Kembara ke Europe : Amsterdam - Brussels - Antwerp (Day 2)

Pagi yang Mendung
Alhamdulillah team kami sihat dan tiada symptom Jet Lag walaupon mata tak boleh nak lelap pada tika jam 2.00pagi di Amsterdam. Mungkin ini yang dinamakan home sickness dimana sistem badan dah mula bekerja pada waktu Malaysia. Bancuh air nescafe segelas, rupanya si Syed dan Yusop pon tak boleh lelap, elok sungguh join saya untuk mengeteh kat ruang tamu kat bawah. Aha rumah yang saya sewa ni sangat awesome pasal dia rumah 3tingkat dan agak luas. Borak-borak santai sambil menunggu waktu Subuh.
Perjalanan hari ini adalah menuju ke Brussels Belgium, Antwerp Belgium dan patah balik ke Amsterdam Netherlands dengan anggaran lebih kurang 469km. Saya sebagai co-pilot driver Team 2 mula menyiapkan barangan serta kelengkapan file untuk urusan sewa kereta. Booking Confirmation, Passport serta lesen memandu disemak berkali-kali supaya tidak tertinggal. Barangan ini perlu disediakan semasa proses pengambilan kereta sewa untuk memudahkan kerja pengurusan mereka.
Menuju ke station Koog ann De Zaan sememang sedikit mencabar kerana suhu masih lagi sejuk sekitar. Proses membeli tiket sekali lagi agak leceh pasal tak ada mesin yang menerima cash, maka kami beli menggunakan kad kredit saja. Naik train Sprinter menuju ke Central dan interchange di Sloterdijk terus ke Schiphol Airport, kalau ikutkan harga tiket adalah 4.80 Euro. Pertukaran train tidak begitu rumit, hanya tanya saja pegawai dan ditunjukkan arah platform. Mudah untuk berbahasa Inggeris.
Tiba di Schiphol Airport kami perlu ke terminal bas kerana syarikat sewa kereta Green Motion tidak terletak didalam terminal Airport. Dia hanya bagi arahan dan guide untuk ke pejabatnya saja. Kami perlu menunggu bas pada terminal 3 dan menaiki bas Schiphol-Rijk Express dan berhenti pada hentian pertama di Green Motion/Quick Parking. Follow saja guide dan berbekalkan google maps di tangan. Seperti tertulis, kami tiba di Green Motion Car Rental.
Salah Faham atau Penipuan Green Motion
Tiba di pejabat Green Motion, kelihatan sepasang suami isteri 40-an warga Amerika sedang menunggu pejabat dibuka atas urusan pengambilan kereta juga. Mereka adalah orang pertama dan kami adalah yang kedua. Dalam masa mereka berurusan saya sempat meronda dalam kawasan Green Motion ini. Selepas itu berlaku sedikit pertengkaran kecil diantara pasangan itu dengan pegawai Green Motion.
Ceritanya kerana sepatutnya mereka mengambil kereta semalam akan tetapi flight mereka delayad dan menyebabkan mereka terpaksa bermalam di Schiphol Airport kerana tiba pada jam 12tgh malam. Yang menjadikan mereka marah kerana Green Motion mengenakan denda no-show. Malah mereka juga dikenakan insuran tambahan. Ini saya mula pelik. Saya dah mula mencuri dengar perbualan mereka dengan staf Green Motion. Mereka perlu bayar insuran lebih untuk full cover. Maka isteri pasangan tersebut dah tempered. Mereka cool down sekejap dan menyuruh saya ke kaunter untuk berurusan pulak supaya say tidak menunggu lama.
Ahhhh.... rakan kami Nik menyerahkan passport, lesen dan international driving license. Proses dokumentasi berjalan lancar sehinggalah tiba pada waktu pengenalan insuran. Di isni saya agak terkejut kerana Green Motion meminta bayaran sebanyak 362.00 Euro untuk insuran. Wahhhhh ini memang luar dugaan dan saya juga cakap bukan ker dalam website sudah tertera Full Covered Insirued? Melainkan insuran perjalanan cross country. Malah saya juga pernah membuat panggilan dari Malaysia ke pejabat ini bertanya benda yang sama - Jawapan yang saya dapat adalah saya hanya perlu membayar 60Euro saja. Maka saya minta mereka explain panjang lebar. Sambil tengok jam di tangan supaya saya tidak terlambat untuk itinerary hari ini.
