Bercuti ke Seoul, Korea - Day 1
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 1
Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.
Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Seoul.
Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.
Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Korea, saya lebih syiorkan anda membawa makanan sendiri dari Malaysia dan lebih senang jika and membuat tempahan guesthouse yang mempunyai dapur.
Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda. Perjalanan ketika musim sejuk memerlukan lebih pakaian dan ubatan.
Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara Seoul, makanan Halal sebenarnya agak susah tetapi di sekitar Itaewon memang senang nak dapat makanan halal.
Tips #5 : Di Negara Korea, disiplin adalah sangat tinggi seperti negara Jepun. Anda perlu memahami budaya local mereka terutama jika anda menggunakan public transport. Negara sebegini tidak fasih berbahasa inggeris. Lebih baik anda download google translate bahasa korea untuk memudahkan komunikasi.
Percutian ke Seoul ini adalah perjalanan yang agak lama sikit pasal memakan masa selama 7hari dan 6malam. Ini kerana teammate kami terdiri dari ahli keluarga dan termasuk orang berumur terpaksa memanjangkan tempoh percutian supaya jadual tidak terlalu padat.
Perbelanjaan di Seoul agak mahal tambah-tambah lagi jika masuk bab makan. Rata-rata restoran makanan halal anda perlu berbelanja sebanyak KRW10,000-KRW30,000 setiap kali makan. Kalau anda jumpa kedai murah sangat itu namanya rezeki. Sila berhati-hati dengan kedai makan yang murah disana yer... Status halal dia boleh jatuh ke was-was.
Day 1
Jam 8.00am flight AirAsia ontime boarding tanpa sebarang delay. Perjalanan mengambil masa selama 6jam 20minit. Saya bawak anak kecil dan telah membuat preparation seperti membawa tablet, pensil warna dan coloring book.
Tiba di Incheon International Airport, kami sangkut untuk pemeriksaan Imigration (beratur nak cop passport) hampir 1jam 20minit. Lama giler siot... dan ramai giler orang. Aduiii ini memang letih.
Sesudah cop passport, dinasihatkan anda terus menunaikam solat jamak qasar di arriving hall kerana selepas anda ambil bagasi memang xde dah prayer / silent room.
Sesudah solat terus cari kaunter tiket limousin bus. Anda boleh juga amik ITX Train dari Airport ke Seoul Station. Memandangkan beg yang kami bawak xcukup tangan nak handle. So kami memilih untuk naik bas ke Itaewon. Harganya KRW15,000 yang mengambil masa selama 1jam 30minit pasal banyak berenti.
Tiba di Itaewon suhu mencecah 5C. Memang sejuk giler pasal berangin pulak. Kami terus ke KakLong Guesthouse yang terletak 300m dari subway Itewon. Agak sesak nafas jalan pasal mukabumi naik turun dengan beg yang banyak pulok...
Difahamkan Bandar Itaewon ini adalah tempat tumpuan muslim, jadi lebih senang untuk membeli barangan runcit halal dan restoran halal.
Pada malamnya, saya jalan-jalan sekitar Itaewon nak pekena kopi. Jadi saya singgah di Holly Coffee yang berhadapan dengan Subway Itaewon. Kopi disini agak murah iaitu harga sekitar KRW2,000 (Ikuti entry saya kedai Halal di Seoul Korea).
Selepas pekena kopi saya ke kedai barangan runcit halal untuk bekalan bahan mentah untuk memasak. Kami lebih prefer memasak pada waktu pagi dan membawa sedikit bekalan jika keluar jalan-jalan nanti.
Anda boleh membeli pelbagai barangan runcit halal disini iaitu kedai Foreign Food Mart. Banyak produk dari Malaysia dan yang paling penting ayam dan daging 100% halal. Sebenarnya barangan runcit agak murah kat sini. Hanya typing saja pada google maps (Foreign Restaurant).
Comments
Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.
Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.
Salam perkenalan dari kami Team Naracards.