour. Stadium Tour tu kena bayarla macam korang masuk Stadium MU kat Manchester tu. Masuk kedai mereka jawabnya kena paw laa. Macam-macam barangan FC yang dijual dan yang paling tidak diterima akal adalah peralatan dapur seperti kuali dan sudip memasak. Memang padu! Bagi yang betul - betul fan boleh ler korang beli satu kedai ni bawak balik rumah.
Perut mula lapar untuk makan malam, maka kami terus menuju masuk ke bandar Munich yang sedikit sesak dengan kenderaan. Saya agak pelik juga di Munich ni pasal peragaan dan pemakaian orang disini memang berbeza dengan apa yang saya lihat di Cologne dan Frankfurt. Mereka berpakaian dengan lebih kemas dan kebanyakkan kereta yang parking di bandar ini boleh dikategorikan sebagai mewah dan eksotif. Korang bayangkan la Panamera, Ferrari, Aston Martin parking tepi jalan yang bermeter ajer dan bukanlah vallet parking.
Kami singgah di sebuah gerai Doner Kebab yang tidak jauh dari Hard Rock Munich, inilah tujuan asal untuk ke Munich. Hari pun dah mulai malam dan gerai-gerai mula tutup. Malam memang mati di Eropah ni, jadi korang kena pandai budget masa jika nak pusing-pusing bandar. Selepas makan saya menuju ke Ria Money Exchange untuk menukarkan duit Czech Koruna (CZK). Agak susah juga nak dapat pasal kedai banyak tutup. Nasib baik Ria ini buka, kalau tak masak nak kena tukar di Czech. Memang tak disyorkan tukar duit CZK di Czech kerana banyak penipuan. Elok tukar di kawasan sempadan sebelum masuk ke Czech.
Hujan sedikit lebat mulai membasahi bumi. Tiada tempat lagi untuk dituju pada waktu malam ini, maka balik ke hotel adalah perkara yang terbaik.
Tiba di hotel - merehatkan badan - mandi, solat dan tidur adalah perkara yang sangat indah. Team member kesemuanya tidur awal kepenatan.
This is Awesome bro.

Comments