Kembara ke Europe : Kuala Lumpur - Dubai - Amsterdam (Day 1)

Kembara ke Europe : Kuala Lumpur - Dubai - Amsterdam (Day 1)

Perjalanan Bermula.

Tepat jam 7:40 malam saya melambai kepada isteri dan Nazril menuju ke Putrajaya Sentral. Waktu penerbangan saya adalah jam 02:10pagi waktu Malaysia dengan penerbangan Emirates. Tiba di KLIA bertemu dengan rakan kembara menjadikan team kembara saya seramai 4 orang tiada kurang tiada tambahan. Cadangan makan di KLIA adalah pilihan terbaik kerana lebih banyak pilihan serta saya perlu mengambil Wife Wifi Wiyo Rental untuk digunakan sepanjangan pengembaraan kami ke Europe nanti. 

Wifi portable ini telah kami tempah beberapa minggu yang lalu. Nanti saya akan ceritakan cara penempahan serta benefit yang kamu akan dapat dengan Wiyo ini. Sebelum ke Europe saya pernah menggunakan wifi Wiyo ini ketika ke Tokyo tahun lalu. Ianya adalah awesome dan style.

Selesai pengambilan Wifi Portable, kami memulakan acara makan secukupnya serta disudahkan solat Isyak. Terus menuju ke KLIA untuk urusan drop luggage dan pemeriksaan imigresen. Alhamdullilah kesemuanya lepas dengan senyuman bahagia. Sudah pasti kami selalu membuat semakan dengan website imigresen untuk mendapatkan status "Tiada Halangan". Cuak juga beb kalau sangkut. Kompem tak boleh nego bro. Sangat serius.

Lupa saya nak bagitahu, penerbangan saya adalah connecting flight dimana saya perlu touch-down di Dubai International Airport. Ketika membeli tiket, kami membuat perbandingan harga diantara KLM, Emirates dan Etihad. Ternyata ketika itu Emirates sedang membuat promo dan saya berjaya membeli tiket berharga RM2,397.00 termasuk tax. KLM dan Etihad masing masing berharga RM3,200+. Disebakan memilih Emirates, saya perlu touch-down di dubai selama 3jam 30minit sebelum sambung balik perjalanan ke Amsterdam. Tiada masalah, asalkan murah dan dapat ke Dubai secara percuma.

Penerbangan Emirates EK343 menggunakan pesawat jenis Airbus A380 adalah sangat teruja dan awesome. Saya berada pada seat D36 yang telah kami susun semasa checkin 48jam sebelum. Hehehehe... tips untuk free seat selection. In flight entertainment pada waktu ini mungkin tidak lagi berguna kerana mata mula layu disebabkan kekenyangan yng kalu tibai di airport. 

Akan tetapi, flight emirates ini terdapat menu pilihan makanan yang anda perlu pilih sebelum ianya  dihidangkan. Ade 2 menu dan yang saya tahu biasanya ianya adalah light meals saja untuk seawal pagi ini. Hurmmm agak sukar membuat pilihan. Nak tidur ke nak makan lagi? Kalau makan lagi boleh tidur nyenyak sampai 5 jam tu. Lepas tu depa served 2 kali heavy meals. Memang susah betul nak jawab pilihan ni. Keputusan perlu dibuat, pilihan saja heavy meals. Muhahahaha. Nanti saya ceritakan reviews saya menaiki Emirates.

Penerbangan selama 6jam 45minit ini bagaikan macam balik ke Kota Bharu saja, tidur-makan-refreshment membuatkan terasa sekejap sahaja untuk tiba di Dubai. 

Tiba di Dubai Airport.

Alhamdulillah penerbangan saya tiba di Dubai International Airport pada jam 05:00 pagi waktu Dubai. Walaupun tiba seawal pagi ini, suasana di airport bagaikan waktu puncak tengahhari. Ramai gile orang sambil berjalan dan berlari-lari yang mana mungkin mengejar penerbangan. Adalah waktu terbaik tiba di Dubai pada waktu ini kerana boleh menunaikan solat subuh terus. Sedikit terharu kerana laungan azan berkumandang dengan kuatnya. Surau ada dimerata-rata selang dengan bilik air serta shower room.

Transit 3 jam di Dubai - Meneruskan perjalanan terus ke Amsterdam. Sekali lagi perlu memilih menu serta mata yang tidak lagi mahu untuk lelap walaupun dihidangkan dengan light breakfast. Saya layan movie Fast Furious Series. Diselang seli dengan mengintai pramugari Emirates. Baik!

Penerbangan memakan masa 7jam 10minit ini agak lama yang mungkin kerana badan dah mula penat kerana bermula dari KLIA. Bersiap sedia untuk keluar dari isi perut Emirates A380 dan membuat semakan passport serta dompet.


Abang Botak Imigresen.

Mana-mana negara pegawai imigresen pastinya muka tegas dan macam kena penyepak. Tapi tak kesemuanya seperti itu malah ada juga pegawai yang ramah serta baikhati. Mungkin mereka dilatih untuk bermuka masam cuka supaya orang tidak bermain mata dengan mereka. 

Airport Schiphol tidak besar seperti KLIA akan tetapi sedikit teratur serta orang yang berpusu-pusu. Warna biru muda mewarnai kawasan parkir airport dengan asset KLM Airlines. Setiba di laluan imigresen, orang ramai sudah memenuhi kawasan ini dengan gabungan penerbangan yang lain. Untuk warga European Union (EU) hanya perlu lalu autopass gate dan bagi rakyat luar perlu berbaris bersemuka dengan pegawai. 