Maka staf tersebut menerangkan perihal insuran kereta yang mempunyai 2 Option. Option 1 berharga 185.00 Euro - akan tetapi jika berlaku atau terlibat kemalangan, tercalar dan cermin pecah saya perlu tambah lagi 500.00 Euro. Manakala Option 2 adalah Full Cover berharga 362.00 Euro - dimana saya tak perlu risau jika kereta saya terbakar, pecah cermin atau saya calarkan sendiri, ianya under cover tanpa perlu tambah apa-apa lagi.
Dan....... saya kena tambah lagi 60.00 Euro untuk insuran cross country. Ini adalah the hell. Pasal apa dalam website tidak menyatakan kesemua apa kejadah ini seperti mana saya sewa kereta di Perth beberapa bulan lalu. Mengapa mereka tak masukkan option ini dalam web supaya pengguna tahu. Berapa kos dia dan apa yang Green Motion Cover. Ini seolah sepereti hidden charge yang perlu kami bayar. Dalam situasi ini, pasangan tadi cuba memihak pada saya juga kerana mereka juga mengalami situasi yang sama mengenai insuran tambahan.
I have no choice, saya perlu membeli insuran hidden charge ini kerana saya dah tak boleh cancel dan mendapatkan duit refund. Samada burn atau bayar jumlah tersebut sebanyak 402.00 Euro. Maka saya berbincang dengan team, menerangkan, maka kami bersetuju untuk bayar kerana kami memerlukan perlindungan penuh untuk perjalanan yang jauh ini. Maka tingtong jatuh pada 100.00 Euro seorang. Saya memang tidak puas hati dan saya menyuruh mereka memaklumkan didalam website serta details apa insuran yang cover. Saya bagi contoh car rental di Perth, mudah dan jujur saja. Bayar dan dapat kereta. Tiada masalah.
Setelah penyerahan kereta, kami membuat semakan serta loading barangan kami. Perasaan tidak puas hati masih lagi membara, macam nak pergi aje ke Airport Schiphol dan mencari syarikat kereta sewa Axis atau Sixth dan bertanyakan adakah mereka juga mengamalkan konsep membayar insuran di meja kaunter walaupun tempahan secara online?
Oh ya, pada asalnya kami membuat tempahan kereta Lexus CT200 tapi kami diberikan kereta Toyota Auris Hybrid yang bersarnya lebih kurang saiz kereta Toyota Wish. Kami setuju pasal ianya hybrid dan besar.
Menuju ke Brussel Belgium
Perjalanan pertama dimulakan setelah ketidakpuasan hati membara dijiwa. Oleh kerana perihal ini, kami telah delay 15minit dari jadual. Maka Driver 1 membuat pecutan menuju ke Brussel Belgium. Perjalanan ini memakan masa 2jam 30minit sejauh 218km tiada halangan dan kesulitan. Google maps mencari kawasan parking berhampiran dengan The Grand Place Brussel. Suasana gerimis dan mendung memenuhi kawasan udara Belgium, forecast juga mengatakan ramalan hujan pada waktu tengahhari dan awal petang. Kami mula bergambar di sekitar kawasan Grand Place yang melihatkan ratusan orang membanjiri kawasan popular ini. Macam-macam orang dan seketika terlihat kelibat orang Malaysia serta orang muslim yang berhijab seakan orang Arab dan Turki.
Kami makan tengahhari di Sultan of Kebab yang tidak jauh dari kawasan ini. Perut mula lapar dan membuat okestra dalaman. Sebelum order, saya mengintai orang didalam kedai untuk melihat berapa besar size hidangan mereka. Saya menyuruh Yusof order dulu untuk melihat saiz hidangan. Ternyata dan tanpa prejudis, 1 plate boleh makan dua orang, maka bayar separuh dari plate dia dan kongsi saja. Lantak ler kamu nak cakap apa janji tidak membazir dan boleh jimat. Akhirnya makan 2 orang pon tak habis. Amik ko!
