Katoomba, New South Wales Australia
Katoomba, New South Wales Australia
Katoomba adalah salah satu destinasi lawatan ke National Park atau dalam bahasa melayu-nya adalah Taman Negara. National Park di Australia sangat besar dan luas sehinggakan merangkumi 2 buah semenanjung Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Bezanya negara mereka tiada iklim hutan hujan, cuma ada kawasan bersalji - sejuk - serta gurun berpasir yang suhunya boleh mencecah 40C keatas.
Ketika di Sydney, saya membuat perjalanan dengan menggunakan keretapi dari Sydney Central menuju ke pekan Katoomba. Apa yang ada di Katoomba? Ianya memiliki salah satu tempat scenic yang terbaik di dunia dan juga terletaknya panorama batu yang berbentuk 3 beradik (3 Sisters). Perjalanan ini memakan masa selama 2jam didalam train dan harga untuk sehala adalah AUD7.20.
Saya mengejar masa dengan menaiki train seawal jam 7.00pagi untuk menikmati kawasan pagi di Katoomba. Setelah tiba di Katoomba, sememangnya sejuk menusuk kalbu. Jaket cardigan tidak lagi mampu menahan sejuk sehinggakan bergambar dengan keadaan mengigil. Pastinya suhu mula menurun kerana kawasan ini agak jauh ke pendalaman malah terletak di kawasan berbukit. Pekan Katoomba yang kecil menambahkan lagi suasana yang sejuk dan lebih tenang berbanding bandar Sydney.
Ada dua option untuk melawat National Park Katoomba ini iaitu dengan melawati kawasan 3 Sister secara percuma dan juga Scenic World Park yang berbayar. Bezanya jika anda datang ke Panorama 3 Sister ianya adalah percuma kerana anda boleh layan panorama dari tebing gunung. Jika anda masuk ke Scenic World ianya dikenakan bayaran sebanyak AUD39.00 dan anda akan berpeluang menaiki 3 jenis kereta kabel dan forest walkway. Saya boleh katakan memasuki Scenic World adalah berbaloi walaupun berharga AUD39.00 kerana pengalaman menaiki kereta kable yang tergantung diatara dua tebing gunung, menaiki kereta kabel yang curamnya lebih dari 60 degree serta berjalan kaki (walk-way) di dalam hutan purba Australia. Suasana hutan sangat sejuk dan ada beberapa tempat sejarah hasil perlombongan bijih terdapat bawah hutan ini.
Saya membeli tiket Scenic World di salah satu kedai travel agent yang berhadapan dengan Katoomba Station. Harganya sama sahaja dengan tiket yang anda beli di pagar Entrance nanti. Selesai membeli tiket, saya menunggu bas di hadapan Carrington Hotel untuk Scenic World, saya tak ingat nombor bas tapi pada bus stop ada tertulis besar nombor bas untuk ke Entrance Scenic World.
Tiba di Scenic World pastinya tak perlu lagi beli tiket, saya terus masuk dan dibekalkan dengan gelang tangan sebagai bukti pembelian dan tiket sah masuk. Menaiki Skyway Cable Car sememangnya gayat bro... (saya memang gayat tinggi) Kaku dan keras aje dalam cable car tu. Ade pulak anak kecil yang tak reti dok diam.
Perjalanan Scenic World lebih kurang 10minit terasa begitu lama, tiba pada pusat Scenic World membuatkan hati begitu lega, ada tandas yang penting malah terdapat kedai cenderahati serta beberapa cafe untuk lepak minum. Saya lebih memilih untuk breakfast dahulu disini sambil menikmati permandangan hebat!
Selesai sarapan pagi, saya menaiki kereta kable kedua untuk turun ke bawah gaung dimana terletaknya Walk-way serta kawasan sejarah perlombongan Australia. Sangat serius, ketika saya datang seawal jam 10 pagi, orang tidak begitu ramai, maka suasana dibawah gaung serta berhutan ini seperti anda membuat perjalanan ke cerita Jurassic Park. Manakan tidak, selalunya dok tengok hutan hujan Malaysia, pokok kat sini memang saya tak pernah tengok dengan daun yang pelik-pelik. Panjang walk-way ini lebih kurang 2km dan mempunyai kawasan rehat, nak bagitau awal tiada kedai kat bawah ni yer.. hanya ada toilet yang menakutkan. Tambah pulak kawasan peninggalan lombong arang batu satu ketika dahulu.
Hampir 1jam lebih saya meluangkan masa di bawah ini dan meneruskan dengan balik ke pusat Scneic World dengan menaiki Railway. Ini adalah awesome pasal cable car dia cerun giler beb dah macam nak naik roller-coaster pulak. Perjalanan tak lama mana pun hanya memakan masa 5 minit dari bawah ke atas. Sekali lagi menarik nafas lega. Huhuhuhu.
Baca : Percutian saya ke Sydney selama 5hari
Baca : Percutian saya ke Sydney selama 5hari
Anda boleh meluangkan masa seharian disini kerana tiket yang anda beli ini boleh digunapakai beberapa kali untuk ride cable car. Sekali lagi saya menaiki Skyway pasal saya nak lihat permandangan gunung 3 sister dengan lebih dekat. Tiba di Point 2 Skyway, korang boleh jungle tracking pada laluan yang disediakan. Agak gayat pasal jalan yang dibuat betul-betul pada tepi gunung. Katanya tracking tu boleh cecah 10km tapi saya jalan sampai 1km saja. Tak lalu nak jalan lebih memandangkan pemakaian kasut serta baju yang tidak sesuai. Hanya bergambar dengan permandangan hebat dan membuat keputusan untuk balik ke Sydney.
Adalah satu perjalanan yang hebat untuk mengunjungi ke Katoomba National Park. Tidak rugi malah lebih untung kerana melihat permandangan ciptaan Illahi. Menunggu bas di hadapan Scenic World Entrance dan terus menuju ke pekan Katoomba. Timing agak cantik kerana train tiba dalam masa 10minit. Korang boleh check jadual pergi dan balik train di sini untuk kesenangan nanti.
This is Awesome bro.
Comments