Menara Jam Abraj Al-Bait, Makkah
Menara Jam Abraj Al-Bait, Makkah
Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, entry kali ini memaparkan pembangunan di Kota Suci Mekah yang sememangnya sesiapa yang sudah bertandang ke rumah Allah ini, pasti tidak akan dapat melupakan pengalaman yang indah. Walaupun sudah terlambat, tapi saya tetap nak posting jugak!
Menara Abraj Al Bait adalah sebuah bangunan yang dibina di Kota Makkah, Arab Saudi. Menara Abraj Al Bait juga dikenali sebagai Menara Jam Makkah kerana menara ini telah menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dengan ketinggian 595m yang mengalahkan ketinggian Menara KL dan Twin Tower KLCC.
Lokasi menara jam ini bersebelahan dengan Masjidil Haram, masjid suci seluruh umat Islam. Menara Abraj al Bait ini dibangunkan untuk menampung jemaah haji yang bertandang ke Makkah pada setiap tahun dan dibangunan ini terdapat pecahan-pecahan hotel yang akan menampung seramai 65,000 orang dalam satu masa.
Jam pada menara berukurkan diameter 46meter dan merupakan jam terbesar didunia dan besarnya adalah 5 kali dari Big Ben London. Jam ini dapat dilihat dari jarak 25kilometer dan mengunakan 2juta lampu LED. Lampu lampu ini akan bercahaya 5 kali pada setiap kali masuknya waktu solat di Kota Makkah.
Source : wikipedia/abraj albait | abrajal-bait.com
Comments