Disini saya dah boleh mengagak pasti pihak imigresen akan melontarkan soalan yang banyak kerana team travel saya semua lelaki yang gagah perkasa. Pertama sekali dia tanya hang nak pi mana, buat apa? Kedua minta tiket penerbangan balik, ketiga dokumen sokongan booking hotel. Mujur kesemuanya saya telah sediakan siap-siap supaya tiada rumit dikaunter. Tiptop. Beliau bertanya kerana kemungkinan yang datang ini adalah pekerja tanpa permit atau membuat onnar. Dia mana tahu, dia tanya ajer, maka kita jawab aje la.

Satu lagi best di Schiphol ni mereka tiada kaunter Declaration untuk membawa makanan, anda bebas membawa makanan selagi tidak membawa makanan basah seperti daging. Hanya sekadar lalu dengan muka selamba dan greeting Hello pada pegawai yang mengukir senyuman. Tidak seperti Australia yang tersangat ketat dengan membawa masuk makanan sehinggakan mereka membaca satu per satu ramuan didalam pek dan juga tin. Belum lagi kena hidu dengan anjing besar. Goyang bhai.


Keluar saja dari Balai Ketibaan, saya terus menghidupkan Wifi Portable yang ditempah sebelum datang ke Amsterdam. Ini adalah talian utama kami yang digunakan sepanjang pengembaaraan ini. Nasib tak baik kami mungkin juga terpaksa menggunakan sim-kad local untuk liputan yang lebih luas, mungkin budget perlu dikeluarkan lebih lagi.

Menuju ke kawasan membeli tiket train suasana dari biasa-biasa mula menjadi kelam ribut. Orang dah mula ramai serta agak bising. Keadaan kami yang tak tidur cukup sereta mata melilau mencari tiket booth menambahkan lagi suasana kalut. Ambil langkah mudah - bertenang sekejap dengan ambil angin diluar pada suhu 17c. Bergambar sambil selfie sekeping dua.

Saya ke tiket booth, haram - kesemua tiket booth dia tidak menerima cash note, hanya syiling dan Credit Card saja di terima. Punya la banyak mesin satu pun xde terima cash, maka saya ternampak Sprinter Office (Sebuah pejabat pemilik Train di Amsterdam) tanpa soal saya tarik beg beratur untuk membeli tiket pada laluan domestic. Mujur kat kaunter ini menerima cash note 50 Euro. Saya membeli tiket ke Koog ann de Zaan dengan harga 4.80 Euro sehala.




Seperti yang saya cakap sebelum ini, perjalanan saya lengkap dan saya telah membuat penempahan guesthouse (Airbnb) terus dari Malaysia kerana saya tak suka menyusahkan diri mencari-cari dimana nak tidur bila tiba disatu kawasan. Rujuk pada entry sebelum ini


Roel si Tuan Rumah

Kami tiba di Koog ann de Zaan Station yang mula tenang, keluar saja dari train dah nampak bersusun basikal yang sedang parking dikawasan yang disediakan. Boleh tengok macam-macam bentuk basikal yang ade. Nasib baik basikal drag yang budak-budak kita main tu xade. Kalau ade saya nak selfie satu kali. Hebat sungguh.






Sebelum check-in ke guesthouse, kami sempat singgah di Coop (sebuah mini hypermart) untuk membeli udang, sotong serta barangan dapur. Gentle saya cakap, harga kat sini memang murah giler, cuma korang jangan convert dengan duit Malaysia. Kalau saya bekerja di Amsterdam dengan gaji 2,500 Euro, pasti saya tidak akan senak perut untuk membeli barangan dapur bulanan kat sini. Begitulah hakikatnya, Malaysia masih aman.



Selesai berbelanja, kami menuju ke rumah yang terletak lebih kurang 400meter dari Coop. Tuan rumah menyambut kami di pintu rumah. Nama beliau Roel. Usia lebih kurang lewat 40-an yang mempunyai 3 anak dan 3 cucu serta 1 girlfriend. Data yang lengkap mengenai salsiah keluarga dia. Kali pertama saya meyewa rumah Airbnb ini didatangi dan disambut sendiri oleh tuan rumah, biasanya ketika di Tokyo dan Perth mereka hanya meninggalkan code serta manual untuk membuat pintu rumah. 

Roel memang peramah, dia tunjuk kesemua fasiliti rumah, cara nak guna dapur, dish washer, mesin basuh serta tandas yang seksi. Malah dijuga dah sound siap-siap secara sopan santun pada kami bila nak check-out sila pastikan lap lantai dalam tandas sepaya sentiasa kering. Maka teringatlah saya dengan muka 3 mangkuk Osaka yang berak dalam bathtub tu. Memang bodoh betul. InsyAllah kami tidak berperangai macam tu. Walaupun kita bayar pada host Airbnb, kita bukan memiliki rumah tersebut. Kita hanya sekadar menumpang dengan bayaran untuk mendapatkan fasiliti sebuah rumah lengkap dengan harga yang jimat. Maka tunjukkan perangai kami baik-baik pada warga negara asing serta agamamu.

Cepat-cepat kami suruh Roel balik supaya The Chef kami memulakan acara memasak. Perut kami ini hanya diberi makan pada waktu meal dalam flight saja, maka pemberontakkan kecil pada unit perut mula tercetus. The Chef menjalankan tugas yang cemerlang. Cepat, sedap dan licin.

Lepak, minum, sembang, solat jamak. Kami mula merebahkan badan kerana letih perubahan waktu tidur yang berbeza. Tiada lagi yang lebih seronok selain tidur dengan cuaca sejuk. Sempoi bak hang.

This is Awesome bro

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1