Bercuti ke Sydney, Australia - Day 2

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 2

Waktu pagi Ahad yang sangat tenang, saya menuju ke University of Sydney untuk perihal saya. Suhu yang mencapai 10C mampu membuatkan daripada jalan kaki lenggang lenggok menjadi mini marathon. Hotel saya sedikit jauh dari station sekitar 750m. Membelai-belai haruman kopi sepanjang jalan yang memangil untuk singgahan. 

Menaiki train dari King Cross, interchange Central dan menuju Redfern melalui T1. Jalan kaki lagi menuju ke University. Suasana perjalanan memang best pasal cita-cita memang nak masuk universiti kay sini akan tetapi impian sahaja. Ramai pelajar yang sedang baring atas padang rumput menikmati kopi, berbasikal, malah ada yang dok main skateboard.


Selesai perihal saya, terus menuju ke China Town di Paddy Market untuk santapan Brunch pasal saya belum breakfast lagi. Saya makan brunch di Gerai Pondok-Selera Indonesia Malaysia Food di dalam China Town tu, ala korang google map je. Disini saya makan nasi berharga AUD10.00 dengan 3 pilihan lauk. So saya pilih la ayam, daging dan telur. Memenuhi perut untuk menampung tenaga. Kalau korang ada dua orang, lebih baik share saja pasal nasi dia banyak giler tambah pulak 3 jenis lauk.



Dah settle makan saya ke Sydney Tower yang terletak di Market Street. Untuk ke sini saya perlu berjalan kaki ke Central yang tidak jauh dari China Town dan menuju ke Saint James Station. Harga tiket masuk adalah AUD26.50 yang menawarkan permandangan 360 bandar Sydney. Menara KL lagi tinggi dari Sydney tower yer... Bangga kejap. Kalau keluar dari Saint James Station tu, boleh lepak kt taman sekejap. Ade satu kedai kopi best gile dan syiok untuk rehat pekena kopi sambil layan taman dalam bandar.




Selesai menikmati permadangan yang hebat, saya menuju ke Taronga Zoo. Agak pelik dewasa ini ke sebuah Zoo tanpa anak kecil. Sebenarnya ini adalah satu recce line, InsyAllah ada rezeki boleh bawa keluarga kesini satu hari nanti. 

Untuk ke Taronga Zoo, saya menuju ke station Circular Quay dan mengambil ferry laluan F2 (Taronga Zoo). Lupa saya nak explain. Hari ahad adalah hari terbaik unuk menggunakan public transport kerana ianya sangat murah dan percuma jika anda sudah menggunakan train pada pertama kali pada hari Ahad. 


Tiba di Taronga Zoo saya membeli tiket masuk dengan harga AUD46.00, fuhhhh mahal jugak, tapi saya janjikan ianya sangat berbaloi jika anda membawa keluarga di sini. Sebuah Zoo yang sangat bersih dan landscape yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Kebanyakkan orang datang berkelah dengan cuaca sunny day dan suhu 15C menjadikan diri rasa nak guling-guling aje. Masih merasai suhu yang sejuk walaupun penghujung Winter. Pertama kali tengok kangaroo tanpa pagar, cuak jugak takut kena tendang. Segala binatang ada di sini dari Safari Africa, Rain Forest, Australia Wildlife dan reptiles.





Selesai di Taronga Zoo, menuju balik melalui Ferry ke Circular Quay. Saya ambil peluang untuk mengambil gambar di Opera House dan Harbour Bridge. Saya solat Jamak Qasar di Masjid Syney CBD yang terletak tidak jauh dari Circular Quay di Erskine Street. Untuk kesini anda perlu menaiki train menuju ke Wynyard dan berjalan kaki menuju ke Erskine Street.


Selesai solat, saya menuju pulang ke hotel dari Wynyard terus ke Town Hall Station, interchange di Saint James dan ke King Cross. Singgah makan malam di Kebab Doners Maclaey Street. Sangat mudah di sini kerana kedai Halal mudah didapati termasuk dengan Grocery untuk membeli air, makan ringan halal dan roti. 

Mandi. Tengok TV. Tidur.

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 1 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 2 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1