Teratak Pak Lah, Janda Baik Pahang

Teratak Pak Lah, Janda Baik Pahang

Last week kita orang pergi BBQ di kawasan pendalaman Janda Baik Pahang, kawan saya mengesyorkan Teratak Pak Lah di Janda Baik Pahang.

Drive dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 45minit melalui Karak Highway dan exit ke Genting Sempah dan melalui jalan lama corner baring menuju ker Janda Baik, mungkin agak mengelirukan akan tetapi pandai-pandai ajo lerr...

Teratak Pak Lah menempatkan beberapa buah pondok, dewan santai, beberapa kolam ikan, dan kawasan untuk buat sukan-neka dan disini bukanlah sebuah resort atau chalet bertaraf 3/5 bintang. Teratak ini saya boleh katakan sangat tenang, tenteram, bersih dan awesome!Anda boleh juga stay overnight ataupun camping disini.

Mungkin tidak ramai yang tahu Teratak Pak Lah nih menyebabkan tak ramai orang nak menyinggah kerana gak terpencil dari jalan utama Janda Baik.Paling saya suka di Teratak Pak Lah nih pasal tempat ini sangat bersih, Pak Lah (Owner) juga tinggah di kawasan Teratak ini sendiri akan menjaga kebersihan kawasannya dan kawasan mandi manda. 
Pak Lah mengenakan harga sewa untuk pondok mengikut kiraan kepala, 1 kepala RM5.00, kalu korang datang 10 orang maka RM50.00 laa sewanya... Harga yang sangat berbaloi cukup la untuk buat bayaran dengan membantu Pak Lah memajukan kawasan dia.






Korang boleh BBQ disini, bahan BBQ tu korang kena  bawak sendiri ler dari rumah dan adalah dilarang sama sekali kalu korang menggunakan bahan kayu/buloh dari pondok Pak Lah untuk dijadikan bahan bakar BBQ anda. Tempat BBQ juga disediakan, cuma korang bawak arang sendiri jer.




Ahaaaa lupa nak cakap, teratak ini juga terletak besebelahan dengan sungai (entah apa nama sungai nih), airnya sangat jernih dan kalu nak mandi tersangatlah sempoi.... So korang leh mandi-manda dan dilarang keras untuk buat terjunan Pandalela walapun anda jambatan gantung.








Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh ke Pak Lah blog. Teratak Pak Lah adalah sebuah tempat sempoi untuk bersantai... Awesome!

Source : jandabaik-teratakpaklah.blogspot.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1