Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4
Selesai solat subuh dan membancuh kopi Nescafe menjadikan pagi yang agak perfect. Menikmati di balkoni sambil memerhati orang yang mengejar masa untuk ketempat kerja .
Hari keempat ini saya ingin ke salah satu pantai terkenal di Sydney iaitu Bondi Beach dan ianya terletak sekitar bandar sahaja. Sedikit kerisauan kerana menerima panggilan dari wife saya mengatakan Nazril mula demam, mungkin demam rindu atau cuaca yang tidak menentu. Hati ibubapa mana tak risau kalau anak demam wey walaupon berjauhan. Wife saya mohon izin untuk ke klinik di Sentul untuk rawatan selanjutnya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan InsyAllah Nazril pulih.
Waktu pagi saya ke Bondi Beach. Untuk ke Bondi saya menaiki train dari King Cross - berhenti di Bondi Junction Station dan menaiki bus no. 380 ke Bondi Beach. Tidak jauh dari Bondi Junction Station mengambil masa lebih kurang 15minit.
Tiba di Bondi Beach agak jakun jugak dengan pemandangan hebat bumi Australia. Hembusan angin laut Tasman Sea dan ombak untuk surfer seakan memanggil anda untuk mandi. Bergambar hanya menjadi pilihan saya. Lipat seluar dan selit kasut pada bag galas untuk memijak pasir pantai. Agak sejuk pasir dia apatah lagi air lautnya. Impian untuk mandi dibatalkan terus, tidak sanggup saya nak memberanikan diri berendam dengan air bersuhu 3c.
Jauh dihujung pantai kelihatan orang belajar cara surfing. Ramai para ibu yang membawa anak kecil bersiar siar di kawasan pantai sambil piknik dan membaca buku. Menjadi tabiat mat salleh dengan berguling guling atas rumput menikmati kopi dan membaca.
Selesai di Bondi Beach saya nak makan tengah hari di Darling Harbour. Perut mula membuat pancaragam dengan mempercepatkan acara jalan kaki menuju bas station Bondi Beach dengan menaiki bas no. 380 ke Bondi Junction dan terus ke Central menunaikan solat dikawasan yang dibenarkan. Selesai solat Interchange dengan Tram menuju ke Convention Center Station.
Saya makan di Enfes Kebab yang terletak di food court Harbourside Shopping Center (Darling Harbour). Menu makan turkish iaitu Chicken + Chips menjadi pilihan yang berharga AUD10.00. Brader arab tu seakan mengisi kotak makanan macam selera dia pulak sampai tak boleh nak tutup bekas makanan dia. Rezeki...
Perut yang telah kenyang dengan saratan Turkish menapak menuju ke The Rocks berhampiran di Circular Quay. The Rocks adalah tempat pertama yang dibina di bandar Sydney seawal tahun 1800+ dan kebanyakkan bangunan lama yang telah diubahsuai dijadikan hotel dan kedai memperagakan kemewahan orang British Australia.
Lepak di The Rocks seakan berada di kawasan Eropah kerana suasana dan senibina disini sangat Awesome! Jalan yang berbatu-bata, senibina bangunan seperti Kota London dan kedai kopi yang dibuat dekorasi mematuhi piawai Britain mengaburi mata.
Seterusnya saya ke Sydney Opera House untuk menghabiskan saki baki masa terakhir saya di Sydney ini. Disebabkan duit tukaran yang masih ada, saya seakan mahu mencuba kopi Latte di salah satu restoran di Sydney Opera iaitu Restoran Opera Kitchen. Harga yang agak berpatutan di kawasan tumpuan pelancong dengan bayaran AUD5.00 untuk Latte besar. Lepak dimeja bersebelahan dengan pantai Sydney Opera House memerhati gelagat pelancong dan orang tempatan menghilangkan penat kerja harian mereka.
Tiba waktu magrib saya berangkat pulang ke hotel dari Circulay Quay menuju ke King Cross station. Sempat singgah sebentar di convenience store Woolworths bersebelahan hotel saya kerana kedai ini ada diskaun yang sangat murah untuk coklat dan biskut. Saya membeli coklat Snikers, Mars dan biskut Australia Made dengan harga AUD2.00. Kesemua coklat yang saya beli ini adalah Halal malah banyak produk Malaysia di kedai ni jika anda mahu memasak sendiri.
Waktu malam hanya mengemas baju dan barangan belian. Esok nak balik ke Malaysia. Nazril masih demam.
Makan. Minum Teh. Tidur.
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 1
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 2
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5
This is Awesome dude...

Comments