Settle makan, kami menuju destinasi wajib iaitu ke Hard Rock Brussel. Membeli baju koleksi country dan cuba-cuba tengok guitar pin yang tidak berjaya menjadi koleksi kerana terlalu mahal. Hanya mampu tengok dengan berangan ajer.
Hujan di Antwerp
Meneruskan perjalan menuju ke Antwerp. Apa ada di Antwerp? Ianya salah satu bandar Belgium dan ianya juga mempunyai rangkaian Hard Rock. Korang tahu tak? Itu laa lain kali google la dulu. Sepanjang perjalanan cuaca hujan dan sejuk menusuk tulang. Pada outside temp pada dashboard kereta menunjukkan bacaan 14 Celsius pada waktu tengahhari. Patutnya sejuk biasa tapi kali ini bercampur hujan ini macam dah turun salji pulak rasanya.
Rupanya agak sukar untuk mencari parking di sekitar kawasan Antwerp, kebanyakkan tempat letak kereta telah kena tapau penuh sepanjang jalan dan makin lama kami cari macam dah makin jauh dari pusat bandar Antwerp. Maka, kami patah balik dan menerusi pencarian parking dan akhir kami temui dengan kawasan parking bertingkat. Harganya 2.50 Euro per jam. Tiada masalah asalkan dapat parking.
Hujan masih lebat di Antwerp dan perjalanan kami sedikit terhad. Saya mempunyai payung kecil dan saya dah cakap taknak kongsi takut nanti kena usha dengan budak gay! Jadi saya payung diri sendiri saja, mereka yang lain meredah hujan seperti Usin Bolt. Terus menuju ke Hard Rock Antwerp untuk mendapatkan koleksi baju lagi. Dalam masa sama juga saya mencari-cari Starbuck, akhirnya jumpa dan pada ketika membeli baju HRC, hujan mula reda. Kecewa dengan Starbuck Belgium kerana mereka tidak lagi mengeluarkan model Tumbler Signature pada tahun ini dan digantikan dengan mug. Saya langsung tak beli.
Bandar Antwerp seperti lebih teratur dan tidak padat seperti Brussel. Tidak banyak bangunan lama dan banyak trem pada laluan jalan raya. Kami yang tidak biasa memandu di Eropah cuak juga takut dilanggar dengan trem yang boleh dikatakan datang secara mengejut. Pada seketika, matahari mula muncul untuk memberi ke-nyaman-an walaupun sejuk masih membalut tubuh. Kami berjalan-jalan sekitar Antwerp Central dan meliohat gelagat manusia yang pelbagai negara dan kaum. Tak kurang juga dengan wanita berhijab yang entah dari negara mana datangnya sambil merokok seolah dah setahun tak merokok. Ini perkara biasa di barat.
Dah bosan, kami terus merancang untuk balik ke guesthouse untuk santapan malam. Pilot 1 & 2 kami seolah dah serasi dengan cara pemanduan pada belah kiri dengan kelajuan maksimum 130kmh. Highway dari Amsterdam ke Belgium memang terbaik, pada awalnya 5 lane - 3 lane dan menjadi 2 lane. Semuanya adalah percuma tanpa tol. Sungguh baik hari mereka ni.
Tiba di Amsterdam lebih awal dari jangkaan dan kami memilih untuk balik saja ke rumah untuk makan malam. Tugas dapur pastinya diambil alih oleh The Chef, memasak nasi goreng udang dan telur dadar. Teorinya bila cuaca sejuk ni mudah merasa lapar dan ianya sangat tepat malah tiada dusta. Solat jamak qasar dilakukan dirumah kerana waktu magrib masuk pada jam 730malam. 1 jam selepas makan The Chef masak megi kari lagi untuk menghasilkan rehat yang terbaik pada hari ini. Esok kami perlu ke Frankfurt.
Rehat, mandi, solat dan tidur adalah penutup tirai.
This is Awesome bro.

Comments